Kuala Lumpur: "Silat sebenarnya melatih kita
menjadi manusia baik, penyayang sabar dan sering melindungi sesiapa saja dalam
banyak keadaan.
"Seharusnya seorang yang bertaraf guru menjadi
pelindung kepada mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya.
"Pencak silat juga mendidik kita menjadi seorang
yang mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Ia terbukti apabila kita
berniat dalam hati untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara apabila
menyertai seni mempertahankan diri," kata Yang Dipertua Pertubuhan Silat
Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwijaya Abdullah (gambar).
Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam
mengenai tindakan seorang guru silat yang dikenali anak muridnya sebagai alim
bertindak memukul, memijak serta mencederakan isterinya termasuk menggunakan
tukul sehingga wanita itu meminta cerai serta melarikan diri akibat tidak tahan
diperlakukan begitu.
Adiwijaya berkata, perbuatan itu bercanggah dengan
prinsip seorang ahli silat yang menghindari segala perbuatan menyalahi ajaran,
malah menjadi contoh sebagai pemimpin serta suami yang baik.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya sudah mengaturkan beberapa
bentuk bantuan kepada mangsa bagi membantu dia menjalani kehidupan baru selepas
ini.
Katanya, PPIM menyedari beberapa kelebihan yang ada
pada wanita itu untuk membantu masyarakat khususnya wanita.
No comments:
Post a Comment