Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan supaya menghapuskan subsidi bahan api, petroleum dan diesel bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata kerajaan membelanjakan lebih RM3 billion setahun untuk subsidi petrol sahaja.
"Jumlah itu sangat tinggi sedangkan golongan berkemampuan tidak sepatutnya menerima subsidi," katanya.
Sebaliknya menurut Nadzim, kerajaan perlu memperluaskan skim permohonan subsidi bahan api tersebut dengan kaedah yang lain.
"Bayangkan golongan berpendapatan tinggi yang memiliki pelbagai jenis kenderaan boleh dapat subsidi minyak tidak kira berapa banyak pendapatan mereka," katanya.
Nadzim berkata, PPIM mencadangkan skim subsidi petrol melalui kaedah permohonan secara terus.
"Jika golongan berpendapatan tinggi berasa tidak malu dan mahu mohon, silakanlah mohon tetapi pihak kerajaan harus bijak dalam menangani isu ini," katanya.
Antara kaedah yang dilihat boleh menjadi medium permohonan adalah aplikasi MySejahtera atau dikembarkan bersama sistem cukai jalan negara di mana cukai jalan adalah mengikut keupayaan enjin dan subsidi boleh diberi dengan kaedah sama.
No comments:
Post a Comment