Friday, September 6, 2013

894) HARIAN METRO 6/9/13 :TIADA ADUAN KENAIKAN HARGA BARANG


Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) belum menerima aduan mengenai kenaikan harga barang secara rasmi berikutan kenaikan harga minyak, Selasa lalu.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ketika ini pihaknya hanya menerima aduan tidak bertulis daripada pengadu mengenainya terutama barangan keperluan harian, namun masih dalam proses mendapatkan butiran lanjut.

Katanya, PPIM dihubungi seorang pengadu dari ibu negara, petang semalam memaklumkan terdapat kenaikan barangan susulan harga minyak petrol RON95 dan diesel yang naik 20 sen seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Sekretariat kita sedang kumpul maklumat lanjut sebelum mengambil tindakan susulan. Ia penting untuk kita mengadakan semakan awal sebelum merujuk kes berkenaan kepada kementerian bertanggungjawab. Kita difahamkan, peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati.

"Setakat ini, aduan diterima menerusi telefon dan ia masih belum lengkap untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Kita sedang menunggu pengadu tampil dengan aduan rasmi," katanya kepada Harian Metro semalam.


Nadzim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi sekretariat PPIM di talian 0193591000 atau layari laman web www.muslimconsumer.com.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...