Monday, October 9, 2017

4151) WAKIL PPIM MOHON MAAF DIATAS KEKELIRUAN YANG BERLAKU – PPIM – 9/10/17

PPIM harap sidang media ini dapat menjernihkan kekeliruan semua pihak
“Saya sebagai wakil PPIM memohon maaf diatas kekeliruan yang berlaku” – Aktivis PPIM
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2017 – Susulan dari isu “Doktor Gigi Palsu” yang tular sejak 3 hari lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sekali lagi dilimpahi dengan pelbagai tuduhan dan kecaman oleh netizen rentetan dari timbulnya desas desus yang mendakwa PPIM membantu membebaskan ‘Doktor Gigi Palsu’ yang telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman kerana menjalankan perniagaan memasang pendakap gigi secara haram.

Justeru itu, satu sidang media telah diadakan bagi memperjelaskan keadaan sebenar yang berlaku sehingga terpalitnya nama PPIM sebagaimana kebanyakan ‘Wartawan Warrior’ mempromosikan isu ini di laman sosial sejak dua hari lalu.
Ketua Aktivis PPIM, Toqqi, pada awal sidang media hari ini memperjelaskan bahawa poster yang dipaparkan bagi pembebasan ‘Doktor Gigi Palsu’ terbabit bukan dari PPIM tetapi daripada Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PPEIM) dimana melibatkan salah seorang Biro Perundangan PPIM, Zamri Zaimon.

“Jangan lempar tuduhan tanpa usul periksa dahulu. Takkan kerana salah faham menjadikan perjuangan PPIM selama 20 tahun terus dilupakan.”
Aktivis PPIM, Muhammad Zharif Johor, dalam kenyataannya mempersoalkan kepada orang awam tentang jenis bantuan yang diberikan kepada individu terlibat sehingga dikecam teruk.
“Apa yang kita bantu? Tiada kenyataan dari pihak PPIM yang mengiktiraf pesalah ini layak untuk menjadi ‘Doktor Gigi’ dan kami hanya memberikan khidmat nasihat apabila pihak keluarga dan peguam individu terlibat hadir memohon bantuan dari sudut nasihat sahaja.”
“PPIM tidak pernah mengeluarkan sebarang dana ataupun mengenakan sebarang caj kepada mana-mana pihak bagi proses pembebasan ‘Doktor Gigi Palsu’ seperti yang tular sekarang ini.”

Turut sama hadir dalam sidang media kali ini adalah Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Hishamuddin Hashim.
Dalam kenyataannya, beliau menegaskan bahawa peguam ‘Doktor Gigi Palsu’ bukan dari pihak guaman PPIM, tetapi mereka menghubungi PPIM melalui panggilan telefon dan meminta bantuan nasihat selepas graduan Kolej Vokasional yang baru berusia 20 tahun itu mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman.
“Kami tak memberi khidmat kewangan, peguam ‘Doktor Gigi Palsu’ datang kemudian PPIM beri saranan sahaja dan kita tidak pernah sama sekali bersetuju atau bersekongkol membenarkan sesiapa membuka klinik dan mengamalkan perubatan tanpa lesen.”
Presiden PPEIM, Zamri Zaimon, menjelaskan bahawa individu terlibat menghubunginya semasa beliau masih lagi bernaung sebagai Biro Perundangan PPIM.

“Pada 28 September, dia ada berhubung dengan saya. Saya terkejut kerana tiba-tiba jatuh hukum dimana kepastian masih tidak jelas. Jadi peguam beliau meminta pertolongan kami di PPEIM bagi mengumpul dana dan pada masa itu ada satu kelab permotoran yang sudi bagi dana terbesar untuk bantu ‘Doktor Gigi Palsu’ terlibat.”

Aktivis PPIM, Muhammad Zharif Johor, turun mengesa pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tentang keburukan pendakap gigi palsu dengan bekerjasama dengan doktor bertauliah.
“Takkan disebabkan persepsi masyarakat, kita dipersalahkan.”
“NGO perlu lihat semula sudut mana yang terbaik bagi meminta keluarga dan ‘Doktor Gigi Palsu’ terlibat datang memberi penjelasan kepada pihak kami.”
Laporan Oleh, Shariena Mohd Azli, Wartawan Penyiaran TV.PPIM.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...