Friday, July 29, 2022

DESAK KERAJAAN HAPUS SUBSIDI BAHAN API - KOSMO - 28/07/2022

 

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan supaya menghapuskan subsidi bahan api, petroleum dan diesel bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan membelanjakan lebih RM3 bilion setahun untuk subsidi petrol sahaja.

“Jumlah itu sangat tinggi sedangkan golongan berkemampuan tidak sepatutnya menerima subsidi. Sebaliknya, kerajaan perlu memperluaskan skim permohonan subsidi bahan api tersebut dengan kaedah yang lain.

“Bayangkan golongan berpendapatan tinggi memiliki pelbagai jenis kenderaan boleh dapat subsidi minyak tidak kira berapa banyak pendapatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, PPIM mencadangkan skim subsidi petrol melalui kaedah permohonan secara terus.

“Jika golongan berpendapatan tinggi berasa tidak malu dan mahu mohon, silakanlah mohon tetapi pihak kerajaan harus bijak dalam menangani isu ini,” katanya.

Ujarnya lagi, antara kaedah dilihat boleh menjadi medium permohonan adalah aplikasi MySejahtera atau dikembarkan bersama sistem cukai jalan negara yang mana cukai jalan mengikut keupayaan enjin dan subsidi boleh diberi dengan kaedah sama.


Artikel oleh: Kosmo

DESAK KERAJAAN HAPUS SUBSIDI BAHAN API

https://www.kosmo.com.my/2022/07/28/desak-kerajaan-hapus-subsidi-bahan-api/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL