Friday, February 10, 2023

TANGGUH PERLAKSANAAN TARIF ELEKTRIK INDUSTRI ELAK HARGA BARANG NAIK - SUMBERKINI - 03/02/2023

 

PETALING JAYA: Kerajaan digesa menangguhkan perlaksaan semakan surcaj tarif elektrik bagi pengguna industri.

Semakan surcaj tarif elektrik bagi pengguna industri voltan sederhana (MV) dan voltan tinggi (HV) telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

Gesaan itu dikemukakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) yang bimbang bakal menyebabkan inflasi dan membebankan rakyat.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menganggap ia (penangguhan) adalah satu langkah untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi dalam keadaan ekonomi tidak menentu.

“Rakan NGO PPIM dan Huazong mencadangkan kerajaan menangguhkan semakan surcaj itu kerana memikirkan nasib pengguna khususnya golongan berpendapatan sederhana atau M40,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nadzim berkata, peniaga perlu menanggung kenaikan kos sehingga lima kali ganda dari sebelumnya, manakala pengguna akan terkesan kerana peniaga akan menaikkan harga.

“Rabu lalu, Presiden Huazong, Tan Sri Tian Chuan Goh berkata mereka telah menerima banyak aduan daripada pengeluar tempatan yang mengadu semakan tarif surcaj itu menyebabkan kadar bayaran naik terlalu drastik dan tidak tertanggung oleh mereka.

“Huazong berharap kerajaan akan lebih prihatin terhadap nasib mereka dan menangguhkan sementara pelaksanaan semakan semula tarif elektrik bagi pengguna industri,” jelasnya.

Pertubuhan itu juga menggesa kerajaan untuk melibatkan diri dengan wakil pengeluar dan perniagaan tempatan bagi memahami keadaan mereka dan mencari penyelesaian yang menyenangkan semua pihak.


Artikel oleh: Sumberkini

TANGGUH PERLAKSANAAN TARIF ELEKTRIK INDUSTRI ELAK HARGA BARANG NAIK

https://sumberkini.my/tangguh-perlaksanaan-tarif-elektrik-industri-harga-barang-naik/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL