Thursday, September 5, 2013

888) RAKYAT NEWS 4/9/13: PPIM Anjur Forum Pengguna 5 dan 6 Oktober Ini


KUALA LUMPUR 4 Sep- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan Forum Pengguna 2013 bersempena dengan Festival Halal 2013 (Halalfest 2013) pada 5 dan 6 Oktober ini di Dewan Bestari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Kampus Kota.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, forum yang kali ketiga diadakan sejak 20122 ini akan mendapat usahasama daripada pihak Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) bagi mendapat pandangan professional dari para tenaga kerja universiti itu.

"Sudah tiba masanya kita bergerak secara professional dengan melakukan kerjasama dengan pihak UNIKL dan kita menjangka forum kali ini lebih panas dari forum sebelum ini," katanya kepada pemberita pada sidang media pelancaran Forum Pengguna 2013 di UNIKL Kampus Kota di sini, hari ini.

Nadzim menjelaskan, pensijilan halal kepada para peniaga bukan islam di seluruh Malaysia akan menjadi isu utama pada forum kali ini.

Katanya, pelbagai isu-isu panas yang membelenggu pengguna-pengguna di Malaysia akan turut dibincangkan dan wakil daripada organisasi-organisasi yang terlibat akan dipanggil untuk menyertai forum tersebut.

"Terdapat beberapa aduan tentang polisi pemberian sijil halal kepada peniaga bukan Islam yang perlu dikaji bagi memastikan langkah ini memberi manfaat kepada semua pihak.

"Beberapa isu kepenggunaan akan turut dibincangkan berkaitan keberkesanan pengurusan pegawai kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC), perbankan Islam dan yang melibatkan pelbagai agensi seperti Air Asia," katanya.

Sempena forum itu juga beberapa anugerah khas akan diberikan kepada organisasi-organisasi yang dilihat prihatin dalam membantu pengguna-pengguna yang ditindas.


Festival Halal 2013 (Halalfest 2013) akan berlangsung 2 hingga 6 Oktober ini.

Sumber:

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...