Wednesday, July 21, 2021

5810) KUMPULAN NGO GESA TANGGUH JADIKAN TABUNG HAJI INSTITUSI KEWANGAN ISLAM - MALAYSIA KINI - 19/07/2021

 

Sekumpulan NGO dan persatuan menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menangguhkan keputusan meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai institusi kewangan Islam di bawah Kewangan Islam Akta Perkhidmatan 2013.

Kenyataan yang menggesa penangguhan itu disokong oleh wakil NGO termasuk Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Abd Halim Husin, ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam M'sia (PPIM) Nadzim Johan dan Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Mohd Azli bin Md Yusof.

"Kami menuntut menteri yang bertanggungjawab ke atas TH serta menteri kewangan menggantungkan keputusan tersebut dengan segera.

"Kami amat dukacita kerana keputusan untuk mengawal selia TH seperti bank-bank Islam lain telah dibuat dengan tergesa-gesa tanpa konsultasi awam; seolah-olah tidak peka bagaimana ia boleh mengubah konsep model perniagaan yang diilhamkan oleh pengasas TH; sekaligus menafikan peranan TH dalam memperkasa serta membangun ekonomi muslim," kata mereka dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah mereka, keputusan jemaah menteri itu juga dilihat bercanggah dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh jemaah menteri bagi mengkaji semula pelan pemulihan TH.

"Justeru penetapan TH di bawah APKI adalah pramatang dan boleh memprejudis siasatan RCI dan meletakkan mandat suruhanjaya siasatan diraja sebagai lemah dan tidak bermakna.

"RCI seharusnya diberikan tempoh yang wajar bagi menyempurnakan siasatannya sebelum apa-apa keputusan penetapan TH tersebut diumumkan," katanya.

Semalam, Tengku Zafrul mengumumkan keputusan untuk meletakkan TH di bawah peraturan Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan pengurusan keseluruhan lembaga tabung haji.

Menteri itu juga menambah bahawa langkah itu diambil untuk melindungi kepentingan pendeposit dan memperkasa kedudukan kewangan TH dalam memenuhi mandatnya selaras dengan piawaian pentadbiran yang baik yang ditetapkan oleh Konvensyen PBB Menentang Rasuah (UNCAC).

Pada 16 Julai, Zulkifli mengatakan penubuhan RCI akan dimuktamadkan segera berikutan tuntutan dari kebanyakan ahli parlimen agar isu TH disiasat secara adil dan teliti.

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelumnya mengumumkan bahawa RCI akan ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) untuk menyiasat isu-isu yang berkaitan dengan TH.

Ini berikutan audit yang dilakukan oleh perunding seperti PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan Roland Berger antara tahun 2014 dan 2020.

Senarai penuh wakil NGO yang membuat gesaan itu adalah seperti berikut:

Mohd Azli bin Md Yusof
Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

Abd Halim Husin
Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Aminuddin Yahaya
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Hassan Mad 

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Mohd Zai Mustafa
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

Rafidah Hanim
Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA)

Ahamed Kameel Mydin Meera
Pengerusi Pergerakan Keadilan Monetari Malaysia (MMJ)

Faridah A Jabbar
Yang Dipertua Usahanita

Sharif Busrah
Pengerusi, ADAB Sarawak.

Abd Kareem B Said Khadaied.
Ketua Aktivis Gabungan Demi Melayu

Nor Razizi
Presiden Persatuan Pengusaha Industri Bengkel Malaysia

Mohd Azeman Omar
Presiden Himpunan Anak Kedah Malaysia

Dato Azlin Ahmad Shaharbi
Presiden Persatuan Wanita Bumiputera Perniagaan & Profesyen ( Peniagawati)

Mohamad Jamalee Bashah
Presiden Persatuan Patriots Malaysia ( Patriots)

Mahmud Hishamuddin
Setiausaha Agung MUAFAKAT

Hajah Rokiah Hassan
Presiden Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia

Raja Petra Marudin
Naib Presiden Pekema.

Hanafee Yusoff
Presiden Persatuan Pengusaha Kayu Kayan dan Perabut Bumiputera Malaysia.

Asral Widad Ahmad Asnawi
Pengerusi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)

Azlina Mohamed Isa
Presiden Persatuan Kebajikan OKU Pendengaran Kwsn Seputeh (PKOPKS)

Nor Haliza Hussain
Pengerusi Dewanita Malaysia Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

Dato Md Pishal Ab Raub
Presiden Muslim Business Association of Malaysia (MUBIN)

Sukmamurni Abdul Manap
Presiden pertubuhan pembangunan dan inovasi wanita (WADI)

Zamihan Mat Zin Al Ghari
Presiden Aswaja Malaysia

Mohd Ghazali bin Md Noor
Convenor Global Waqf Conference

Najmudeen Kader
Presiden Liga Muslim

Bashir Ahmad Bin Kassim
Pengerusi Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS)

Nadzim Johan
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam M'sia (PPIM).

Zaid Gregory Bramadesa Philip
Naib Presiden & Ketua Biro Hal Ehwal Islam Pertubuhan Pengerak Selangor Baru

Jais Abdul Karim
Presiden MCW - Pemerhati Rasuah Malaysia

Muhammad Ali Rali Bin Abdullah
Ketua Biro Dakwah, Pendidikan dan Kebajikan Persatuan Inspirasi Muallaf


Artikel oleh: Malaysia Kini

KUMPULAN NGO GESA TANGGUH JADIKAN TABUNG HAJI INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

https://www.malaysiakini.com/news/583717

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...