Thursday, September 5, 2013

885) BERITA HARIAN 4/9/13 : Ambil tindakan syarikat penerbangan kena caj pemprosesan


Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat penerbangan yang mengenakan caj pemprosesan terhadap pengguna yang membeli tiket secara debit terus dan kad kredit.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, berkata dalam tempoh kira-kira dua minggu, pihaknya menerima 60 aduan menerusi internet dan bertulis, pengguna yang tidak puas hati terhadap langkah Air Asia Berhad (Air Asia) mengenakan caj pemprosesan RM4 bagi pembelian tiket menerusi debit terus sehala dan RM8 bagi penggunaan kad kredit sehala.

Justeru, katanya, kementerian berkaitan, termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pengangkutan, wajar mengambil tindakan.

Maklumkan kepada pengguna

Bercakap pada sidang media semalam, Nadzim berkata, pengguna sepatutnya dimaklumkan terlebih dulu sebelum dikenakan caj tambahan itu dan Air Asia perlu mendapat kelulusan kerajaan untuk mengenakan sebarang caj tambahan.

Air Asia dalam kenyataannya berkata yuran pemprosesan berkenaan dikenakan kerana syarikat menggunakan sistem keselamatan tinggi bagi urus niaga dalam talian menerusi kad kredit, kad debit, kad caj dan debit terus supaya pengguna lebih selamat dan selesa.

"Fi pemprosesan dikenakan bagi menampung sebahagian daripada kos yang diperlukan bagi proses menaik taraf, pembaikan dan peningkatan ciri keselamatan bagi pembayaran dalam talian," katanya.

Syarikat berkenaan berkata, caj RM4 bagi urus niaga debit terus mula dikenakan pada 7 Ogos 2013 manakala bagi kad kredit, kad debit dan kad caj sejak November 2009.


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...