Wajib! Wajib untuk semua tahu sebab scammer ni ada kumpulan sasaran mereka dan ini mungkin akan terjadi kepada anda atau kenalan anda!
Tonton video ni sampai habis!
& jangan lupa SEBARKAN video ini agar keluarga dan sahabat-sahabat anda tidak menjadi mangsa seterusnya!
Ambil tahu Jenis-Jenis Scam sebelum anda terkena!
1️⃣ Macau Scam - Membuat panggilan telefon secara rambang dengan mendakwa mewakili mana-mana institusi kewangan. Panggilan tersebut dibuat bagi pengesahan transaksi kad kredit yang kononnya milik anda.
2️⃣ Keldai Akaun / Mule Account - Akaun bank mangsa digunakan untuk urusan pemindahan wang untuk orang lain secara haram dan menyalahi undang-undang.
3️⃣ Parcel Scam - Mangsa ditawarkan oleh mana-mana individu yang hanya dikenali melalui media sosial untuk menerima bungkusan. Kemudian, mangsa diminta membayar sejumlah wang kononnya sebagai bayaran bagi urusan kastam, insurans dan sebagainya.
4️⃣ Online Shopping Scam - Pembelian online, namun selepas transaksi dijalankan, suspek tidak dapat dihubungi dan barang-barang yang ditempah tidak sampai kepada mangsa.
5️⃣ Love Scam - Mangsa terpancing dengan kata-kata romantis dan janji-janji palsu yang akhirnya sanggup memindahkan wang ke akaun suspek.
"Perjuangan Bersama Demi Pengguna!"
Tanpa anda kami tidak akan mampu untuk berjalan lebih jauh lagi. Ayuh teruskan bersama kami dalam perjuangan ini: https://sumbangan.ppim.org.my/
dan LIKE page https://www.facebook.com/ppim.official
Hubungi kami untuk maklumat lanjut ditalian 013-2262 444 atau 019-359 1000 dan pelbagai info kami di laman web PPIM: https://www.ppim.org.my/
#PPIM
#scammer
#trendscammer
#PerjuanganBersamaDemiPengguna
#PPIMMembelaHakDanMaruah
#MacauScam
Artikel oleh: TV.PPIM
ANDA ADALAH MANGSA SCAM SEKIRANYA…
No comments:
Post a Comment