Saturday, July 10, 2021

5777) IVERMECTIN: PPIM DAN GABUNGAN NGO BERI KKM MASA SEMINGGU - SAMUDERA.MY - 09/07/2021

 

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2021 – Gabungan NGO-NGO bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengambil tindakan mahkamah ke atas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana melewatkan permohonan dan kelulusan untuk menggunakan Ivermectin bagi menyelamatkan nyawa ratusan pesakit Covid-19 setiap hari.

“Saya mewakili para pengguna di luar sana membawa amaran, akan mengambil tindakan undang-undang jika KKM tidak menyelesaikan isu penggunaan Ivermectin dalam masa seminggu. Jika racun tikus boleh digunakan untuk mencairkan darah, mengapa tidak ubat cacing?” Kata Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, dalam sidang media yang diadakan dalam talian hari ini.

Selain itu, PPIM juga menyatakan ketidakpuasan hati dengan sambutan yang hambar daripada pihak KKM dan merasakan kementerian itu gagal membantu mempercepatkan kelulusan Ivermectin bertentangan dengan hak para pesakit Covid-19 yang kini berada di dalam kecemasan untuk sembuh tapi memberi alasan SOP berbanding dengan layanan yang diberi kepada syarikat-syarikat farmasi.

“Kenapa nak tahan penggunaan Ivermectin? Kenapa, kalau guna Ivermectin, vaksin dah tak laku? Janganlah KKM terperangkap atau memerangkap orang lain dalam permainan ini.”

Justeru, Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali dengan panggilan Toqqi menegaskan, mereka berharap agar sesuatu yang baik akan berlaku dalam masa seminggu ini.

Berikut merupakan senarai NGO-NGO yang bersama-sama dengan PPIM:

1. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
2. Pertubuhan Pemerkasaan Asnaf Antarabangsa
3. Pertubuhan Gerakan Anti Penindasan Dan Pro Keselamatan (PROSAFE)
4. Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (PERKID)
5. Yayasan Patriot Negara Malaysia
6. Kelab Kebajikan Dan Perlindungan Permotoran Malaysia
7. Persatuan Kebajikan Pekerja Industri ‘E-Hailing’ Malaysia
8. Gabungan Ngo Islam Dan Melayu Malaysia (GNI)
9. Pertubuhan Kemanusiaan Rakyat Malaysia
10. Pertubuhan Pejuang Warisan Islam Malaysia (PEWARIS)
11. Armada Malaiu Malaysia – Armada
12. Kelab Kebajikan Dan Perlindungan Permotoran Malaysia
13. Persatuan Penyelidikan Penarafan Pengguna
14. Persatuan Komuniti “Gated & Guarded”
15. Persatuan Pengguna Islam Sedunia
16. Pertubuhan Kumpulan Sokongan Pesakit Kritikal
17. Pertubuhan Kebajikan Pelabur Antarabangsa Malaysia
18. Pertubuhan Anti Diskriminasi Dan Salahlaku
19 Persatuan Prihatin Dan Pelindung Alam Sekitar
20. Persatuan Pergerakan Perlindungan Alam Sekitar Antarabangsa
21. Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat
22. Persatuan “E-Commerce” Dan Pemasaran Sosial Malaysia
23. Persatuan Pergerakan Keadilan, Keamanan Dan Kemanusiaan Antarabangsa
24. Pertubuhan Pergerakan Perniagaan Muslim Antarabangsa
25. Pertubuhan Anti Gerakan Jenayah Siber


Artikel oleh: Samudera.my

IVERMECTIN: PPIM DAN GABUNGAN NGO BERI KKM MASA SEMINGGU

https://www.samudera.my/ivermectin-ppim-dan-gabungan-ngo-beri-kkm-masa-seminggu/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...