Wednesday, September 11, 2024

JAKIM PERLU AGRESIF BERI PENERANGAN ISU SIJIL HALAL - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 11/09/2024

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) lebih agresif menjelaskan kepada umum makna sebenar halal.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Othman berkata, perkara tersebut penting agar orang ramai faham dan melihat dari sudut yang benar dan tidak salah faham.

“JAKIM perlu terangkan berkenaan isu halal ini supaya semua orang tahu lebih mendalam tentangnya.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bercakap di sidang media berkenaan pemimpin DAP Teresa Kok dan Anthony Loke berhubung isu sijil halal di Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2024.

“JAKIM juga boleh menjemput pihak-pihak tertentu untuk menerangkan kepada mereka berkenaan isu ini kerana saya yakin mereka akan menerimanya dengan baik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa cadangan JAKIM mewajibkan restoran dan syarikat makanan mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk membabitkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

“Kenyataan Teresa seolah-olah mensabotaj negara. Saya pasti Teresa memang tidak faham mengenai isu ini malah sekarang ini dapat dilihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang giat mempromosikan mengenai industri halal di China.

“Apa salahnya, kita tutup isu dan berbincang secara harmoni kerana kita merupakan Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.

Selain itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Maridzi Sat berkata, perkataan ‘menyusahkan’ yang digunakan Teresa tidak sesuai kerana ia seolah-olah menjadikan halal tersebut sebagai isu negara.

Presiden PERKID, Masridzi Sat bercakap di sidang media berkenaan pemimpin DAP Teresa Kok dan Anthony Loke berhubung isu sijil halal di Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2024.

Beliau juga mahu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengeluarkan titah khas berkenaan isu yang sama. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

JAKIM PERLU AGRESIF BERI PENERANGAN ISU SIJIL HALAL - PPIM

https://malaysiagazette.com/2024/09/11/jakim-perlu-agresif-beri-penerangan-isu-sijil-halal-ppim/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...