Tuesday, October 10, 2017

4167) PPIM NAFI TERLIBAT BEBASKAN DOKTOR GIGI PALSU – UTUSAN MALAYSIA – 10/10/17



KUALA LUMPUR 9. Okt. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menafikan ia terlibat secara langsung dalam menbantu membebaskan seorang doktor gigi palsu seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya hanya terlibat dalam menberi nasihat kepada ahli keluarga dan peguam kepada pesalah tersebut yang bertemu dengannya selepas hukuman dijatuhkan oleh mahkamah.
Katanya, PPIM juga tidak pernah mengenakan sebarang caj atau memberi bantuan kewangan mahupun cuba mengumpulkan dana RM70,OOO untuk membayar denda bagi membebaskan wanita tersebut.
“PPIM tidak pernah menyokong ataupun mengiktiraf tindakan yang dilakukan oleh individu tersebut dan apa yang dibuat memang salah, malah kita tidak menerima dan mengeluarkan sebarang duit untuk membantu pesalah itu. “Apa yang menjadi kekesalan ialah komen-komen yang berniat jahat terhadap PPIM, sepatutnya masyarakat termasuk golongan profesional perlu memahami terlebih dahulu mengenai intipati kes sebelum membuat sebarang tuduhan tidak bertanggungjawab, janganlah jadi masyarakat yang suka menghukum,” katanya dalam sidang akhbar disini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan isu tular di media sosial yang mempersoalkan tindakan PPIM yang membantu membebaskan seorang lulusan sebuah kolej vokasional di Melaka, Nur Farahanis Ezatty Adli yang dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan setelah gagal membayar denda sebanyak RM70,OOO atas pertuduhan menjalankan klinik pergigian swasta tanpa lesen baru-baru ini. Yang turut hadir Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PPEIM), Zamri Zaimon, Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim, Panel Penasihat Khas PPIM, Dr. Abdul Kadir WarsiMohamed dan aktivis PPIM, Muhammad Zharif Johor.
Dalam pada itu, Zamri Zaimon berkata, bantuan kewangan yang diterima oleh wanita tersebut sebenarnya digerakkan oleh PPEIM untuk mempromosikan poster bagi mengutip dana membayar denda dan bukannya PPIM seperti yang didakwa pengguna media sosial sebelum ini.
“Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kewangan, PPEIM sendiri ikhlas membantu dan menerusi poster yang ditularkan, keluarga wanita itu menerima sumbangan terbesar daripada sebuah kelab pemotoran yang mengumpulkan wang daripada orang ramai serta NGO-NGO bagi membantu membebaskannya dan difahamkan kelab itu juga ada kaitan dengan keluarga wanita tersebut,” katanya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...