Showing posts with label AL QURAN. Show all posts
Showing posts with label AL QURAN. Show all posts

Friday, January 9, 2015

2347) 08/01/2015 - Panduan Melupus Al-Quran Yang Rosak Akibat Banjir

Sekumpulan petugas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) melakukan kerja pelupusan al-Quran pada 2012, dengan membuang abu naskah yang telah dibakar di perairan Kuala Terengganu, kira-kira sembilan batu nautika dari jeti Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur. - Foto Facebook Magnetic Aura 


KUALA LUMPUR, 7 Januari: 

Pihak berwajib diminta mengeluarkan panduan atau langkah-langkah untuk orang ramai melupuskan naskah-naskah al-Quran atau buku-buku agama mengandungi ayat suci al-Quran yang telah rosak, akibat bencana banjir, baru-baru ini. 

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sukarelawan PPIM dalam misi bantuan banjir baru-baru ini, menjumpai sejumlah besar naskah al-Quran yang telah musnah dan diselaputi lumpur serta tidak boleh digunakan lagi. 

Menurutnya, naskah al-Quran itu dipercayai ditinggalkan begitu sahaja oleh mangsa banjir, kerana tidak boleh digunakan lagi dan PPIM bimbang ia akan menjadi isu pada masa akan datang. 

“Oleh itu, PPIM meminta agar satu garis panduan dikeluarkan, bagi membolehkan orang ramai melupuskan atau terdapat pihak ketiga yang boleh membuat kerja-kerja pelupusan tersebut. 


“Naskah al-Quran dan buku-buku agama itu juga boleh dikumpul dan dihantar ke masjid atau surau-surau berhampiran, supaya dapat dilupuskan mengikut tatacara yang betul oleh pihak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post, hari ini. 

Nadzim juga meminta pihak bertanggungjawab, seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan daerah, mewar-warkan prosedur yang boleh diguna pakai oleh orang awam berhubung perkara itu. 

“Tidak semua orang di luar sana mengetahui cara untuk mengendalikan al-Quran yang telah rosak dan ia tidak boleh dilupuskan sewenang-wenangnya. 

“Jadi, PPIM memohon kerjasama semua, untuk memberitahu langkah atau kaedah yang betul kepada orang awam, bagi melaksanakan garis panduan pelupusan naskah al-Quran dan buku-buku agama dengan cara betul. 

“Dengan ini, orang ramai diharapkan dapat mematuhi adab-adab umum dalam menguruskan al-Quran seperti yang disyariatkan oleh agama Islam,” ujarnya. 

Sementara itu, hasil pemeriksaan The Rakyat Post di Internet mendapati, ada beberapa pautan mengenai kaedah pelupusan al-Quran yang sebenarnya boleh dirujuk orang ramai. 

Antaranya ialah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang disiarkan di portal rasmi Fatwa Malaysia, e-Fatwa. 

Menurut portal e-Fatwa, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992, bagi membincangkan kaedah pelupusan al-Quran memutuskan, al-Quran yang rosak, koyak, tidak boleh dibaca lagi dan juga yang bukan resam Uthmani, hendaklah dilupuskan. 

“Kaedah pelupusan ialah dengan dibakar dan ditanam di tempat yang dikawal. 

“Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada urusetia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan dilakukan dengan cara tersembunyi, demi mengelakkan salah faham orang ramai,” menurut kenyataan portal berkenaan yang boleh dirujuk di pautan http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelupusan-al-quran

Manakala bagi buku agama yang terdapat ayat al-Quran dan Hadis, mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 21 Disember 2006 memutuskan, ia dibakar dan ditanam di tempat yang dikawal. 

Kerja-kerja pelupusan juga perlu dipertanggungjawabkan kepada urusetia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam, dan dilakukan dengan cara tersembunyi, demi mengelakkan salah faham orang ramai. 

Berhubung cara pembakaran, bahan yang mengandungi ayat al-Quran mesti dibakar secara menyeluruh, tanpa tertinggal mana-mana bahagian tidak terbakar. 

“Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat suci al-Quran yang telah dibakar, hendaklah dipastikan dikumpul, supaya tidak ditiup angin atau bersepah. 

“Bahan yang telah dibakar, hendaklah ditanam di tempat bersih yang tidak dilalui orang, atau dibuang ke laut atau sungai yang mengalir airnya,” demikian menurut keputusan Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang dipetik daripada pautan http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pembakaran-buku-buku-agama-yang-terdapat-ayat-ayat-al-quran-dan-hadith

Selain itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut menyiarkan “Panduan Pengurusan Pelupusan Bahan-bahan Penerbitan dan Perhiasan Yang Mengandungi Ayat-ayat Suci Al-Quran” yang boleh diakses secara terbuka di Internet, melalui alamat pautan http://www.jawi.gov.my/Pdf_doc/Penyelidikan/PANDUAN%20PENGURUSAN%20%20PELUPUSAN%20%20BAHAN.pdf

Portal rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN), www.moha.gov.my pula memaklumkan, sebuah syarikat swasta bernama Percetakan Sufi ada mengendalikan Pusat Pelupusan Ayat Suci Al-Quran dan khidmatnya boleh digunakan orang ramai.


2346) MYNEWSHUB - 08/01/2015 - Bagaimana Lupus Naskah Al-Quran Musnah Akibat Banjir?


BERIKUT ADALAH KENYATAAN OLEH PIHAK PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan agar dikeluarkan panduan dan langkah-langkah yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk melupuskan naskah-naskah Al-Quran atau buku-buku agama yang telah rosak akibat bencana banjir.
Ini berikutan pengalaman para sukarelawan PPIM dalam misi bantuan banjir baru-baru ini yang menjumpai sejumlah besar naskah Al-Quran yang telah musnah dan diselaputi lumpur serta tidak boleh digunakan lagi.
Antara cadangan lain juga, agar naskah Al-Quran dan buku-buku agama itu dikumpul dan dihantar ke masjid atau surau-surau yang berhampiran, supaya dapat dilupuskan mengikut tatacara yang betul oleh pihak yang bertanggungjawab.
Kepada pihak-pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengenai perkara ini seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri / Daerah, PPIM memohon kerjasama semua untuk mewarwarkan semula prosedur yang boleh digunapakai oleh orang awam untuk melaksanakan garis panduan pelupusan naskah Al-Quran dan buku-buku agama dengan cara yang betul.
Kami juga berharap agar orang ramai dapat mematuhi adab-adab umum di dalam menguruskan Al-Quran seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.


2345) THE MALAYSIAN INSIDER - 08/01/2015 - Hebahkan Prosedur Lupus Al Quran Musnah Akibat Banjir

Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan supaya kitab suci umat Islam dan buku agama yang rosak akibat banjir dikumpul dan dihantar ke masjid atau surau berhampiran untuk dilupuskan mengikut tatacara yang betul oleh pihak bertanggungjawab. – Gambar fail Reuters, 7 Januari, 2015.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pihak berkuasa agama menghebahkan kembali prosedur pelupusan naskah al Quran dan buku-buku agama yang rosak akibat banjir.
PPIM berkata sepanjang misi membantu mangsa banjir baru-baru ini, sukarelawan persatuan itu menjumpai sejumlah besar naskah al Quran yang musnah dan diselaputi lumpur serta tidak boleh digunakan lagi.
Dalam kenyataan hari ini, PPIM mencadangkan supaya kitab suci umat Islam dan buku agama yang rosak itu dikumpul dan dihantar ke masjid atau surau berhampiran untuk dilupuskan mengikut tatacara yang betul oleh pihak bertanggungjawab.
"Kami berharap orang ramai dapat mematuhi adab-adab umum dalam menguruskan al Quran seperti yang disyariatkan dalam Islam," kata PPIM. – Bernama, 7 Januari, 2015.


Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hebahkan-prosedur-lupus-al-quran-musnah-akibat-banjir

2344) SHAKKIDO - 08/01/2015 - Cara Betul Lupuskan Al Quran Lama dan Rosak

Pasca Banjir.

Inilah antara perkara yang sangat penting. Bukan sahaja harta benda seperti rumah, kereta, motorsikal, haiwan ternakan tetapi juga dari sudut keagamaan. Banyak juga dilaporkan kerosakan yang melibatkan naskah-naskah Al Quran. Totally out. Bersalut lumpur.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pihak berkuasa agama menghebahkan kembali prosedur pelupusan naskah al Quran dan buku-buku agama yang rosak akibat banjir. PPIM berkata sepanjang misi membantu mangsa banjir baru-baru ini, sukarelawan persatuan itu menjumpai sejumlah besar naskah al Quran yang musnah dan diselaputi lumpur serta tidak boleh digunakan lagi.

Apa yang perlu kita ketahui adalah cara yang betul untuk melupuskan Al Quran yang lama dan rosak.

Al Quran Buruk dan rosak

Bukan hanya Al Quran yang terjejas dengan banjir ini tetapi mungkin juga perhiasan di dinding rumah, yang digantung, yang berbentuk CD, cenderamata dan pelbagai lagi.

Hiasan ayat Al Quran

Cara yang terbaik adalah me­ngumpul bahan agama dan cebisan ayat Al-Quran berkenaan dalam satu tempat untuk dibakar. Bagi memastikan pembakaran secara sempurna, bahan itu bolehlah dicarik menjadi helaian kecil dan barulah dibakar.
Abunya bolehlah diha­nyutkan ke sungai atau laut. Ia juga boleh ditanam di tempat yang tidak di langkah manusia.
Proses buang abu Al Quran di Laut

Selain itu, ada juga usaha syarikat tertentu mengumpul bahan agama untuk proses pelupusan seperti Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang. Proses untuk mengumpulkan abu ini juga bukanlah mudah. Ia mengambil masa selama hampir empat bulan. Petugas terbabit juga perlu melupuskannya dengan teliti.
Jom lihat video dari Sinar Harian yang telah ke sana.

Pusat Pelupusan Ayat Suci Al-Quran
https://www.facebook.com/lupusquran
Buka : ISNIN – SABTU
Masa : 8pg – 6ptg
Kadar bayaran :
RM10/kg – Bahan Bacaan
RM6/kg – Al-Quran sahaja
Sila Hubungi
Pejabat : 03-26933049, 26915184 Fax: 03-26933051
019-3376159 – En. Rahmat
017-3085773 – Aizat
Ini ada satu perkhabaran yang perlu dipanjangkan. Kepada mereka yang ingin menyumbang ‘saham akhirat’ ini. Kita bantu dan memberi mereka yang memerlukan. Sama ada surau-surau dan masjid yang dilanda banjir baru-baru ini.

Surah Hud Ayat 44

Wakaf Tafsir Al Quran Multazam

Program wakaf Al Quran ini adalah untuk membantu mereka yang memerlukan naskah Al Quran terutama mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan negeri-negeri lain yang terlibat.
Harga 1 bahagian wakaf adalah RM5 sahaja. Sebuah Al Quran Tafsir dibahagikan kepada 5 bahagian bersamaan dengan RM25. Sesiapa yang ingin membuat tempahan, boleh terus ke : http://denaihati.com/QuranWakaf

Sumber : http://shakiddo.com/cara-betul-lupuskan-al-quran-lama-dan-rosak/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Shakiddocom+%28shakiddo.com%29


2343) PERAK TODAY - 08/01/2015 - Cadang Cara Pelupusan Al-Quran dan Buku Agama Yang Musnah Akibat Banjir - PPIM

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta agar pihak yang berwajib mengeluarkan satu panduan lengkap bagi tujuan pelupusan naskah-naskah Al-Quran dan buku agama yang telah rosak akibat bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh persatuan tersebut, mereka meminta kerjasama daripada pihak berkuasa antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau Daerah agar menghebahkan semula prosedur yang boleh digunapakai oleh orang awam.
Prosedur tersebut adalah berkenaan dengan pelaksanaan garis panduan pelupusan naskah Al-Quran dan buku-buku agama dengan cara yang betul.
Perkara ini perlu dilaksanakan berikutan dalam misi bantuan banjir yang dilakukan oleh sukarelawan persatuan tersebut di beberapa kawasan yang terlibat banjir baru-baru ini telah menemui sejumlah besar naskah Al-Quran yang telah musnah akibat diselaputi lumpur dan tidak boleh digunakan lagi.
PPIM juga mencadangkan supaya naskah Al-Quran dan buku-buku agama yang rosak itu dapat dikumpulkan seterusnya dihantar ke masjid atau surau berhampiran agar ianya dapat dilupuskan mengikut tatacara yang betul oleh pihak yang berwajib.
Persatuan itu juga berharap agar orang ramai mematuhi adab-adab umum di dalam menguruskan kitab suci itu seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.

2342) Hebahkan Cara Lupus Al Quran Rosak Akibat Banjir : Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM

Thursday, January 8, 2015

2338) KOSMO - 07/01/2015 - Hebahkan Prosedur Lupus Al-Quran Musnah Akibat Banjir - PPIM


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pihak berkuasa agama menghebahkan kembali prosedur pelupusan naskhah al-Quran dan buku-buku agama yang rosak akibat banjir.

PPIM berkata, sepanjang misi membantu mangsa banjir baru-baru ini, sukarelawan persatuan itu menjumpai sejumlah besar naskhah al-Quran yang musnah dan diselaputi lumpur serta tidak boleh digunakan lagi.

Dalam kenyataan hari ini, PPIM mencadangkan supaya kitab suci umat Islam dan buku agama yang rosak itu dikumpul dan dihantar ke masjid atau surau berhampiran untuk dilupuskan mengikut tatacara yang betul oleh pihak bertanggungjawab.

“Kami berharap orang ramai dapat mematuhi adab-adab umum dalam menguruskan al-Quran seperti yang disyariatkan dalam Islam,” kata PPIM. - Bernama


Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_35.htm

Friday, February 28, 2014

1179) BERITA TV9 27/2/2014 ISU PENGGUNAAN PELEKAT HOLOGRAM DIBAWA KE KABINET



Isu penggunaan pelekat hologram pada naskhah Al-Quran akan dibawa ke kabinet dalam masa terdekat bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaannya.  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan mengambil kira pandangan Persatuan Penerbit Al-Quran Malaysia PQM berhubung masalah penggunaan hologram; Termasuk terdedah kepada cetak rompak seperti yang dihadapi kementerian dan agensi lain sebelum ini.  Datuk Seri Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan PQM di pejabatnya pagi tadi. Dalam pada itu, tegas Datuk Seri Ahmad Zahid, Jabatan Imigresen akan melaksanakan penguatkuasaan ke atas premis perniagaan yang dikuasai warga asing sama ada menggunakan lesen rakyat tempatan atau melalui cara lain. 

1178) MINISTRY OF HOME AFFAIR 27/2/2014 PERBINCANGAN MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA PERSATUAN PENERBIT AL-QURAN MALAYSIA (PQM)



PERBINCANGAN MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA PERSATUAN PENERBIT AL-QURAN MALAYSIA (PQM)
Putrajaya,  27 Februari 2014 – Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan bersama Persatuan Penerbit Al-Quran (PQM) bagi berbincang mengenai isu penggunaan pelekat hologram pada naskah al-Quran.

Menurut beliau, KDN akan membawa isu pelekat hologram al-Quran ini ke kabinet dalam masa terdekat bagi mengkaji keberkesanan perlaksanaannya sebelum tindakan lanjut di buat.

"Sementara menanti keputusan kabinet yang diharap akan memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, kita ambil keputusan untuk 'memperlahankan' penguatkuasaan itu," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan akan mengambil kira pandangan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) berhubung masalah penggunaan hologram, termasuk perlakuan cetak rompak seperti yang dihadapi oleh kementerian dan agensi lain sebelum ini.

"Pertemuan ini diadakan untuk mencapai kesepakatan sejauh mana penerbit-penerbit al-Quran boleh dibantu untuk mengatasi permasalahan mereka termasuklah apabila berlaku cetak rompak terhadap al-Quran,” katanya.


Pertemuan ini berlangsung di pejabat beliau di KDN Putrajaya. Turut sama ialah Ketua Setiausah KDN, Dato’ Mohamad Khalid Hj Sharif dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Hj. Ibrahim.

1176) BERITA HARIAN 27/2/2014 ISU PELEKAT HOLOGRAM PADA NASKHAH AL QURAN DIBAWA KE KABINET - ZAHID


PUTRAJAYA: Penggunaan pelekat hologram pada naskhah al-Quran yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Mac ini akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaannya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan mengambil kira pandangan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) berhubung masalah penggunaan hologram, termasuk terdedah kepada cetak rompak seperti yang dihadapi kementerian dan agensi lain sebelum ini.


"Sementara menanti keputusan Kabinet yang diharap akan memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, kita ambil keputusan untuk 'memperlahankan' penguatkuasaan itu," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan PQM di pejabatnya di sini, sebentar tadi.

Penggunaan pelekat hologram diperkenalkan sejak 2011 yang mewajibkan penerbit atau pencetak al-Quran melekatkan pelekat hologram (yang dijual pada harga RM1 sekeping) pada setiap naskhah kitab suci itu.

Namun PQM meminta kerajaan memansuh penguatkuasaan pelekat itu pada naskhah al-Quran kerana ia dikatakan membeban dan menyebabkan harga kitab suci itu meningkat sehingga 50 peratus.


Sementara itu, Zahid berkata, Jabatan Imigresen akan melaksanakan penguatkuasaan ke atas premis perniagaan yang dikuasai warga asing sama ada menggunakan lesen rakyat tempatan atau melalui cara lain

Tuesday, February 25, 2014

1171) UTUSAN MALAYSIA 22/2/2014 HARGA NASKHAH AL-QURAN NAIK 50 PERATUS?




KUALA LUMPUR 22 Feb. - Ketika rakyat merasai pelbagai kenaikan harga barangan, masyarakat Islam pula dijangka dibebani dengan kenaikan harga kitab al-Quran sehingga 50 peratus jika kerajaan meneruskan penguatkuasaan pelekat hologram mulai 1 Mac ini.

Presiden penaja Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM), Sabariah Abdullah berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan kerana para penerbit diwajibkan oleh kerajaan membeli hologram dengan harga RM1 bagi setiap naskhah.

"Harga senaskhah al-Quran adalah daripada RM10 hingga RM300 tetapi naskhah paling banyak dijual adalah yang berharga RM10.

"Apabila penguatkuasaan pelekat hologram dijalankan oleh kerajaan maka harga RM10 senaskhah akan naik pada harga sekitar RM16 kerana peningkatan kos," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Bendahari Persatuan Gabungan NGO Islam (Accin), Mukram Mohd. Taib.

Sabariah berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mulai 2011 mengarahkan penerbit agar setiap naskhah kitab suci itu dilekat hologram yang dijual dengan harga RM1 melalui Bahagian Teks al-Quran KDN.

Menurutnya, bermula 1 Mac ini pula, KDN akan menjalankan penguatkuasaan dengan mengenakan denda RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun ke atas penerbit atau pekedai yang didapati menjual al-Quran tanpa pelekat hologram.

Sehubungan itu, beliau berkata, PQM menggesa kerajaan memansuhkan penguatkuasaan tersebut kerana peraturan itu didapati membebankan penerbit dan pengguna.

Menurutnya, kos yang meningkat adalah bagi menampung pembelian pelekat hologram, kos tambahan tenaga pekerja untuk melekatkan hologram selain pembaziran masa.

Katanya, pelekat hologram itu juga tidak dapat menjamin ketulenan al-Quran kerana kitab suci itu masih boleh dicetak rompak.

Menurut Sabariah, tidak mustahil sebahagian daripada 100 syarikat penerbitan al-Quran di negara ini berisiko untuk gulung tikar akibat kenaikan kos berkenaan.

"Penerbit mencetak 5,000 hingga 20,000 setiap cetakan, ini bermakna penerbit harus menyediakan wang tunai sehingga RM20,000 untuk membeli hologram sebelum al-Quran dapat dicetak maka ini sangat membebankan penerbit kecil," katanya sambil menambah 100 penerbit al-Quran yang mempunyai lesen itu menerbitkan 500,000 naskhah setahun.

Beliau berkata, sepatutnya KDN mempermudahkan penerbitan al-Quran bagi menggalakkan penyebaran kitab suci tersebut dan bukannya mengenakan peraturan tidak wajar yang menyusahkan penerbitannya.

Katanya, PQM mencadangkan agar KDN mengekalkan sistem cop Perakuan Betul Huruf Pruf Akhir Teks al-Quran yang digunakan selama ini dan memberikan dana bantuan kepada para penerbit.

Menurutnya, kaedah tersebut terbukti berkesan manakala pelekat hologram adalah satu kaedah yang tidak pernah dilakukan oleh negara lain termasuk Arab Saudi, Jordan dan Mesir.

Sabariah berkata, PQM juga berharap dapat menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secepat mungkin bagi membincangkan masalah berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Pustaka Darul Iman, Mohd. Fadzil Saleh berkata, jualan naskhah al-Quran menurun antara 30 hingga 50 peratus sejak tahun lalu kerana kitab di kedainya tiada dilekat hologram.


Penerbit lain, Abdul Khaliq Abdul Malik daripada Percetakan Dar Hakamah pula memberitahu, sebanyak 2,500 naskhah al-Quran terpaksa dipulangkan oleh pekedai kerana tidak dapat dijual berikutan ketiadaan pelekat berkenaan.

1170) BERITA HARIAN 23/2/2014 HARGA AL-QURAN DIJANGKA NAIK



Headline: Harga al-Quran dijangka naik
Publication: BM
Date of publication: Feb 23, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 006


Kuala Lumpur: Harga senaskhah al-Quran dijangka meningkat 50 peratus susulan penguatkuasaan pelekat hologram bagi kitab suci itu, mulai 1 Mac ini.

Hologram yang dijual dengan harga RM1 sekeping melalui Bahagian Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu wajib dilekatkan pada setiap naskhah.

Penerbit atau pencetak kitab suci yang gagal mematuhi peraturan yang diperkenalkan sejak 1 Ogos 2011 itu boleh didenda RM10,000 atau penjara.

Gesaan mansuh

Berikutan itu, Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) menggesa kerajaan memansuhkan penguatkuasaannya kerana ia membebankan penerbit dan umat Islam.

Malah, jualan al-Quran didakwa merosot sehingga 30 peratus sejak beberapa bulan lalu kerana peniaga memulangkan semula naskhah selepas diberi surat amaran oleh penguat kuasa KDN.

Presiden Penaja PQM, Sabariah Abdullah, berkata pelaksanaan hologram bukan jaminan ketulenan al-Quran kerana ia boleh dicetak rompak.

"Penerbit memerlukan tenaga kerja tambahan untuk melekatkan hologram sebelum dibungkus, sekali gus menyebabkan kos turut meningkat sehingga RM5 senaskhah.

"Malah, peraturan pembelian secara tunai juga menambah beban penerbit, terutama peniaga kecil," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Bendahari Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (ACCIN), Mukram Mohd Taib.

Sehubungan itu, Sabariah berkata, PQM menghantar memorandum kepada KDN kelmarin, untuk mendapatkan penyelesaian.

"Kami berharap dapat membincangkan perkara ini dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kerana ia seolah-olah mengenakan cukai terhadap penerbitan al-Quran," katanya.

1169) METRO AHAD 23/2/2014 TETAP TULEN TANPA HOLOGRAM




Headline: Tetap tulen tanpa hologram
Publication: MA
Date of publication: Feb 23, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 024


Kuala Lumpur: "Al-Quran akan tetap tulen, walaupun tanpa hologram (imej fotografi tiga dimensi laser)."

Itu tegas Presiden Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM), Sabariah Abdullah dalam menyatakan bantahannya terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menguatkuasakan penggunaan pelekat hologram pada setiap terbitan naskhah al-Quran.

Berhubung perkara itu, Sabariah berkata, bermula 1 Mac ini kerajaan mewajibkan penerbit membeli hologram berharga RM1 melalui Bahagian Teks al-Quran KDN sebagai satu jaminan ketulenan naskhah yang dijual.

Katanya, jika arahan itu tidak dipatuhi, penerbit atau pekedai akan didenda RM10,000 atau dihukum penjara.

"Setiap hologram perlu ditampal pada setiap naskhah (al-Quran) sebelum dibungkus, satu lagi beban kepada penerbit dan akan menyebabkan kenaikan harga jualan.

"Penerbit mencetak 5,000 hingga 20,000 naskhah al-Quran, ini bermakna penerbit harus menyediakan wang tunai RM20,000 untuk membeli hologram.

"Ia sangat membebankan penerbit, terutama penerbit kecil," katanya pada sidang media khas berhubung isu ini, di sini, semalam.

Turut Hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dan Ustaz Mukram Mohd Taib dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Sabariah berkata, tidak dinafikan pengawasan dan penguatkuasaan terhadap penerbitan adalah longgar, namun penggunaan hologram tidak boleh diharapkan untuk menyelesaikan masalah itu.


"Persatuan (PQM) mencadangkan supaya 'sistem perakuan betul huruf pruf (salinan percubaan) akhir teks al-Quran' yang diguna pakai ketika ini dikekal dan diperkasakan, selain pemantauan berkala dan sistematik ke premis bercetak," katanya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL