Wednesday, September 11, 2024

JAKIM PERLU TAMPIL TERANGKAN BERKENAAN HALAL - PPIM - BERITA HARIAN - 11/09/2024

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi penerangan terperinci setiap perkara berkenaan pensijilan halal kepada semua pihak.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata ia supaya tiada pihak tersalah faham lagi berkenaan isu sijil halal kerana ia bukan sahaja berkenaan makanan, tetapi juga kebersihan selain untuk pasaran yang lebih meluas.

Ini kerana, katanya, apabila ada pihak yang tidak faham mengenai isu itu, mereka akan tersalah memberi maklumat dan sudah pasti membangkitkan kemarahan orang ramai.

"JAKIM perlu terangkan dengan terperinci berkenaan isu halal ini supaya semua orang tahu mengenainya.

Beliau dipetik mendakwa, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan untuk memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.

Ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, bahawa JAKIM sedang mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran serta syarikat makanan untuk memiliki sijil halal.

Nadzim berkata, pihaknya menerima banyak aduan dan persoalan yang semuanya marah dengan kenyataan oleh Teresa itu.

Katanya, kemarahan itu sepatutnya boleh dielakkan jika pemimpin berkenaan mempunyai maklumat berkenaan halal dan mengulasnya di platform yang tepat.

"Saya pasti Teresa memang tidak faham mengenai isu ini, malah sekarang ini dapat dilihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang giat mempromosikan mengenai industri halal di China.

"Jadi kenyataan Teresa seakan-akan mensabotaj usaha kerajaan," katanya.

Sementara itu, pada sidang media sama, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Maridzi Sat, mahu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, mengeluarkan titah berkenaan isu ini.

Artikel oleh: Berita Harian

JAKIM PERLU TAMPIL TERANGKAN BERKENAAN HALAL - PPIM

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1296977/jakim-perlu-tampil-terangkan-berkenaan-halal-ppim

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...