Friday, July 30, 2021

5828) MANJAKU, PPIM AGIH SUMBANGAN - UTUSAN MALAYSIA - 29/07/2021

 

PETALING JAYA : Pusat barangan keperluan ibu dan bayi, Manjaku Baby Mall dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyalurkan sumbangan di bawah kempen Infaq Rezeki bagi membantu masyarakat terkesan dengan ujian pandemik Covid-19.

Pengarah Eksekutif Manjaku Baby Mall, Lee Chee Liang berkata, kolaborasi itu berjaya sumbangan berjumlah RM190,000 berupa barangan keperluan bayi dan kanak-kanak seperti lampin pakai buang, susu bayi, pembasmi kuman, makanan bayi dan pelitup muka.

“Semua sumbangan ini adalah hasil usaha bersama daripada rakan perniagaan Manjaku Baby Mall. Kami berharap dengan kerjasama ini dapat membantu serba sedikit kepada yang memerlukan dan membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Agihan ini turut melibatkan jalinan kerjasama beberapa organisasi seperti Gerbang Sumbangan Sdn Bhd, Yayasan Patriot Negara Malaysia, Icon Production Sdn Bhd dan Satria Intelligence Agency Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, berdasarkan maklum balas diterima melalui Unit Kebajikan PPIM, para penerima manfaat yang mempunyai anak kecil amat memerlukan bantuan susu dan lampin pakai buang apabila ibu bapa tidak mampu kerana hilang punca pendapatan.

“Ada di antara anak-anak kecil ini diberikan air kosong, sirap dan teh bagi menggantikan susu. Sangat meyedihkan kerana ini akan mengakibatkan anak-anak ini tidak mendapatkan keperluan khasiat yang secukupnya, mereka ini merupakan golongan asnaf dan B40 yang sangat terkesan ketika kita semua berhadapan pandemik Covid-19.

“Ujian ini sebenarnya untuk kita bersama-sama menghadapinya dan membantu saudara-saudara kita. Oleh yang demikian, Unit Kebajikan PPIM bersama-sama Manjaku Baby Mall dan beberapa organisasi dan penyumbang berganding bahu bagi menyalurkan bantuan,” ujar beliau.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

MANJAKU, PPIM AGIH SUMBANGAN

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/manjaku-ppim-agih-sumbangan/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...