KUALA LUMPUR – Pertama sekali, terima kasih kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana mengetengahkan isu ini.
Keduanya, mohon kerajaan bertindak segera menyelesaikan kekeliruan ini dan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang gagal mematuhi syarat penjualan arak.
Minimum keras harus dijual di bahagian tersendiri yang terasing dan jelas agar pengguna tidak terkeliru.
Ini bukan sahaja soal orang Islam tetapi melibatkan juga mereka yang tidak minum arak pada mana-mana jua agama.
Ketiga, mohon anda semua sebarkan maklumat ini segera agar orang ramai dan masyarakat sedar kekeliruan yang berlaku.
Minuman ini walaupun asasnya cuka tetapi mengandungi kandungan alkohol sehingga 4.5 peratus.
Jumlah yang agak tinggi dan boleh menyebabkan mabuk.
Poster PPIM menyebut Apple Fox adalah arak jenis cider yang mempunyai pembukusan seperti air jus biasa.
“Tindakan peniaga yang meletakkan Apple Fox di ruangan makanan biasa boleh menyebabkan kekeliruan kepada pengguna Muslim yang tidak mengenali Apple Fox adalah arak,” katanya.
Artikel oleh: MYNEWSHUB
INI ARAK, BUKAN JUS EPAL BIASA
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/ini-arak-bukan-jus-epal-biasa/
No comments:
Post a Comment