Tuesday, October 10, 2017

4155) PPIM TERUS DIKENALI, KOMITED BANTU MASYARAKAT – UTUSAN MALAYSIA – 9/10/17

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terus melonjak apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berjaya mengetengahkan pelbagai kes terutama penipuan yang melibatkan pengguna.
Tahun ini sahaja, PPIM berjaya mendedahkan pelbagai kes penganiayaan yang melibatkan orang ramai antaranya kes pinjaman ah long, pajakan kenderaan, jualan banglo murah serta yang terbaharu isu peni­puan skim pelaburan berkonsepkan francais.


Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan menegaskan, sebagai sebuah badan NGO yang mempertahankan hak pengguna, PPIM sentiasa mencari jalan menyelesaikan satu-satu isu termasuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai individu atau syarikat yang bermasalah.

“Kita bukan mahu mencari publisiti tetapi mahu menghulurkan bantuan. Untuk memastikan aduan yang diterima sahih, jawatankuasa khas PPIM akan menyiasat setiap aduan yang diterima termasuk menilai jumlah kerugian yang didakwa oleh pengadu.
“PPIM perlu tahu apa yang berlaku sebelum mengambil tindakan seterusnya, kita tidak boleh menjatuhkan hukuman sebelum memastikan dakwaan tersebut benar atau tidak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam ruangan Analisis Ming­guan Malaysia hari ini, Awang Selamat memuji tindakan PPIM yang mempunyai pengaruh besar dalam memerangi penipuan dan mendedahkan beberapa sindiket yang memperdayakan orang ramai.
Mengikut rekod hasil pendedahan PPIM, 201 mangsa telah membuat laporan polis mendakwa ditipu syarikat perumahan manakala kira-kira 80,000 usahawan termasuk artis popular pula mendakwa ditipu skim pelaburan berkonsepkan francais dengan nilai dianggarkan bernilai RM1 bilion.
Nadzim berkata, PPIM hanya ingin membantu menegakkan kebenaran dan memastikan pihak yang teraniaya mendapat pembelaan yang sewajarnya.
“Sebagai contoh kes pajakan kenderaan dan projek perumahan, ramai mangsa tampil membuat laporan selepas PPIM mendedahkan isu tersebut.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...