Monday, October 12, 2020

5977) DEKLARASI CYBERJAYA SERU SELURUH RAKYAT WAJIB PATUH PADA PERLEMBAGAAN, RUKUN NEGARA - MALAKAT TRIBUNE - 10/10/2020


CYBERJAYA - Sebanyak 36 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan serta syarikat korporat tempatan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan nota permuafakatan dalam memperkukuhkan gerakan sempena Deklarasi Cyberjaya 10.10.2020.

Deklarasi itu yang diumumkan di Malakat Mall, Cyberjaya hari ini, merupakan inisiatif Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam menggabungkan kekuatan ekonomi pengguna terutamanya dalam kalangan bumiputera.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, deklarasi tersebut merupakan seruan kepada seluruh masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk mengembalikan paksi kefahaman dalam teras pemikiran dan tingkah laku.

"Kita mahu menyatukan kuasa pengguna untuk dijadikan sebagai satu pergerakan yang dapat membantu melepaskan kita daripada tekanan manipulasi oleh pihak kapitalis terutamanya dalam usaha menjana ekonomi," katanya sejurus majlis menandatangani memorandum deklarasi tersebut, hari ini. 

Turut bekerjasama menjayakan deklarasi itu adalah Yayasan Patriot Negara Malaysia; Persatuan Pergerakan Keadilan Keamanan dan Kemanusiaan Antarabangsa; Pertubuhan Kemanusiaan Rakyat Malaysia dan Pertubuhan Anti Diskriminasi dan Salahlaku bersama Gabungan NGO Islam dan Melayu Malaysia.

Mengulas lanjut, katanya, gesaan itu juga bertujuan supaya semua warganegarawajib akur dan patuh kepada undang-undang watan yang berteraskan kepada Perlembagaan dan Rukun Negara.

Jelasnya, cabaran dalam isu agama, bahasa, hak istimewa, pencabulan hak tanah dan harta, diskriminasi dalam bidang perniagaan, pekerjaan dan kerjaya menjadi faktor utama mengapa deklarasi tersebut perlu disokong dan diperkukuhkan dalam kesatuan ummah serat diarusperdanakan secara bersungguh-sungguh


Artikel oleh: Malakat Tribune

DEKLARASI CYBERJAYA SERU SELURUH RAKYAT WAJIB PATUH PADA PERLEMBAGAAN, RUKUN NEGARA 

http://www.malakattribunenews.com/2020/10/deklarasi-cyberjaya-seru-seluruh-rakyat-wajib-patuh-pada-perlembagaan-rukun-negara/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL