Monday, October 26, 2020

6019) PPIM SAMBUT BAIK TITAH SERI PADUKA - MALAKAT TRIBUNE - 26/10/2020


CYBERJAYA - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menjunjung kasih dan amat menyambut baik titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai pengisytiharan tiada keperluan untuk melaksanakan darurat bagi memerangi wabak Covid-19.

Menurut Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu kenyataan sebentar tadi, keputusan ini adalah satu tindakan yang bijak, adil dan prihatinterhadap nasib rakyat yang sedang terperangkap dalam ketidakpastian masa depan mereka.

"Walaupun bebas dari wabak global ini, rakyat boleh menarik nafas lega kerana setidak-tidaknya masih mempunyai ruang untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka," kata Nadzim dalam kenyataan tersebut.

"PPIM juga mengikuti secara teliti akan perkembangan politik yang semakin tidak menentu dan amat bimbang jika ianya berterusan, ia akan mencetuskan suasana yang lebih buruk dan tidak berkesudahan.

"Lebih mengancam ketenteraman rakyat jika keadaan ini akan menyebabkan pembubaran perlimen dan pilihanraya umum perlu diadakan dalam keadaan hiruk pikuk wabak bahaya ini," kata Nadzim lagi.

Beliau turut menyeru semua ahli politik supaya menghentikan pertelahgahan, perbalahan dan perbezaan politik yang mampu menggangu gugat kestabilan pemerintahan negara.

"Negara kita sekarang di ambang Covid-19 yang kian mengancam keselamatan rakyat dan adalah wajar semua pihak berganding bahu serta mengenepikan semua perbezaan yang ada, dan menumpukan seluruh tenaga, sumber dan kepakaran yang ada untuk memerangi wabak ini.

"Kami juga dengan penuh harapan agar titah Seri Paduka Baginda mengenai pembentangan Belanjawan Negara 2021 yang amat penting kepada rakyat dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara ini dijunjung perintah oleh semua pihak," tambah Nadzim.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM SAMBUT BAIK TITAH SERI PADUKA 

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL