Saturday, July 31, 2021

5830) SUMBANGAN INFAQ REZEKI KEPADA PEMANDU TEKSI KLIA - KACA TV - 29/07/2021

 


#KACATV “Kami mahu PEMANDU TEKSI dan PENERIMA MANFAAT yang disantuni merasakan ada yang masih peduli dan sayang kepada mereka. Bentuk bantuan yang diberikan adalah berupa Barangan Asas Keperluan Dapur. Setakat hari ini sebanyak lebih 100 ribu penerima manfaat INFAQ REZEKI telah disalurkan. Melalui jalinan Kerjasama dari pelbagai agensi ini juga di lihat InsyaAllah akan memberikan IMPAK yang POSITIF dan kami sentiasa membuka ruang kepada mereka yang ingin bersama-sama dalam Misi Bantuan INFAQ REZEKI supaya lebih ramai akan menerima manfaat. DANA bagi gerak kerja ini dikumpulkan melalui SUMBANGAN ORANG RAMAI (CROWD FUNDING) mengunakan platform atas talian iaitu sumbangan.com ”. #BERITA Kuala Lumpur, 24 July 2021, Ujian pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia tentunya memberi impak besar buat kita semua. Ramai yang telah kehilangan tempat tinggal, harta benda serta terputus sumber pendapatan. Oleh yang demikian, bagi meringankan ujian mereka yang terkesan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dibawah selian Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM), PERKESO, KINGZ Motorcycle Group, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWIP), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd & Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) telah berkolaberasi bagi Agihan SUMBANGAN INFAQ REZEKI bagi menyantuni PEMANDU TEKSI KLIA sebanyak 200 penerima manfaat INFAQ REZEKI Bernilai RM16,000 yang terkesan pandemik COVID-19. Agihan ini turut melibatkan jalinan kerjasama dan tajaan beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan PATRIOT Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan SATRIA Intelligence Agency Sdn Bhd.
“Ujian ini sebenarnya untuk kita bersama - sama menghadapinya dan membantu saudara - saudara kita. Oleh yang demikian PPIM bersama-sama beberapa organisasi, penaja & penyumbang berganding bahu bagi menyalurkan bantuan. Berdasarkan maklumbalas yang kami terima dari penyelaras, PEMANDU TEKSI juga merupakan golongan yang tidak terkecuali berhadapan saat gentir ini. Mereka sangat memerlukan sumbangan bantuan dengan kadar segera terutama bagi mereka yang merupakan golongan ASNAF dan B40. Kami dengan ini berusaha bersama-sama menguruskan untuk menghantar bantuan sumbangan dan beberapa keperluan pada tarikh yang dinyatakan di atas.”


Artikel oleh: Kaca TV

SUMBANGAN INFAQ REZEKI KEPADA PEMANDU TEKSI KLIA

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...