Thursday, September 12, 2024

PERKID DAKWA TERESA TIDAK MATANG, CEPAT MELATAH JADI AHLI PARLIMEN - TV PERTIWI - 11/09/2024

 

Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (PERKID) menggesa Teresa Kok tidak cepat melatah berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal di Malaysia.

Presidennya, Masridzi Sat berkata selaku pemimpin dalam kerajaan campuran, Setiausaha Publisiti DAP itu seharusnya faham hala tuju kerajaan. 

“Tidak perlu melatah kerana Teresa adalah komuniti yang berada dalam kerajaan maka sudah tentu beliau boleh membuat perbincangan tertutup dengan mana-mana agensi berkaitan.

“Beliau sebagai pemimpin parti dalam komponen kerajaan seharusnya mengambil tahu mengapa dibuat cadangan begitu. Ambil tahu jangan melatah dahulu. 

“Itu menunjukkan beliau tidak matang menjadi ahli parlimen. Beri saya jadi ahli parlimen jika beliau tidak tahu buat kerja,” katanya.

Masridzi berkata demikian dalam satu sidang media di Persatuan Pengguna Islam Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata selalu bekas menteri yang pernah berada dalam kerajaan, Teresa seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. 

“Kerajaan sekarang ini bukan kuat mana. Kerajaan sudahlah lemah dan rapuh. Mahu lingkup lagi cepat?

“Tengok kerajaan 22 bulan dahulu kerana kebodohan mereka. Apa jadi? 22 bulan lingkup kerana mulut celupar mengancam dan menyakitkan hati orang Islam.

“Rakyat sudah berikan undi, jangan berlagak pula. Pengundi itu bukan semua Cina. Pengundi Melayu pun berapa ramai undi beliau,” katanya. 

Artikel oleh: TV Pertiwi

PERKID DAKWA TERESA TIDAK MATANG, CEPAT MELATAH JADI AHLI PARLIMEN

https://tvpertiwi.com/2024/09/11/perkid-dakwa-teresa-tidak-matang-cepat-melatah-jadi-ahli-parlimen/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...