Tuesday, July 5, 2022

JANGAN HINA AGONG - KENYATAAN MEDIA PPIM - 05/07/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong penuh lantikan Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang baharu.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata lantikan Dr Rahmat adalah satu pilihan yang tepat.

"Pihak yang tidak berpuas hati tentang lantikan ini sudah tentu mempunyai agenda peribadi dan tidak mahu kebenaran hak asasi manusia menjadi keutamaan, mereka hanya mahu satu atau dua perkara sahaja diketengahkan dan mengabaikan banyak lagi isu kemanusiaan yang perlu mendapat perhatian SUHAKAM," katanya.

Nadzim berpendapat Dr Rahmat yang juga merupakan seorang pakar perundangan dan hak asasi manusia dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah calon terbaik untuk jawatan tersebut.

"Kami di PPIM menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong yang juga telah memperkenankan pelantikan Dr Rahmat sebagai Pengerusi Suhakam selaras dengan Subsekyen 6(1) Akta 597," katanya.

Tambah Nadzim lagi, jika ada mana-mana pihak yang membantah dan mempersoalkan perkenan Tuanku, ia ibarat mereka menderhaka dan melawan titah Tuanku dan perbuatan ini boleh disabitkan peruntukan Akta Hasutan 1948.

"Hentikan tindakan mempersoal institusi di-Raja negara ini, beri ruang untuk Dr Rahmat menjalankan tugas-tugas beliau dan kita sebagai rakyat harus menyokong dan bekerjasama demi kebaikan negara," katanya.

Nadzim turut menyifatkan kenyataan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy sebagai biadap dan berat sebelah.

"Sevan bercakap tanpa memikirkan kelayakan Dr Rahmat dan semata-mata untuk membantah, apakah yang tahu selain membantah titah YDP Agong," katanya.

This image has an empty alt attribute; its file name is 10112021_-_KUL_-_Nadzim_Johan-_Sairien_Nafis_-11.jpg

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL