KUALA LUMPUR 24 Jan - Tindakan pihak berkuasa Sweden menahan
tanpa bicara ibu bapa kepada empat beradik kerana memukul tangan anak yang
tidak solat disifatkan sebagai agenda menindas umat Islam di negara itu.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan berkata, perkara tersebut perlu disedari oleh umat-umat
Islam di seluruh dunia kerana agenda seperti telah berlarutan sejak dari dahulu
lagi.
"Agenda menindaskan umat Islam tersebut sentiasa ada
tetapi malangnya orang-orang kita (Umat Islam) dilihat lemah untuk menangani
perkara ini.
"Bagi kita yang sedar, ianya sememangnya menimbulkan
kemarahan dan kerajaan sepatutnya mengambil tindakan yang tegas dan jika
kerajaan tidak mampu melaksanakannya, pengguna Islam perlu bersama bersatu
untuk sekurang-kurangnya 'memboikot' barangan mereka," katanya kepada
pemberita semasa demonstrasi aman penyerahan memorandum kepada Kedutaan Sweden
di sini hari ini
No comments:
Post a Comment