Tuesday, February 11, 2014

1146) UTUSAN MALAYSIA 11/2/2014 TERMA PERJANJIAN TOL AKAN DITAMBAH BAIK



KUALA LUMPUR 10 Feb. - Kajian konsesi lebuh raya akan melibatkan beberapa kemungkinan termasuk penstrukturan semula kadar tol dan tempoh konsesi serta penambahbaikan terma-terma perjanjian, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya bersama agensi-agensi kerajaan Pusat akan mengadakan perjumpaan dengan semua syarikat konsesi lebuh raya yang sedang beroperasi dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut.

Katanya, kajian semula konsesi serta rundingan dengan pemegang konsesi dijangka mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk disiapkan.

"Kajian ini akan dijalankan atas landasan kerjasama dan rundingan dengan syarikat-syarikat konsesi supaya hasilnya mengambil kira suara pengguna, implikasi kepada kerajaan serta peminjam dan pelabur," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kadar tol di kesemua 29 lebuh raya tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini untuk tidak membebankan rakyat.

Beliau turut mengumumkan bahawa jawatankuasa tersebut meminta Kementerian Kerja Raya menjalankan kajian menyeluruh berhubung konsesi supaya kadar tol tidak dinaikkan pada masa hadapan.

Sementara itu, mengulas cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) supaya kerajaan menghapuskan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini , Fadillah berkata, cadangan pemansuhan kutipan tol di beberapa plaza tol pernah dikaji sebelum ini.

"Cadangan pemansuhan ini perlu dikaji terutamanya dari segi implikasinya dalam membantu menyuraikan trafik di sesuatu kawasan.


"Ini adalah bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya berkenaan tidak terjejas," katanya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL