Showing posts with label KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label KELANTAN. Show all posts

Wednesday, April 12, 2017

3601)Bantah pembinaan projek kondominium - Sinar Harian Online - 12/1/2017

Bantah pembinaan projek kondominium
KOTA BHARU - Persatuan penduduk kejiranan Raja Dewa hari ini mengadakan bantahan dengan menghantar surat tawaran untuk membeli tanah milik Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang terletak bersebelahan Masjid Telipot di sini.
Perkara ini dilakukan bagi membantah cadangan pembinaan kondominium 24 tingkat di atas tapak berkenaan yang boleh memberi kesan kepada pengembangan syiar Islam di kawasan tersebut pada masa akan datang.
Pengerusi kejiranan Raja Dewa, Mohd Yasmin Yusoh, berkata, tapak tanah berkenaan telah diklasifikasikan sebagai kawasan institusi dan ia tidak sepatutnya dibangunkan kondominium untuk tujuan komersial.
“Kita telah buat permohonan beberapa kali kepada kerajaan negeri agar tidak meneruskan projek kondominium berkenaan namun tidak diendahkan.
“Oleh sebab itu, kami sebulat suara berhasrat untuk membayar tanah berkenaan mengikut harga nilaian dan pasaran semasa.
“Kami akan serahkan pemilikan tanah kepada pentadbiran Masjid Telipot bagi tujuan pembesaran masjid dan kegunaan pengembangan syiar Islam pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di Pejabat Yik di sini semalam.
Yasmin berkata, pihaknya akan menunggu dalam tempoh 14 hari bagi mendapat maklum balas daripada Yik berhubung tawaran membeli tanah berkenaan.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, pihaknya berharap agar permohonan daripada kejiranan Raja Dewa untuk membeli tanah berkenaan dapat dipertimbangkan.
“Kami difahamkan, Yik sedang dalam perancangan untuk membina sebuah kondominium 24 tingkat di atas tapak berkenaan sedangkan sudah banyak kondominium telah dibina di Kelantan.
“Saya berharap Yik dapat mempertimbangkan permohonan penduduk di kawasan berkenaan untuk memudahkan mereka beribadah serta membesarkan lagi masjid itu,” katanya.

Sumber Dari:
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/bantah-pembinaan-projek-kondominium-1.658140
Bantah pembinaan projek kondominium

Wednesday, February 22, 2017

3495) Ahli Perniagaan Nafi Tulis 
Surat Minta Perlahan Azan - UTUSAN ONLINE - 20/2/2017


Ahli perniagaan nafi tulis 
surat minta perlahan azan

Ahli perniagaan nafi tulis 
surat minta perlahan azan

 21 Februari 2017 2:33 AM

Ahli perniagaan tersebut, Datuk Seri Sunny Ung yang dikatakan menulis surat itu telah memberikan penjelasan kepada ahli jawatankuasa masjid dalam satu majlis ringkas di sini baru-baru ini.
Dalam masa yang sama Sunny berkata, beliau telah membuat laporan polis di Kuala Lumpur berhubung surat itu kerana mendakwa namanya telah digunakan.
“Saya tidak pernah tulis surat ini dan polis pun telah mengesahkan bahawa tandatangan pada surat itu bukan tanda tangan saya.
“Saya minta maaf di atas kekeliruan yang timbul. Saya menghormati masyarakat berbilang kaum dan agama di nege­ri ini, apatah lagi agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) negeri selepas majlis tersebut, di pekarangan masjid itu baru-baru ini.
Yang turut hadir, Ketua Aktivis PPIM negeri, Datuk Seri Mohd. Fared Abdul Ghani dan Penolong Setiausaha masjid tersebut, Zakaria Ibrahim.
Dalam surat bertarikh 10 Januari lalu, penulis mendakwa mewakili kaum Cina di Taman Kenangan di sini meminta supaya azan terutama pada waktu subuh diperlahankan dan dialihkan daripada menghala ke arah kediaman mereka.
Surat tersebut mempunyai nama dan tandantangan Sunny.
Sementara itu, Zakaria berkata, segala kekeliruan yang timbul selama ini tamat dengan penampilan secara terbuka ahli perniagaan tersebut.
“Memang ada kekeliruan kerana surat itu ditulis dengan nama Sunny tetapi apabila kita berjumpa dengannya, beliau menafikan perkara itu.
“Isu ini pada awalnya agak sensitif kerana melibatkan soal agama, jadi dengan penjelasan secara terbuka itu ia menamatkan kekeliruan yang timbul,” katanya
SUMBER DARI : UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/ahli-perniagaan-nafi-tulis-8232-surat-minta-perlahan-azan-1.447372

Wednesday, July 22, 2015

#PPIM PRIHATIN: SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA MANGSA BANJIR ANJURAN BATAS MALAYSIA


Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas) Malaysia telah menganjurkan Program Sumbangan Aidilfitri kepada mangsa banjir bertempat di Pusat Petempatan Sementara Mangsa Banjir Manek Urai, Kelantan.

Program amal yang bertujuan meringankan beban mangsa banjir menyambut Aidilfitri ini juga adalah hasil kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan lain-lain NGO yang terlibat.


Antara sumbangan yang akan disalurkan adalah:
  1. Beras
  2. Air kordial
  3. Kuih raya
  4. Daging lembu
  5. Makanan ringan (kerepek)
  6. Dodol
  7. Peralatan solat
  8. Kain baju (baru dan terpakai)
Untuk maklumat lebih lanjut, rujuk artikel sebelum ini: #PPIM PRIHATIN: MISI BANTUAN BANJIR KE KELANTAN SEMPENA AIDILFITRI

GAMBAR SEKITAR PROGRAM

Program Sumbangan Aidilfitri ini adalah anjuran Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas) Malaysia dengan kerjasama Persatuan...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Tuesday, July 21, 2015

Bagaimanapun, matlamat program ini tercapai kerana banyak keluarga dapat dibantu dari segi fizikal dan rohani.

Sedikit-sebanyak usaha ini dapat meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri yang serba kekurangan akibat musibah yang melanda.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Tuesday, January 20, 2015

2408) FREE MALAYSIA TODAY - 05/01/2015 - RM23 for A Plate of Rice, Mackerel, Beans, Hot Tea In KB

ikan mackerel
KUALA LUMPUR: Consumers should immediately lodge a complaint along with evidence about food being sold at high prices to deal with traders who are taking advantage of the current flood disaster.
Member of the Board of Trustees at the National Consumer Complaints Centre (NCC), Muhammad Shaani Abdullah, said a journalist from Bernama was forced to pay RM23 for a plate of rice with fried mackerel, long beans and a glass of hot tea.
“This must be taken as a lesson by all parties, especially the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs,” he said when contacted by Bernama.
In his news report on January 1, the reporter was shocked to have to pay RM23 which is almost five times more than the regular price of RM5, on a normal day, at an eatery in Tanah Merah, Kelantan.
He said the trader apologised to him and gave reasons that it was difficult to get the fish and vegetables and that he had to go to Kota Baru located about 70km from Tanah Merah to buy the products.
Muhammad Shaani said everyone should play a role in ensuring that food sold at extreme prices did not recur in the future, especially when the country is now facing a flood disaster.
“The Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism should be proactive in dealing with traders who take advantage by raising the price of food and everyday items now.
“If necessary, ministry officials should go undercover to ensure traders do not simply set prices at their whim and take advantage of consumers,” he said.
Meanwhile, Muslim Consumers Association of Malaysia head activist Nadzim Johan said the ministry needs to act decisively and proactively and not just wait for complaints from consumers.
– BERNAMA

Wednesday, January 14, 2015

2365) AKTIVITI PPIM - 10/01/2015 - Bantuan Ke Gua Musang, Kelantan

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Kelab Intelek dan Pendidikan Malaysia (PIKM) dan beberapa NGO lain sekali lagi terlibat dalam usaha membantu mangsa banjir pada 10 Januari 2015. Kali ini misi menuju ke Kuala Krai, Kelantan bagi memberi sumbangan kepada mangsa banjir di sana.


Pasukan mula berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa dan mula bergerak pada jam 5.30 petang. Pasukan tiba di kawasan Rehat dan Rawat Gua Musang pada pukul 1.00 tengah malam dan bermalam di sana sebelum meneruskan misi pada esoknya.


Pada 11 Januari 2015 jam 10.00 pagi pasukan misi meneruskan perjalanan ke jajahan Gua Musang bagi menyampaikan sumbangan. Sumbangan diberikan terus ke tangan mangsa dan pasukan memberi sumbangan dari rumah ke rumah.

Pasukan terus menyampaikan sumbangan dan membantu penduduk sehingga petang. Jam 5.00 petang pasukan bergerak balik ke Kuala Lumpur.


























Thursday, January 8, 2015

2338) KOSMO - 07/01/2015 - Hebahkan Prosedur Lupus Al-Quran Musnah Akibat Banjir - PPIM


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pihak berkuasa agama menghebahkan kembali prosedur pelupusan naskhah al-Quran dan buku-buku agama yang rosak akibat banjir.

PPIM berkata, sepanjang misi membantu mangsa banjir baru-baru ini, sukarelawan persatuan itu menjumpai sejumlah besar naskhah al-Quran yang musnah dan diselaputi lumpur serta tidak boleh digunakan lagi.

Dalam kenyataan hari ini, PPIM mencadangkan supaya kitab suci umat Islam dan buku agama yang rosak itu dikumpul dan dihantar ke masjid atau surau berhampiran untuk dilupuskan mengikut tatacara yang betul oleh pihak bertanggungjawab.

“Kami berharap orang ramai dapat mematuhi adab-adab umum dalam menguruskan al-Quran seperti yang disyariatkan dalam Islam,” kata PPIM. - Bernama


Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_35.htm

Tuesday, January 6, 2015

2327) ARKIB BERITA - SINAR - 30/12/2014 - Wujudkan Pusat - Pusat Penempatan Bencana Yang Kekal

KUALA LUMPUR - Seorang ahli akademik menyarankan supaya kerajaan mewujudkan pusat-pusat penempatan bencana yang kekal bagi memastikan kecekapan pengurusan dan bantuan bencana di negara ini.

Selain menjadi pusat pemindahan mangsa bencana, pusat-pusat kekal itu boleh mengurangkan risiko kematian di kalangan mangsa dan mengelakkan berlakunya terputus bekalan keperluan asas dan sistem komunikasi.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata perkara itu wajar dipertimbangkan kerajaan bagi memastikan proses penyaluran bantuan bencana menjadi lebih berpusat dan berkesan.
Pusat penempatan bencana yang disaran diwujudkan di setiap daerah itu, katanya, perlu dilengkapi dengan semua kemudahan seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, elektrik, sistem komunikasi dan tempat tidur serta pegawai kaunseling bagi memastikan kebajikan mangsa bencana, sama ada dari segi fizikal mahupun mental, sentiasa diutamakan.

"Kita perlu ingat, bencana juga berlaku di seluruh dunia akibat perubahan iklim dan adalah perlu untuk kita mempunyai persiapan yang lebih rapi pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Dr Mohamed Mustafa berkata pusat berkenaan juga wajar mencontohi penetapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) seperti mana yang dilaksanakan ketika pilihan raya, bagi memudahkan mereka yang terlibat menuju ke lokasi itu apabila berlakunya sesuatu bencana.

"Pusat penempatan bencana ini sama seperti PDM, yang kalau berlaku bencana orang tahu mana nak pergi. Kerajaan patut sudah mula berfikir berkenaan perkara ini seperti mana yang telah dilaksanakan di negara maju seperti Jepun," katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan wajar mencontohi negara maju dalam aspek persiapan dan pengurusan bencana.

Beliau berkata aspek pengurusan bencana khususnya dalam soal penyaluran bantuan ketika banjir yang melanda beberapa buah negeri pada masa ini belum lagi di tahap yang memuaskan.

"Contohnya semalam apabila PPIM cuba hantar bantuan kepada mangsa banjir di Jerantut, Pahang, ia mengambil masa lapan jam untuk wakil rakyat di kawasan itu keluar mengambil bantuan. Ini satu yang saya rasa tidak efisien kerana ia mengambil masa yang agak lama," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lepas dilaporberkata Malaysia perlu lebih banyak mempelajari sistem pengurusan bencana negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan yang diketahui mempunyai sistem pengurusan bencana antara yang terbaik di dunia.

Mohamed Mustafa dan Nadzim bagaimanapun memuji usaha yang dilaksanakan kerajaan pada masa ini dalam mengendalikan bencana banjir, termasuk mengerah sejumlah 5,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu mangsa banjir di beberapa negeri bersama sejumlah aset daripada ketiga-tiga cabang
perkhidmatan ATM iaitu darat, udara dan laut.

Kesungguhan kerajaan dalam memastikan semua mangsa yang terjejas banjir diberikan bantuan segera dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas, yang mengarahkan supaya semua menteri kabinet kembali segera bertugas bagi membantu pengurusan krisis banjir.

Komitmen serupa turut dizahirkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam yang membatalkan kelulusan cuti rehat untuk semua ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta.

Najib dan Muhyiddin serta menteri-menteri Kabinet pada ketika ini sibuk dengan siri tinjauan di pusat-pusat penempatan mangsa banjir di beberapa negeri yang teruk dilanda banjir termasuk Kelantan, Perak, Terengganu dan Pahang bagi melihat kawasan yang terjejas dan mendengar sendiri rintihan mereka.

Kehadiran dan keprihatinan kedua-dua pemimpin negara itu melawat pusat-pusat penempatan telah menceriakan mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Sehingga tengah hari ini, jumlah mangsa banjir di lima negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Johor adalah 242,046 orang.

Banjir kali ini juga turut mengorbankan 21 orang di Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala 10 orang lagi masih hilang. - Bernama


2326) UTUSAN - 06/01/2015 - Syor Cameron Highlands Jadi Panduan Atasi Teroka Haram


PUTRAJAYA 5 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap syor yang diperakukan bagi mengatasi masalah di Cameron Highlands, Pahang akan dijadikan panduan oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah pembalakan haram dan penerokaan secara tidak sah di tempat lain.

SPRM dalam kenyataannya berkata, semua sedia maklum bahawa pencerobohan secara haram bukan sahaja berlaku di Cameron Highlands dan Lojing, Kelantan, tetapi masalah sama juga dilaporkan di negeri-negeri lain.

“Masalah banjir juga diakibatkan oleh pembalakan sah yang tidak tersusun dan tidak dipantau rapi oleh agensi penguat kuasa,” kata SPRM dalam kenyataannya di sini hari ini.

SPRM sebelum ini telah mengemukakan 12 syor kepada kerajaan Pahang, antaranya penentuan dasar yang jelas berhubung pembangunan Cameron Highlands bagi memudahkan hala tuju penguatkuasaan dan pentadbiran tanah di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Mingguan Malaysia Ahad lalu melaporkan penerokaan hutan sebagai punca yang menyebabkan bencana banjir terburuk dan tanah runtuh di beberapa negeri.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan memberitahu akhbar bahawa pembalakan yang berleluasa mempunyai kaitan dengan amalan rasuah.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), R. Ramakrishnan pula mencadangkan sistem penggiliran lokasi bertugas dilaksanakan terhadap pegawai di Pejabat Tanah dan Jabatan Perhutanan bagi menyekat perbuatan salah guna kuasa dan amalan rasuah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob walau bagaimanapun menafikan banjir besar di negeri tersebut berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan tetapi memberitahu bencana itu disebabkan hujan lebat yang berterusan di Gua Musang dari 21 hingga 23 Disember.

Mengulas tentang laporan Mingguan Malaysia itu, SPRM berkata, pihaknya akan menghubungi PPIM dan Reach bagi mendapatkan butiran lanjut tentang aktiviti pembalakan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan rasuah.

SPRM pada masa yang sama meminta semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyampaikan maklumat dan bukti aktiviti rasuah supaya tindakan boleh diambil.

“SPRM menghargai pandangan pelbagai pihak yang dikeluarkan menerusi media kebelakangan ini.

“Kami hanya boleh menjalankan siasatan terperinci jika ada maklumat yang tepat dan mencukupi,” kata kenyataan itu.


Monday, January 5, 2015

2310) AKTIVITI PPIM - 03/01/2015 - Penghantaran Bantuan Banjir

Misi bantuan mangsa banjir ke Dabong Kuala Kerai, Gua Musang dan Temerloh Pahang oleh Dr Izham Nayan Pengarah Latihan PPIM bersama Pasukan MX GVPBTP.

1 - 5hb. Jan 2015
































































PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL