Wednesday, October 28, 2020

6031) BOIKOT PRODUK, PERKHIDMATAN PERANCIS - PPIM - HARIAN METRO - 28/10/2020

 


Kuala Lumpur: Boikot produk dan perkhidmatan dari Perancis. Itu gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada kerajaan dan pengguna Islam dalam usaha menyekat tindakan kekerasan terhadap umat Islam di negara berkenaan.

Umat Islam di negara itu hidup dalam ketakutan berikutan kenyataan berbaur polisi pemisahan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Marcon, baru-baru ini yang mencetus kebencian dan anti-Muslim serta gesaan untuk membakar masjid di seluruh Perancis.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya mengikuti insiden itu secara dekat dan sedang menimbang untuk menganjurkan satu perhimpunan besar bertujuan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Perancis di Malaysia.

"Kami menggesa kerajaan dan pihak berkaitan lain menggantung semua urusan dengan konglomerat Perancis seperti Atos, Alstom, AXA, Total dan lain-lain.

"Boikot ini akan berkuat kuasa serta-merta. Kami menyeru pengguna Islam seluruh Malaysia dan jaringan global kami untuk menggerakkan usaha sama sehingga kerajaan Perancis memberi jaminan keselamatan serta keamanan supaya umat Islam Perancis boleh mengamalkan Islam di negara itu," katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kerajaan Turki turut mengumumkan rancangan memboikot produk Perancis dan memanggil balik duta mereka di Paris.


Artikel oleh: Harian Metro

BOIKOT PRODUK, PERKHIDMATAN PERANCIS - PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/635356/boikot-produk-perkhidmatan-perancis-ppim

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...