Saturday, September 28, 2013

909) ANTARA POS 26/9/13-Selangor jangan lokek taja bola sepak - PPIM


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak boleh lokek untuk menaja pasukan bola sepak negeri lantaran ia sebahagian daripada tugas kerajaan negeri, kata Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Penajaan itu katanya akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada Selangor dan atas sebab itulah Khalid tidak harus lepas tangan dalam isu itu.

"Sama ada berapa jumlah dia (MB) kena kira (uruskan) sebab mereka kerajaan di negeri ini. Ini peruntukan yang berlainan, bukan sama.

"Itulah guna bajet, untuk merancang pergerakan perbelanjaan usaha-usaha kerajaan yang berkaitan agenda masa depan termasuk aktiviti rakyat," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Nadzim juga berkata Khalid tidak boleh menafikan hak pembangunan di Selangor hanya untuk meneruskan kelangsungan tajaan kepada mana-mana pihak.

"Apa pun perlu ada keseimbangan, tidak boleh membuat keputusan buang padang bola untuk buat taman perumahan.

"Perlu dipertimbangkan sebaik mungkin, kerana ia akan mendatangkan kesan masa panjang kalau tidak dirancang dengan baik," jelasnya.

Terdahulu, Menteri Besar Incorporated (MBI) dikritik PAS Selangor kerana tidak memberikan tajaan yang sewajarnya sehinggakan beberapa pemain bola sepak utama Selangor diintai kelab lawan.

Khalid kemudiannya meminta PAS Selangor memilih sama ada mahu peruntukan diberikan kepada pasukan bola atau membina masjid di negeri itu.

Khalid juga mencanang peruntukan kepada pasukan bola sepak melebihi peruntukan untuk membina sebuah masjid.

Kenyataan Khalid itu mengundang rasa kurang senang Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

Bercakap kepada Antarapos, Azmin berkata soal tajaan kepada pasukan bola sepak dan dana membina masjid adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

"Bagi saya, kedua-dua institusi ini penting untuk diberikan peruntukan dan dimajukan. Ini bukan soal pilihan, ini soal kepentingan dan tanggungjawab sebuah kerajaan dalam memastikan pembangunan masjid dan sukan itu diberikan perhatian yang serius," katanya kepada Antarapos di lobi Parlimen.


Namun Nadzim dalam masa sama menegaskan bahawa kemajuan sektor pembangunan rumah ibadah dan sukan dalam negeri itu harus seiring.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...