Friday, July 29, 2022

PPIM DESAK KERAJAAN HAPUS SUBSIDI BAHAN API, PETROLEUM DAN DIESEL - ASTRO AWANI - 28/07/2022

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan supaya menghapuskan subsidi bahan api, petroleum dan diesel bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.

Sebaliknya, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan mencadangkan kerajaan untuk memperluaskan skim permohonan subsidi bahan api tersebut dengan kaedah permohonan secara terus.

Katanya, antara kaedah yang dilihat boleh menjadi medium permohonan adalah aplikasi MySejahtera atau dikembarkan bersama sistem cukai jalan negara di mana cukai jalan adalah mengikut keupayaan enjin dan subsidi boleh diberi dengan kaedah sama.

"Bayangkan golongan berpendapatan tinggi yang memiliki pelbagai jenis kenderaan boleh dapat subsidi minyak tidak kira berapa banyak pendapatan mereka.

"Jika golongan berpendapatan tinggi berasa tidak malu dan mahu mohon, silakanlah mohon tetapi pihak kerajaan harus bijak dalam menangani isu ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Menurut Nadzim, pada ketika ini, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM3 bilion setahun untuk subsidi petrol sahaja.

"Jumlah itu sangat tinggi sedangkan golongan berkemampuan tidak sepatutnya menerima subsidi," katanya.


Artikel oleh: Astro Awani

PPIM DESAK KERAJAAN HAPUS SUBSIDI BAHAN API, PETROLEUM DAN DIESEL

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ppim-desak-kerajaan-hapus-subsidi-bahan-api-petroleum-dan-diesel-373309

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL