Wednesday, October 4, 2017

4126) Boy Iman dicekup kes tipu banglo - Kosmo Online - 4/10/2017

Snapshot(7)
KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman ataupun lebih dikenali sebagai Boy Iman bersama dua lagi suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan di Ampang, Selangor dan Setapak di sini kelmarin berhubung kes penipuan jualan rumah banglo melibatkan jumlah kerugian keseluruhan RM6.2 juta.
Syarikat pelakon telefilem Blok 404 berusia 37 tahun dipercayai bekerjasama dengan syarikat Juta Kelulut Global Resources menawarkan rumah kepada para pembeli dengan harga lebih murah daripada harga pasaran berjumlah RM60,000 bagi sebuah banglo berkeluasan 154 meter persegi (1,650 kaki persegi).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Boy Iman ditangkap di Balai Polis Bukit Indah, Ampang selepas pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang didakwa dilakukan oleh kedua-dua syarikat tersebut.
“Bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan, pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang, polis telah merampas sebuah kenderaan jenis Nissan Fairlady, sebuah kenderaan jenis BMW E92 bersama tiga telefon bimbit, sekeping sijil ijazah doktor falsafah daripada Good Samaritan Mission & International University dan pelbagai dokumen milik syarikatnya,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini semalam.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...