Showing posts with label MYNEWSHUB. Show all posts
Showing posts with label MYNEWSHUB. Show all posts

Tuesday, October 27, 2020

6026) INI ARAK, BUKAN JUS EPAL BIASA - MYNEWSHUB - 25/10/2020

 

KUALA LUMPUR – Pertama sekali, terima kasih kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana mengetengahkan isu ini.

Keduanya, mohon kerajaan bertindak segera menyelesaikan kekeliruan ini dan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang gagal mematuhi syarat penjualan arak.

Minimum keras harus dijual di bahagian tersendiri yang terasing dan jelas agar pengguna tidak terkeliru.


Ini bukan sahaja soal orang Islam tetapi melibatkan juga mereka yang tidak minum arak pada mana-mana jua agama.

Ketiga, mohon anda semua sebarkan maklumat ini segera agar orang ramai dan masyarakat sedar kekeliruan yang berlaku.

Minuman ini walaupun asasnya cuka tetapi mengandungi kandungan alkohol sehingga 4.5 peratus.

Jumlah yang agak tinggi dan boleh menyebabkan mabuk.

Poster PPIM menyebut Apple Fox adalah arak jenis cider yang mempunyai pembukusan seperti air jus biasa.

“Tindakan peniaga yang meletakkan Apple Fox di ruangan makanan biasa boleh menyebabkan kekeliruan kepada pengguna Muslim yang tidak mengenali Apple Fox adalah arak,” katanya.


Artikel oleh: MYNEWSHUB

INI ARAK, BUKAN JUS EPAL BIASA

https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/ini-arak-bukan-jus-epal-biasa/

Saturday, December 26, 2015

2471) MYNEWSHUB - 25/12/15 - AKTIVIS PPIM BELA HAK PENGGUNA DITAHAN POLIS?


ALKISAH aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini, Muhammad Yusuf Azmi, wajahnya sering terpampang dalam akhbar dan siaran berita televisyen jika ada operasi dilakukan badan tersebut selama ini.

Dia seorang yang sangat baik dan telah membantu ramai umat Islam di Malaysia yang kebanyakannya teruk ditindas oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Hakikatnya PPIM sendiri sudah membantu ramai rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan budaya yang terlibat dalam masalah kepenggunaan seperti isu Along dan pelanggan ditipu oleh peniaga.

Namun laman blog Parpukari baru-baru ini melaporkan penulisnya cukup sedih apabila melihat salah seorang aktivis kini ditahan pihak polis. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan sumber maklumat itu.

Dosa Muhammad Yusuf ialah pergi untuk mendapatkan keadilan demi pelanggan yang dikurung selama 4 jam oleh peniaga tidak bertanggungjawab di pusat beli-belah Kota Raya di Kuala Lumpur tempoh hari!

“Macam mana pulak dengan peniaga penipu itu? Apakah tindakan sudah diambil? Kalau sudah diambil apakah peniaga jahat dan penipu itu sudah ditangkap?” soal penulis Parpukari.


Kita tidak tahu apa yang berlaku pada peniaga tersebut, tetapi apa yang pasti aktivis pembela rakyat tertindas oleh peniaga tersebut sudah berjaya ditahan pihak polis ketika hari cuti Maulidur Rasul pada Khamis.

Di mana keadilan untuk aktivis ini? Kalau semua aktivis dilayan teruk sebegini, kita takut nanti tiada siapa yang mahu lagi membela nasib rakyat tertindas kelak.

“Yalah asalkan pergi bertanya atau mendapatkan keadilan untuk yang tertindas, yang membela pula kena masuk lokap. Ada ke patut macam ni?” tanya Parpukari lagi.
Kadang-kadang ada tertanya-tanya, kenapakah pihak peniaga di Plaza Low Yat dan Kota Raya begitu kebal? Kenapa pihak KPDNKK pula tidak mahu mengambil sebarang tindakan?

Penulis blog ini membuat andaian, apakah telah berlaku semacam satu ‘perjanjian persefahaman’ antara pihak penguat kuasa dan peniaga jahat ini? Mungkin SPRM kena siasat akan perkara ini.

Zaman sudah maju, negara kita bakal menuju 2020 tetapi penguatkuasaan lemah. Kadang-kadang dah buat aduan tetapi masih belum ada tindakan hingga membuatkan rakyat terpaksa mengambil tindakan sendiri.

“Apabila sudah kecoh kerana hendak menuntut hak, yang menuntut dan teraniaya itu pula sebaliknya dimasukkan ke dalam penjara,” tambah Parpukari dalam nada nada secara sinis.

Dalam keadaan sekarang ini, ketika kenaikan harga barangan masih berlaku dan apabila kena tipu dengan peniaga tidak bertanggungjawab, memang setiap pengguna pasti sakit hati.

Kalaulah KPDNKK masih wujud dan berkerja dengan penuh amanah, tidak akan berlaku perkara sebegini. Kepada Ketua Polis Negara, berilah muka sikit dengan aktivis sebegini.
Mereka bukan penjenayah tetapi mereka adalah pejuang untuk rakyat. Mereka membuat kerja bagi pihak penguat kuasa yang sudah lama ‘mati’ konon akibat rasuah. Kasihanilah mereka.

Parpukari mengakhiri tulisannya dengan mengucapkan “SELAMATKAN NEGARA DARIPADA PENIAGA BANGKAI!

Yang membela masuk penjara dan yang menipu terus menipu serta menindas  rakyat akibat sikap beberapa pegawai penguatkuasa yang ‘menjual’ maruah diri demi kesenangan hidup.

“Semoga Allah selamatkan negara kita ini,” kata penulis itu menutup rencananya. – Mynewshub.cc/


Friday, May 22, 2015

2650) MYNEWSHUB - 21/05/15 - PPIM Seru Asas Persatuan Insurans Diselaraskan


PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru agar kerajaan dan pihak bank mengeluarkan satu panduan atau polisi yang selaras kepada persatuan insurans bagi memudahkan urusan pengguna.
Hal ini dibangkitkan berikutan aduan diterima PPIM daripada pengguna yang mengalami kelecehan semasa membuat tuntutan  kepada mana-mana persatuan insurans.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, langkah ini dapat memudahkan urusan tuntutan pengguna serta mengelakkan mereka daripada ditipu.
“Kita mahu pihak bank dan persatuan insurans keluarkan satu panduan dan polisi asas yang selaras untuk kepentingan pengguna.
“Kita juga mahukan pihak bank negara dan persatuan insurans membuat penerangan atau penjelasan kepada pengguna dengan garis panduan yang jelas supaya mereka tidak teraniaya,” kata Nadzim.
PPIM dikatakan menerima lebih kurang 200 aduan daripada pengguna insurans yang menjadi mangsa kepada kekeliruan ini.
Di samping itu, PPIM turut menyarankan agar bank negara mewujudkan satu sistem penerimaan aduan yang lebih berkesan dan tegas supaya persatuan insurans tidak boleh mengambil mudah urusan melibatkan kepentingan pengguna.
– MYNEWSHUB.CC

Wednesday, April 29, 2015

2605) MYNEWSHUB -28/04/15 - Ketatkan Kemasukan Awang Hitam Kaki Penipu & Maksiat

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru agar Kementerian Pendidikan (KPM) dan pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) agar mengetatkan pengambilan pelajar asing terutamanya warga Afrika.
Menurut Ketua Aktivis, Datuk Nazim Johan, kebanjiran ‘awang hitam’ di negara ini mampu mengancam penduduk tempatan kerana sebahagian mereka datang bukanlah untuk menuntut ilmu tetapi menjalankan aktiviti tidak sihat.
DSC_1615
Ujar Nazim, “PPIM terima banyak aduan berkenaan warga Afrika sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

[Persatuan Pengguna Islam Gundah Ancaman Awang Hitam]

“Malah ramai antara mereka yang aktif dengan kes penipuan Internet dan bersekududukan dengan warga tempatan. Ini yang merisaukan kita.”
Menurutnya lagi, kebanyakan warga Afrika berjaya masuk ke negara ini melalui visa pelajar namun ada yang hilang tanpa dapat dikesan selepas tamat semester pertama.
Dalam pada itu, Nazim turut berkata, pihak universiti mahupun kolej haruslah memaklumkan kepada pihak Imigresen berkaitan lokasi tempat tinggal mereka agar mudah dijejaki.
DSC_1624
“PPIM menggesa supaya institut pengajian tinggi dan swasta melaporkan kehilangan mereka kepada Kementerian Pendidikan supaya hal ini dapat dibendung.
“Kemasukan mereka perlu dikaji semula dan kami berharap agar kelulusan pengambilan warga Afrika juga diteliti semula dan syarat-syaratnya diperketat.
“Kami juga menyarankan agar pemilik rumah jangan berurusan dengan mereka. Jangan menyewakan rumah kepada mereka kerana mereka beroperasi di rumah untuk menjalankan kerja-kerja penipuan Internet dan ada yang tak bayar sewa rumah.”
Antara lain, aduan yang diterima turut berkaitan dengan warga Afrika yang menggunakan akaun bank milik warga tempatan yang akhirnya menyebabkan pemilik akaun tersebut ditangkap.
“Orang itu pun dah lari ke luar negara selepas pemilik akaun itu ditangkap dan dia juga meninggalkan dua orang anak. Selain itu, kami juga menerima aduan bahawa seorang ustaz dan tok imam juga ditipu hampir RM800,000. Mereka sangat bijak.”
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Foto: RIZA RAZAK

Tuesday, April 28, 2015

2598) MYNEWSHUB - 27/04/15 - Persatuan Pengguna Islam Gundah Ancaman Awang Hitam


Kebanjiran warga Afrika di Malaysia dilihat banyak mendatangkan masalah terutamanya dari aspek keselamatan diri apabila ada sebahagian mereka bertindak menipu, mengugut malah turut menganggu gadis tempatan.
Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pihaknya menerima banyak aduan berkaitan masalah-masalah tersebut dari masyarakat Malaysia.
Memetik kenyataannya dalam satu siaran media, kebanyakan warga Afrika berjaya masuk ke Malaysia melalui visa pelajar, namun ada antara mereka yang tidak menghabiskan pengajian dan memilih untuk menjalankan aktiviti penipuan seperti black moneyInternet scamming serta penipuan harta dan wasiat.
Lebih parah lagi, golongan ini turut menganggu gugat keharmonian sosial dalam masyarakat Malaysia apabila berjaya memperdaya wanita tempatan untuk menjadi teman wanita lantas membawa kepada masalah baru iaitu anak luar nikah.
Oleh itu, pihak PPIM dan beberapa NGO lain menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera bagi membendung gejala negatif ini dari terus berlaku.
* Satu sidang media akan diadakan esok (28 April 2015) bagi memperincikan usul yang akan dibawa mereka.
– MYNEWSHUB.CC

Tuesday, February 24, 2015

2498) MYNEWSHUB - 23/02/2015 - Caj Telekomunikasi: PPIM Gesa SKMM ‘Disiplinkan’ Industri


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sekali lagi menggesa kerajaan mengambil langkah sewajarnya untuk ‘mendisiplinkan’ industri telekomunikasi dan memastikan pengguna tidak terus terbeban dengan caj berlebihan.
PPIM berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu memantau rapi syarikat-syarikat telekomunikasi supaya pengguna tidak terus teraniaya kerana perlu membayar pelbagai perkhidmatan yang tidak diperlukan.
Berdasarkan rekod aduan yang diterima PPIM, caj-caj telekomunikasi adalah antara senarai teratas dalam perbelanjaan isi rumah dan ada pengguna yang membelanjakan antara lima hingga 20 peratus daripada pendapatan atau gaji pengguna untuk membayarnya.
“Kami juga menerima banyak aduan mengenai caj berlebihan atau caj perkhidmatan yang tidak diminta dan caj tanpa justifikasi. Malah, kami melihat daripada pelbagai aduan pengguna yang merasakan mereka teraniaya dengan berbagai-bagai jenis perkhidmatan yang tidak perlu dan tidak diminta,” kata PPIM dalam kenyataan di sini.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menyambut baik saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini supaya caj telekomunikasi dikurangkan ekoran penurunan kos pemasangan talian gentian optik susulan kejatuhan harga minyak dunia.
Sebelum ini, PPIM pernah mencadangkan kerajaan supaya mewujudkan sebuah badan atau suruhanjaya bagi mengawal caj yang dianggap tidak munasabah terhadap pengguna termasuk caj telekomunikasi.
Dalam pada itu, PPIM mencadangkan SKMM supaya mewujudkan mekanisma kalibrasi (ukuran bermeter) yang akan dipantau dan disahkan oleh Akta Timbang dan Sukat atau Akta Telekomunikasi, dan membatalkan perkhidmatan terselindung serta aplikasi yang mengenakan caj tersembunyi.
Selain itu, SKMM juga diminta memasti syarikat telekomunikasi meningkatkan mutu perkhidmatan dengan segera dan memperluaskan kawasan liputan masing-masing.
“Kami berharap pihak menteri akan menyinsing lengan dalam perkara ini dan pihak pengguna tidak perlu melakukan usaha ala boikot sebagai bantahan kerana telah lama ‘diperguna’,” kata PPIM.
SKMM dalam kenyataan pada 16 Feb lepas berkata ia akan melaksanakan kajian semula kadar runcit perkhidmatan telekomunikasi bagi mengurangkan beban rakyat.
Pengerusinya Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata SKMM akan bekerjasama dengan pihak industri bagi membangunkan harga pakej jalur lebar yang berpatutan bagi memastikan pengguna menerima manfaat jangka panjang. – BERNAMA

Wednesday, January 14, 2015

2357) MYNEWSHUB - 13/01/2015 - Senarai Penipuan Telco Yang Didedahkan PPIM

Rupa-rupanya banyak penipuan yang dilakukan syarikat telekomunikasi mudah alih (TELCO) kepada pengguna telefon bimbit.
Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang  munasabah, ia didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara hari ini.
Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

MENARIK – Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu

MENARIK- Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?

  • Perayauan Antarabangsa (Roaming) - Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada TELCO, pihak berkenaan kemudian mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.
  • Kehilangan Kredit Pra-Bayar -  TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan?
  • Pelan Data Internet – Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.
  • Kesahihan Baki Data Internet - Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh  TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet.
  • Penalti Bayaran Lewat - Ada aduan diterima PPIM, pelanggan TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.
  • Panggilan Tidak Berjawab - Panggilan pelanggan  TELCO jika tidak dijawab, ia tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.
  • Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO - Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.
Sudah terlalu lama, pengguna dan orang ramai ditipu hidup-hidup dengan caj-caj tidak masuk akal oleh TELCO serta bukan sedikit yang menjadi mangsa.
Itu baru sebahagian daripada penipuan Telco di negara ini. Penipuan seperti pakej data unlimited tetapi kemudiannya habis dan perlu beli kuota lain dan macam-macam lagi penipuan yang wujud.
Persoalan lebih besar, apa jadah kementerian berkaitan pengguna dan komunikasi buat kat negara ? Bertuah la kalau nak kata ‘kita tak tahu…kita tido je kat Putrajaya tu’. … Rasanya sudah beribu aduan mengenai perkara-perkara ini diketengahkan selama puluhan tahun.
MYNEWSHUB.CC

2356) MYNEWSHUB - 13/01/2015 - Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu – PPIM



KUALA LUMPUR – Tindakan syarikat telekomunikasi yang dilihat tidak telus dalam urusan perkhidmatan data internet disifatkan satu penipuan yang harus ditangani segera oleh kerajaan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berkenaan hal berkenaan dan ia dilihat semakin berleluasa.
Semalam, Mynewshub.cc melaporkan mengenai tindakan syarikat telekomunikasi (telco) Celcom yang menghantar sms tentang penggunaan data internet yang sudah pun mencecah 80 peratus daripada keseluruhan 3GB yang dilanggan padahal hanya 1GB lebih sahaja baru digunakan dalam masa lapan hari.
Selain itu, telco lain juga mengamalkan bentuk perniagaan yang tidak sihat dalam pelan perniagaan data yang ditawarkan mereka.

MENARIK – Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?

Menurut beliau, apa yang dialami para pengguna kini merupakan satu bentuk penipuan telco dan ada kes juga di mana pelanggan melanggan data tetapi langsung tidak menerima perkhidmatan seperti yang dijanjikan.
“Itu penipuan lah tu, patutnya jika pelanggan melanggan 3 gigabyte (GB) patutnya tiga, dapatnya 1.5GB kadang-kadang tidak dapat langsung, orang pun marah pilih syarikat telekomunikasi lain tetapi perlu menandatangani kontrak selama dua tahun.
“Jika ada pengguna tidak bayar, tiap-tiap bulan dikenakan penalti pula setiap bulan RM50… Akhirnya ada pengguna sampai perlu membayar RM20,000 lebih bermula daripada hanya RM200 yang tidak dibayar,” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.
Ada pula syarikat telekomunikasi yang mengambil kredit pra-bayar pelanggan atas sebab langganan internet harian sedangkan pelanggan berkenaan sudah pun membuat langganan data internet bulanan.
Selepas dibuat aduan kepada syarikat telekomunikasi, ia diperbetulkan dan jumlah kredit yang diambil dikembalikan semula kepada pelanggan.
“Dia tipu dulu, jika ada yang mengadu dia pulang lah semula. Soalnya berapa ramai sangat yang membuat aduan berkaitan hal berkenaan berbanding yang tidak mengadu, mereka untung banyak,” katanya.
Nadzim berkata ada pelanggan yang terpaksa membayar sehingga RM80,000 atas alasan perkhidmatan perayauan antarabangsa (roaming) yang dikenakan ketika individu itu berada di luar negara.
Menurut beliau perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana dilihat syarikat telekomunikasi berterusan menipu pelanggan khususnya melalui caj-caj yang tersembunyi melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan.
Beliau menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memantau dan menyelesaikan isu berkaitan caj-caj seumpama itu.
Nadzim berkata, pengguna juga perlu menggunakan hak dan kebijaksanaan mereka untuk membuat aduan secara beramai-ramai kepada pihak berkuasa berkenaan penipuan-penipuan ini kerana ia tidak boleh dibiarkan berleluasa.
Hari ini, PPIM mengadakan sidang media di Sembang-Sembang Cafe di ibu negara bagi mendedahkan penipuan berleluasa tidak hanya melibatkan syarikat telco tetapi juga caj-caj melampau dan tidak munasabah lain yang dikenakan peniaga tanpa mengira kepentingan pengguna. – MYNEWSHUB.CC


Friday, January 9, 2015

2346) MYNEWSHUB - 08/01/2015 - Bagaimana Lupus Naskah Al-Quran Musnah Akibat Banjir?


BERIKUT ADALAH KENYATAAN OLEH PIHAK PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan agar dikeluarkan panduan dan langkah-langkah yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk melupuskan naskah-naskah Al-Quran atau buku-buku agama yang telah rosak akibat bencana banjir.
Ini berikutan pengalaman para sukarelawan PPIM dalam misi bantuan banjir baru-baru ini yang menjumpai sejumlah besar naskah Al-Quran yang telah musnah dan diselaputi lumpur serta tidak boleh digunakan lagi.
Antara cadangan lain juga, agar naskah Al-Quran dan buku-buku agama itu dikumpul dan dihantar ke masjid atau surau-surau yang berhampiran, supaya dapat dilupuskan mengikut tatacara yang betul oleh pihak yang bertanggungjawab.
Kepada pihak-pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengenai perkara ini seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri / Daerah, PPIM memohon kerjasama semua untuk mewarwarkan semula prosedur yang boleh digunapakai oleh orang awam untuk melaksanakan garis panduan pelupusan naskah Al-Quran dan buku-buku agama dengan cara yang betul.
Kami juga berharap agar orang ramai dapat mematuhi adab-adab umum di dalam menguruskan Al-Quran seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.


Wednesday, December 24, 2014

2273) MYNEWSHUB - 19/12/2014 - Stesen Radio Didakwa Hina Islam, NGO Buat Laporan Polis


KUALA LUMPUR – Satu laporan polis dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikutan tindakan sebuah stesen radio, membincangkan secara terbuka isu sensitif berkaitan kalimah Allah, daging korban dan hak orang Melayu.
Laporan polis dibuat oleh Pekida Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pewaris dan Kelab Intelek & Pendidikan terhadap stesen radio BFM, saluran 89.9 di Balai Polis Dang Wangi, di sini, hari ini.

Penyampai radio BFM, Sharaad Kutin serta Umapagam Ampikaypagan dan Caroline, dalam satu slot yang disiarkan di stesen berkenaan, dikatakan telah membincangkan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam termasuk soal pemakaian tudung bersama pemanggil bernama Ezra dan Patrick Teoh, pada 12 Disember 2014, jam 6 petang hingga 7 malam.


Muhammad Yusuf Azmi dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, “Ketika mendengar siaran tersebut di rumah, saya dapati terdapat unsur penghinaan dan hasutan terhadap agama Islam.
“Kita sebagai penduduk di Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama, seharusnya menghormati satu sama lain terutama agama rasmi negara ini iaitu Islam.”
Tambahnya, tindakan stesen radio tersebut dilihat melanggar akta perlembagaan pengguna di Malaysia, di mana isu berbaur rasis boleh mewujudkan sentimen perkauman dan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat.
“Kami menggesa agar Akta Hasutan 1948 dihormati dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mesti menyiasat sedalam-dalamnya penyampai radio dan stesen berkenaan supaya perkara ini dapat dibendung sebaik mungkin.

“Perkara ini tak sepatutnya berlaku dan kita anggap ini mungkin strategi golongan liberal yang menentang keputusan berkaitan kalimah Allah, walaupun telah diputuskan oleh mahkamah,” ujar Mohd Mustaffa Hamzah dari PPIM.
Ujarnya, “Perkara ini dilihat dapat memporak-perandakan hubungan kaum di Malaysia dan mereka bukan sahaja telah mencabar keputusan mahkamah, bahkan kedaulatan Islam itu sendiri.
“Kita sememangnya bebas bersuara namun di dalam masyarakat majmuk Malaysia, perkara ini tidak seharusnya di keudarakan stesen radio terbabit.”

Mewakili pendirian Pekida Malaysia, Syahrir Abd Aziz pula berkata, “Sebagaimana ditetapkan pada persidangan perwakilan baru-baru ini di Kelantan, Pekida Malaysia akan lebih agresif kerana Al-Quran sendiri mengatakan, mempertahankan Islam adalah tunggak utama bagi para pendakwah.”
“Jadi sekiranya ada unsur-unsur hendak mempolitikkan perkara ini, kami nasihatkan tidak perlulah, kerana agama adalah isu paling sensitif.”
“Pekida Malaysia tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya ada pihak ingin memainkan isu-isu ini kembali terutama berkaitan kalimah Allah dan babitkan perkauman,” ujarnya.
Tindakan BFM didakwa, telah melanggar  beberapa peraturan termasuk  berkaitan kelulusan siaran apabila memaparkan topik agama Islam sedangkan antara syarat pemegang stesen radio berlesen adalah ‘tidak membekalkan kandungan yang bertentangan daripada budaya dan nilal moral aspirasi masyarakat’. - MYNEWSHUB.CC

Friday, November 7, 2014

2223) MYNEWSHUB 5/11/2014 - Spritzer Tarik Balik Air Mineral Ada Gambar Dewa Hindu


Ekoran pendedahan dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), syarikat pengeluar air mineral, Spritzer Berhad menarik semula penjualan minuman mereka yang mempunyai gambar patung dewa Hindu Batu Caves dari pasaran.

Memetik laporan The Rakyat Post, Pengurus Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin berkata, semua wakil jualan syarikatnya telah diarahkan menarik kembali produk tersebut di rak-rak jualan setiap premis seluruh negara.

Selain itu, Spritzer menghentikan proses cetakan gambar tersebut di kilang dan memastikan produk yang sedia untuk dipasarkan tidak dikeluarkan dari gudang.

“Syarikat kami bukan tidak sensitif terhadap isu ini tetapi tidak menyangka tempat tumpuan pelancongan akan dikaitkan dengan isu keagamaan. Kami juga tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, syarikat tersebut belum memutuskan untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka buat masa ini.

Chin menerangkan, Spritzer melakukan kolaborasi dengan Lembaga Pelancongan Malaysia untuk mempromosikan kawasan pelancongan di negara ini dan gambar kuil Hindu Batu Caves merupakan salah satu yang dicetak pada minuman keluaran syarikat tersebut.

“Kami memohon permit dari Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia dan mendapat kebenaran untuk mencetak imej tempat-tempat tumpuan pelancong pada botol minuman seperti Persiaran Gurney, Dataran Lang, Zoo Taiping, Menara Berkembar Petronas dan Putrajaya.”

Pendedahan isu gambar kuil Hindu pada botol minuman Spritzer dibuat oleh Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu sidang media, semalam.

Beliau mempertikaikan produk tersebut kerana ia menimbulkan keraguan dan ketidakselesaan pengguna Islam.

Selain itu, Nadzim mempersoalkan logo halal yang digunakan bersama cetakan gambar tersebut. – MYNEWSHUB.CC


Friday, October 31, 2014

2199) MYNEWSHUB 31/10/2014 - Ops BAH


Beberapa wanita dipercayai warga asing berpakaian mencolok mata dan dipercayai menjadi GRO ditahan malam tadi dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) edisi ke-5 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Selain mereka, dua orang lelaki dipercayai tonto menerima padah apabila turut ditahan dalam operasi berkenaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.
Biarpun tiada akta untuk mendakwa mereka, kedua-dua lelaki itu ditahan dan diminta melakukan ujian air kencing kerana disyaki mengambil dadah.
Dua lelaki dipercayai tonto yang ditahan mengelak dari gambar mereka dirakam
Mereka berdua dibebaskan dan alat komunikasi seperti ‘walkie-talkie’ turut dipulangkan selepas ujian air kencing didapati negatif.
Sementara itu, seramai 78 orang ditahan dengan 31 daripada mereka merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 47 lagi didapati positif dadah dalam operasi berkenaan.
Dalam laporan dikeluarkan Kementerian Wilayah Persekutuan yang mengetuai operasi, sebanyak lapan premis judi haram telah diserbu dan sebanyak 57 unit CPU, 56 unit monitor, lima modem dan satu mesin judi dirampas.

Operasi edisi ke-5 malam tadi dilakukan di tiga kawasan Parlimen di Kuala Lumpur iaitu Kepong, Segambut dan Seputeh melibatkan 13 agensi dan 450 anggota.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata operasi malam tadi turut diikuti oleh wakil dari tiga pemerhati iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Persatuan Alumni Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM.
“Orang awam dan juga pemimpin masyarakat ada menghantar surat kepada kami (kementerian) supaya diadakan operasi di kawasan masing-masing.
“Kerana itulah kita memerlukan maklumat untuk bantu kita buat serbuan,” katanya ketika ditemui pemberita ketika meninjau operasi berkenaan malam tadi.
Beliau memaklumkan dalam empat edisi operasi lepas, pihak berkuasa telah merampas barangan bernilai RM5.24 juta yang terdiri daripada komputer, modem, televisyen, router internet dan mesin judi.
Dalam operasi berkenaan mereka yang ditahan dibawa ke padang kawad, Jabatan Direktorat Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menjalani ujian air kencing dan diperiksa dokumen perjalanan.


Agensi Anti Dadah Kebangsaan menjalankan ujian air kencing manakala Jabatan Imigresen membantu menguruskan tahanan PATI.
Organisasi lain yang terlibat adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). – MYNEWSHUB.CC

Monday, December 30, 2013

1064) MYNEWSHUB 29/12/2013 GUNA KUASA PENGGUNA BUKAN SERTAI PERHIMPUNAN



KUALA LUMPUR – Gunakan kuasa pengguna dan bukannya turun ke jalan dengan sertai perhimpunan haram menggulingkan kerajaan pada 31 Dis ini sebagai membantah peningkatan kos sara hidup, kata Ketua Aktivis PersatuanPengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
“Kita boleh bantah dengan cara yang bijaksana. Malaysia merupakan negara demokrasi yang mempunyai undang-undang, jadi gunakan kuasa pengguna dalam keadaan yang bijak.
“Perkara ini boleh ditangani, memang ia memberikan tekanan tetapi kita perlutahu apa yang kita boleh buat bagi memastikan diri kita tidak terjejas dengan kenaikan-kenaikan ini,” katanya dalam sidang media selepas sesi soal jawab isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), subsidi, muflis dan ‘along’, Sabtu.
Beliau berkata orang ramai seharusnya menjadikan isu kenaikan sebagaicabaran dan pencetus kebangkitan agar berusaha lebih bersungguh-sungguhmelakukan sesuatu untuk menjana serta meningkatkan pendapatan.
“Bagi PPIM, kita merasakan orang awam perlu membuat sesuatu yang lebih produktif seperti melakukan perniagaan,” katanya.
Dalam pada itu, Nadzim berkata kerajaan perlu memikirkan langkah terbaikbagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan beberapa siri kenaikan yangdiumum.
Beliau berkata pentadbiran kerajaan perlu mengambil langkah bagi memperbaiki segala kesilapan terdahulu agar ketirisan perbelanjaan tidak lagi berlaku dalamurusan kerajaan.
“Dari sudut kerajaan pula, memang tiada masalah jika cukai GST perlu dibuat tetapi pastikan hasil cukai itu tidak habis akibat ketirisan dan sekiranya kerajaan melakukan dengan baik, kita pasti rakyat juga tidak akan membantah.
“Kita cadangkan agar suatu jawatankuasa ditubuhkan bagi memastikan ketirisantidak berlaku selain mengkaji semula kaedah pembahagian subsidi yang dilihattidak adil pada ketika ini,” katanya.
Pada masa sama, katanya, kerajaan perlu meningkatkan keberkesanan tadbirurus negara, terutama dengan mengurangkan kos berbanding menaikkan harga barangdalam usaha merasionalisasi subsidi, seperti nasihat bekas Perdana Menteri TunDr Mahathir Mohamad.-BERNAMA

Friday, July 19, 2013

841) MYNEWSHUB 190713-Tidak Diikat Jamin Demi Keselamatan Alvivi – PPIM



Tindakan Alvin dan Vivian mencetuskan kemarahan umat Islam dengan memuatnaik poster dengan tajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!” yang mengandungi logo Halal pada 12 Julai bukan sahaja melibatkan umat Islam di Malaysia tetapi secara global.

Ini adalah kerana sup “Bak Kut Teh” ialah sup yang dihasilkan dengan bahan asasnya tulang babi yang jelas adalah haram di sisi Islam. Lebih-lebih lagi dengan disertakan logo Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di poster berkenaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata selain itu, tindakan mereka juga sudah memuncakkan kemarahan rakyat Malaysia sama ada yang beragama Islam atau tidak.

Selain itu, beliau berkata tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tidak membenarkan ikat jamin adalah juga untuk memastikan keselamatan mereka dari kemungkinan diapa-apakan oleh orang ramai selepas tindakan mereka yang melampau itu.

“Tindakan tidak memberikan ikat jamin kepada Alvivi juga adalah untuk menjaga keselamatan mereka yang telah memuncakkan kemarahan rakyat Malaysia,”

“Ini juga pengajaran kepada semua pihak di negara ini supaya sensitif dengan isu yang melibatkan perkauman dan agama,” katanya kepada Mynewshub hari ini.

Semalam, Alvin telah dihantar ke Penjara Sungai Buloh manakala Vivian telah dihantar ke Penjara Kajang – selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka. – Mynewshub


OLEH : IBNU K

840) MYNEWSHUB 18/7/13:PPIM Gesa Kes Disiasat Secara Telus





SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil inisiatif dengan melantik peguam untuk berjumpa empat orang lelaki berbangsa Melayu yang ditahan polis berhubung kes Ng Mun Tat di sini hari ini.

Aktivis PPIM, Mohd Mustafa Hamzah berkata pihaknya bersama peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam adalah untuk mendapatkan penjelasan berkenaan khabar angin oleh pelbagai pihak menerusi laman-laman sosial berkenaan kes tersebut.

“Apa yang dituntut PPIM adalah supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

“Kami menyediakan peguam bagi memastikan isu tersebut mendapat pengadilan sebaik mungkin,” jelas Mustafa kepada pemberita dalam satu sidang media di luar IPD Shah Alam sebentar tadi.

Menurut Mustafa, peguam yang dilantik PPIM, Shahrudin Ali telah berjumpa dengan empat yang ditahan dan pihaknya masih dalam proses mengumpul bahan bukti.

Dalam pada itu, peguam yang dilantik PPIM enggan memberi sebarang maklumbalas terhadap perjumpaan itu.

Tambah Mustafa lagi, dia yang berjumpa dengan Ketua Siasatan Jenayah IPD Shah Alam, DSP Mohd Nizam diberitahu bahawa tahanan reman terhadap empat lelaki itu yang sepatutnya berakhir pada 22 Julai akan dilanjutkan jika ada keperluan oleh pihak polis.

Dalam kejadian 3 pagi 15 Julai lalu, Ng Mun Tatt, 24, dipercayai telah dilarikan oleh lapan lelaki menaiki Toyota Alphard ketika dia sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Shah Alam.

Ng dicedera dan dibogelkan sebelum ditinggalkan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), berhampiran susur keluar Setiawangsa di sini.

Beliau ditemui oleh seorang penunggang motosikal yang membawanya ke balai polis Jalan Tun Razak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan pantas polis berjaya menahan empat lelaki di Shah Alam dan Petaling Jaya pagi 16 Julai lalu kerana terbabit mencederakan lelaki itu.


Wednesday, June 12, 2013

769) BERITA MYNEWSHUB 12 JUN 2013-GNI KESAL CEO PUJI AZRAN OSMAN

Azran Osman-Rani

GNI Kesal CEO Bank Puji Azran Osman-


KUALA LUMPUR – Gabungan NGO Islam (GNI) melahirkan rasa kesal terhadap seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah bank kerana memuji Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang pernah membuat kenyataan biadab melabelkan Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.
GNI melalui satu kenyataan mendakwa CEO bank berketurunan Melayu terbabit tidak sepatutnya mengambarkan Azran sebagai seorang yang mempunyai sifat kepemimpinan hanya kerana beliau berani melabelkan akhbar berkenaan sebagai perkauman.
“Jangan terperangkap dalam kerangka pemikiran dan minda yang membelakangkan sentimen dan sensitiviti bangsa sendiri,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Azran sebenarnya adalah seorang individu Melayu yang seumpama `kacang lupakan kulit’ kerana sanggup mengecewakan bangsa Melayu yang sememangnya sentiasa mengharapkan pembelaan daripada anak Melayu yang sudah berjaya seperti beliau.
Justeru GNI meminta Azran supaya menyedari asal usul dan jangan sesekali berlagak sombong dan bersikap angkuh kerana wang, darjat, kekayaan, pangkat dan harta yang beliau miliki.
“Apa yang anda miliki adalah hasil perit jerih nenek moyang bangsa Melayu yang menyabung nyawa, jiwa dan raga mempertahankan tanah tumpah darah yang berkat dan bertuah ini,” dakwanya kenyataan itu.
Sebelum ini, pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mendesak Azran untuk memohon maaf berhubung kenyataannya melabelkan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis. – mynewshub.my

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL