Showing posts with label GNI. Show all posts
Showing posts with label GNI. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

829) BERITA MINGGU 14/7/13-Desak usir Duta Vatican



Byline / Author: Oleh Haspaizi Mohd Zain


Kuala Lumpur: Gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Islam semalam terus menyuarakan bantahan dan mendesak kerajaan supaya mengusir Duta Vatican ke Malaysia, Archbishop Joseph Marino serta menutup pejabat kedutaan itu di negara ini.

Ia susulan tindakan pegawai diplomatik itu menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain di negara ini yang disifatkan bukan saja mencampuri urusan pentadbiran negara ini, malah menghina umat Islam, apatah lagi ketika menyambut ketibaan Ramadan.

Pengerusi Yayasan Nassar Foundation, Nasharudin Mat Isa, berkata tindakan duta terbabit mengeluarkan kenyataan kontroversi itu pada bulan mulia ini dilihat sebagai satu rancangan sudah diatur, selain dipercayai didalangi pihak tertentu.

Nasharudin yang mewakili gabungan NGO itu juga mahu pemimpin DAP, Teresa Kok supaya tampil menjelaskan hubungan baiknya dengan Archbishop Joseph serta meminta beliau menasihati Duta Vatican itu supaya menghormati kedudukan Islam di negara ini.

"Kami, NGO dan institusi Islam di negara ini bersedia untuk mendidik Duta Vatican mengenai profil masyarakat majmuk negara ini, jangan samakan senario dan pengalaman beliau di Bangladesh sebagai rujukan untuk Malaysia.

Beri kata dua

"Semua NGO menuntut Menteri Luar supaya memanggil Duta Vatican itu dan memberi kata dua, tarik balik kenyataan atau dihalau balik ke Vatican, inilah prinsip diplomatik yang dipegang oleh semua negara berteduh di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Malaysia adalah sebuah negara Islam yang dikagumi, walaupun umat Islam hanya 54 peratus, namun agama Islam berada pada kedudukan tinggi dan mungkin ini kurang disenangi pihak tertentu. Apa yang kami bangkitkan ini adalah isu ummah, isu akidah dan isu syarak," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Hasan Mohamed Ali dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mengecam kenyataan Duta Vatican itu serta menuntutnya menarik balik kenyataan berkenaan dalam tempoh seminggu.

Sementara itu, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib berkata, polemik berhubung kalimah Allah itu tercetus apabila dibangkitkan pembangkang, selain keterbukaan PAS dan PKR dalam menerima budaya agama lain.


"Situasi ini berlaku kerana tindakan awal pembangkang yang begitu terbuka menerima budaya agama lain, misalannya seperti budaya menyalakan lilin, selain Teresa Kok yang secara terangan di mahkamah menolak Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya.

Tuesday, July 2, 2013

803) LAPORAN LANGSUNG UTUSAN MALAYSIA 2/7/13-Kabinet bincang cadangan tubuh suruhanjaya diraja siasat Red Bean Army Jumaat


Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya KHAIRULANUAR YAHAYA kini berada di lobi Parlimen bagi liputan penyampaian memorandum mengenai kegiatan cyber troopers (tentera siber) Red Bean Army (RBA).

Memorandum disampaikan oleh Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib, yang mewakili 130 NGO Islam, kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim.
by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 11:55 AM


Memorandum itu antara lain meminta agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat tentera siber propembangkang itu yang dianggap mengancam keselamatan negara dengan menyebarkan berita palsu di Internet.
by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 11:57 AM




Shaidan berkata, beliau akan membawa memorandum tersebut untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.
by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 11:59 AM

Kabinet bincang cadangan tubuh suruhanjaya diraja siasat Red Bean Army Jumaat
Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR 2 Julai - Cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat cyber troopers (tentera siber) yang dikaitkan dengan parti pembangkang, Red Bean Army (RBA) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.

Cadangan penubuhan suruhanjaya tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan oleh Gabungan NGO Islam yang diwakili Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim di lobi Parlimen hari ini.

"Saya akan membawa perkara ini untuk pengetahuan Kabinet sama ada permohonan ini wajar atau tidak, sebab ada banyak laporan polis mengenai RBA ini yang kita lihat cukup aktif sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"NGO ini mendakwa bahawa Red Bean Army ini telah mendapat dana yang besar daripada pihak pembangkang untuk membiayai gerakan mereka," kata Shahidan.

Menurut beliau, kerajaan terbuka kepada semua cadangan rakyat termasuk penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat RBA.

Dalam memorandum tersebut, Gabungan NGO Islam yang mengandungi 130 pertubuhan termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpandangan, gerakan Red Bean Army berbahaya kepada keselamatan negara dan merosakkan perpaduan negara.

RBA sebelum ini dikaitkan dengan penyebaran berita palsu melalui Internet termasuk di laman sosial antaranya mengenai berita 40,000 rakyat Bangladesh mengundi dalam PRU yang lalu. - UTUSAN ONLINE
by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 12:25 PM

Saturday, June 22, 2013

785) ARTIKEL PILIHAN : Sekolah satu aliran tak rugikan sesiapa


(ARKIB BERITA HARIAN 8 NOVEMBER 2009)

Byline / Author: Oleh Teo Kok Seong


DALAM masyarakat majmuk seperti Malaysia, pendidikan perlu dilihat sebagai lebih daripada mendidik anak-anak. Ia perlu dilihat sebagai kuasa yang mampu mewujudkan integrasi, khususnya perpaduan kaum. Dengan perkataan lain, pendidikan adalah penting sekali dalam pembentukan bangsa Malaysia.

Dalam konteks ini, tidak dapat dinafikan bahawa sekolah adalah institusi terbaik memupuk perpaduan dalam kalangan golongan muda.

Malaysia sentiasa sedar mengenai kepentingan sekolah dalam hal ini. Inilah juga aspirasi utama pada Penyata Razak (1956). Tetapi malangnya, hasrat semurni ini tidak mencukupi, kalau kita sebagai golongan tua tidak benar-benar berusaha ke arah itu.

Hari ini, golongan muda didapati tidak banyak bergaul dengan mereka daripada kelompok etnik lain dan lebih mudarat lagi, mereka tidak mempunyai keinginan untuk bergaul dalam konteks ini.

Ini antaranya disebabkan ibu bapa mereka menyekolahkan mereka di sekolah yang pelajarnya terdiri daripada hanya satu kelompok etnik.

Gejala tidak bergaul ini berlarutan sehingga ke institusi pengajian tinggi dan juga tempat kerja. Sehubungan itu, pada masa kini, polarisasi kaum dapat dilihat di mana-mana saja.

Sudah tiba masa dengan mengambil semangat konsep 1Malaysia, kita perkasakan peranan pemersatu pada sekolah dan institusi pengajian yang lain.

Dari segi pendidikan semata-mata, sekolah kita rata-ratanya berjaya menghasilkan pelajar yang bijak pandai tetapi apa ertinya anak kita pintar, kalau mereka tidak boleh bersatu.

Satu cara terbaik mengatasi masalah ini ialah dengan mengadakan sistem satu sekolah atau satu aliran. Ia terbukti lebih berjaya dalam pembentukan negara-bangsa mana-mana masyarakat mengamalkannya, lebih-lebih lagi dalam pembinaan jati diri nasional yang sama serta jelas sifat nasionalnya, dalam kalangan semua sektor masyarakat.

Liberalisasi dalam bidang pendidikan di negara ini, bukan saja membenarkan persekolahan vernakular dan agama, tetapi ikut meluluskan kewujudan sekolah swasta, sekolah antarabangsa (yang ikut dihadiri rakyat Malaysia) dan lain-lain.

Kita juga membenarkan anak-anak diajar secara persendirian di rumah, yang sudah tentu tidak memungkinkan pergaulan antara kaum wujud dalam bentuk yang unggul.

Sistem yang membenarkan pelbagai jenis persekolahan ini nampaknya tidak berjaya menyatukan kita semua.

Kita harus menerima hakikat ini untuk kepentingan negara, dan tidak boleh lagi mempertahankannya. Ini antaranya adalah kerana ia hanya memecahbelahkan kita semua.

Perpaduan perlu dipupuk pada usia yang muda, seperti kata pepatah Melayu, 'melentur buluh biar dari rebung'. Sewaktu di sekolah rendah lagi, anak-anak perlu bergaul dengan sebebas-bebasnya dan ini bukan saja untuk mengenali satu sama lain, tetapi yang lebih penting belajar menghormati dan mempercayai mereka yang berlainan bangsa dan agama.

Tidak seorang pun yang boleh memahami dan kemudian menerima untuk dihargai budaya, agama dan bahasa kelompok etnik lain, kalau dia tidak pernah mengenali kelompok berkenaan. Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta.

Sehubungan ini, kita perlu terlebih dulu kenal-mengenali, sebelum elemen hubungan etnik lain berlaku secara positif dalam konteks perpaduan kaum di negara ini.

Justeru, bagaimanakah anak kita boleh mengenali, memahami dan menerima untuk dihargai pelbagai perbezaan yang wujud antara kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain, kalau mereka tidak pernah mempunyai peluang bergaul, lebih-lebih lagi pada usia muda.

Sesungguhnya, anak kecil ini boleh dengan cepat, bukan saja bergaul dengan baik, malah mampu memanfaatkan perbezaan antara mereka, untuk kebaikan bersama pada mulanya, dan kepentingan negara kemudiannya.

Malangnya, kita selaku golongan tua tidak mahu mewujudkan peluang ini pada peringkat sekolah rendah. Apabila bertemu di sekolah menengah, kebanyakan anak ini sudah pun membentuk pelbagai persepsi, sikap dan buruk sangka, terhadap mereka yang tidak sebangsa dan seagama dengan mereka.

Perasaan curiga-mencurigai yang kuat sudah pun tertanam dan sukar dikikis, akibat sistem yang lemah ini, selain ikut diracuni pemikiran tertutup daripada sesetengah golongan tua.

Ada anak kita yang tidak pun berpeluang bertemu dengan anak daripada kelompok etnik lain di sekolah menengah dan ini kerana mereka meneruskan persekolahan di puluhan sekolah persendirian di negara ini.

Ini berlaku pada anak Cina, yang kemudian ke China, Taiwan atau Hong Kong, untuk memperoleh pendidikan pengajian tinggi dalam bahasa Cina.

Golongan tua perlu menyedari bahawa sistem pelbagai sekolah ini, lebih-lebih lagi yang bersifat persendirian/swasta, tidak menyumbang kepada pembentukan negara-bangsa Malaysia, dalam banyak aspek. Malah sistem pelbagai sekolah ini memecahbelahkan negara.

Sehubungan itu, marilah kita mencari jalan terbaik dengan tekad baru 1Malaysia, untuk mewujudkan sistem satu sekolah, yang menggunakan bahasa kebangsaan kita sebagai satu-satunya bahasa pengantar, semata-mata untuk penyatuan generasi mendatang, dan sekali gus demi kepentingan negara.

Tugas ini tidak mudah seperti yang diakui oleh banyak pihak. Namun, ia boleh menjadi kenyataan, mungkin dalam waktu terdekat ini, seperti kata pepatah Melayu, `nak seribu daya, tak nak seribu dalih'.

Kita boleh bermula dengan menerimanya, untuk diperhalusi kebaikan semua pihak, khususnya mengenai pendidikan bahasa ibunda yang dikhuatiri akan lenyap apabila dilaksanakan sistem satu sekolah.

Ia masih boleh diteruskan, bukan lagi dalam bentuk sekarang, tetapi dalam bentuk sebagai hanya satu subjek. Melalui cara ini, budaya dan warisan serta komponen sistem kepercayaan kaum tertentu, masih boleh dipertahankan dalam bentuk yang utuh.

Pengorbanan daripada pihak berkenaan dalam hal ini, bukan saja amat diperlukan, malah sangat disanjungi sepanjang sejarah Malaysia moden!. Mekanisme untuk sistem satu sekolah sudah ada, iaitu dalam bentuk ribuan sekolah kebangsaan di segenap pelosok negara.

Kita hanya perlu memanfaatkan sekolah ini agar ia bukan saja perkasa, tetapi menarik dari segi imej nasionalnya, untuk dihadiri oleh pelajar Cina dan India yang kebanyakannya belajar di sekolah vernakular, dan juga sebilangan pelajar Melayu yang memilih untuk menimba ilmu di sekolah agama.

Akhir kalam, semua pihak harus meyakini sistem satu sekolah ini sebagai hasrat murni lagi khalis, untuk menyatukan anak kita demi pembentukan bangsa Malaysia yang betul-betul bersatu, dalam Malaysia menghadapi pelbagai cabaran, khususnya dari luar. Ia bukan sekali-kali niat buruk mana-mana pihak untuk melenyapkan budaya, agama dan bahasa kelompok etnik tertentu.


* Penulis ialah Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Friday, June 21, 2013

783) UTUSAN MALAYSIA 20/6/13-SJK perlu penjenamaan semula

Mohd. Noor Abdullah ketika syarahan Percambahan Minda bertajuk 'Kedudukan Sekolah Vernakular daripada Perspektif Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan' anjuran Kelab Wartawan Muda di Villa Puteri, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Jun - Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah mencadangkan agar kerajaan menjenamakan semula Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjadi sekolah pengajian bahasa yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Katanya, SJK wajar dijadikan sekolah kerajaan yang masih mengekalkan aspek fizikal, namun mengutamakan pembelajaran berkaitan bahasa ibunda berbilang kaum di negara ini.

"Kalau kita bercakap tentang polisi pelajaran, kini ada tiga aliran iaitu sekolah swasta, sekolah kebangsaan dan SJK. Tetapi apa peranan SJK? Apa keperluan tentangnya?

"Saya cadangkan SJK ditukar kepada sekolah di mana kita boleh belajar bahasa. Apa sahaja telah sekolah kebangsaan sediakan, SJK tidak perlu lagi menyediakannya, semua orang akan pergi ke sekolah yang sama. Ini boleh memupuk perpaduan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan Percambahan Minda bertajuk 'Kedudukan Sekolah Vernakular daripada Perspektif Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan' di sini hari ini.

Mohd. Noor dalam pada itu berkata, kewujudan SJK sebenarnya tidak selari dengan Artikel 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sambil mempersoalkan dasar pendidikan yang membenarkan sistem persekolahan vernakular wujud di negara ini, Mohd. Noor berkata, dasar itu sebenarnya memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Kenapa adakan sekolah berasingan untuk masyarakat? Bukankah baik jika kita pergi ke satu sekolah dan belajar apa sahaja yang kita hendak di sana," katanya.

Katanya, penyatuan sudah pasti akan berlaku apabila semua rakyat Malaysia pergi ke sekolah yang sama kerana tiada lagi jurang perbezaan antara pelbagai kaum.

"Masa rehat dan sekolah habis boleh bersama-sama. Bayangkan rakyat Malaysia boleh hidup begitu. Keadaan inilah yang tidak ada masa kini," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan juga, kewujudan SJK merupakan satu bentuk diskriminasi kerana memberikan keutamaan kepada kaum tertentu sahaja, namun tidak memperoleh kelebihan kepada komuniti lain.

"SJK Cina dan India antara lain mengajar bahasa Cina dan Tamil. Sementara kerajaan tidak mewujudkan sekolah kebangsaan untuk kaum-kaum lain. Bagaimana pula dengan bumiputera Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai keturunan?," soal beliau.

Oleh kerana itu, Mohd. Noor menegaskan adalah penting sekolah satu aliran iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan diwujudkan di negara ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130620/dn_01/SJK-perlu-penjenamaan-semula#ixzz2WowOe1we

© Utusan Melayu (M) Bhd

781) ARTIKEL PILIHAN DARI BERITA HARIAN : Sekolah satu aliran jamin survival bangsa




Byline / Author: Oleh Manja Ismail


Hakikat bahawa semakin banyak desakan termasuk daripada kalangan cendikiawan Cina sendiri supaya sistem persekolahan satu aliran diperkenalkan, menunjukkan kebimbangan terhadap tahap perpecahan kaum di negara ini sekarang, dikongsi oleh majoriti rakyat.

Kecuali pertubuhan pendidikan cauvinis Cina dan parti politik yang menjadikan isu perkauman sebagai talian hayat perjuangan mereka, semua pihak mengakui dasar yang membenar dan menggalakkan kehadiran sekolah jenis kebangsaan menjadi penghalang utama perpaduan kaum.

Terbaru ialah Timbalan Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong, yang berkata kewujudan 61 sekolah vernakular swasta dan 78 sekolah jenis kebangsaan (SJK) menjadi punca kepada rakyat berbilang kaum gagal mengenali dan menghormati antara satu sama lain.

Bagaimanapun, kenyataan Dr Teo itu bukan yang pertama daripada tokoh pendidikan Cina. Pelbagai kajian dan buku mengenai perpaduan kaum atau pembentukan bangsa Malaysia, sepakat mengaku sistem pendidikan adalah alat utama ke arah mencapai perpaduan nasional.

Perpaduan kaum

Seorang lagi tokoh akademik Cina, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim lima tahun lalu pernah menyarankan kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai.

Malah, saranannya ketika itu turut dibahaskan di Dewan Rakyat dan mendapat sokongan beberapa ahli Parlimen pembangkang, termasuk Tony Pua dari DAP.

Bagaimanapun, saranan itu hilang begitu saja sehingga keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini yang menunjukkan tahap semangat perkauman di negara ini sekarang.

Walaupun sekolah dan bahasa kebangsaan dikenal pasti seawal Penyata Razak pada 1959, sebagai alat utama perpaduan kaum dan pembentukan bangsa, ternyata pertimbangan politik sejak itu sehinggalah sekarang menyukarkannya daripada kenyataan.

Kesannya bukan saja semangat perkauman semakin menebal, tetapi bahasa kebangsaan yang menjadi faktor perpaduan di negara majmuk lain, menjadi terpinggir di negara sendiri. Lebih malang, dasar pendidikan yang bercelaru kerana sering berubah atas pertimbangan politik, memberi ruang lebih luas kepada kaum tertentu untuk menuntut yang kononnya 'hak' mereka.

Kalau dulu, istilah perpaduan nasional menjadi ungkapan penting dan dilihat mahu diperjuangkan oleh setiap parti politik, keadaan sebaliknya berlaku sekarang. Hari ini, mereka yang memperkatakan perkara sebenar dan menganjur perpaduan nasional, bukan saja dianggap kolot, malah perkauman seperti berlaku ke atas bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.

Pembentukan satu bangsa

Mohd Noor hanya menterjemahkan Perlembagaan Negara yang tidak mengiktiraf sekolah jenis kebangsaan dan menyaran agar ia dihapuskan. Kenyataannya itu menimbulkan kemarahan puak pelampau Cina sedangkan saranan itu sama dengan desakan supaya persekolahan satu aliran diperkenalkan.

Kita tidak tahu bagaimana berakhirnya isu desakan supaya sistem persekolahan ini berakhir. Apa yang pasti, soal perpaduan nasional dan pembentukan satu bangsa, walaupun apa pun istilahnya, mustahil menjadi kenyataan jika kita terus tunduk terhadap desakan dan bantahan bercorak perkauman.

Bagaimanapun jika selama ini pertimbangan politik menjadi kekangan utama dalam mengorak langkah sebenar ke arah perpaduan nasional, inilah ketikanya untuk memperbetulkan keadaan. Keputusan PRU-13 jelas membuktikan pendekatan berhubung isu ini, melebarkan lagi jurang perkauman.

Sudah tiba ketikanya pendekatan lain diambil tanpa terlalu bergantung kepada pertimbangan politik jangka pendek. Apa yang penting sekarang ialah generasi masa depan dan survival bangsa, bukan kelompok perkauman sempit yang semua orang tahu agenda politik mereka.


Wednesday, June 12, 2013

771) BERITA MALAYSIAN INSIDER 11 JUN 2013-Adik Najib dikecam NGO Islam kerana menyokong CEO AirAsia X


OLEH MD IZWAN
JUNE 11, 2013

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Pertubuhan bukan kerajaan Gabungan NGO Islam hari ini menyelar adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak ekoran sokongannya terhadap Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani yang baru-baru ini dikritik akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan kumpulan Melayu berhaluan kanan ekoran kenyataannya di laman Twitter.
Semalam, Nazir yang juga merupakan Eksekutif CIMB Bank Berhad memuji Azran dengan melabelnya sebagai "tanda sebagai pemimpin" kerana berani menyatakan pendiriannya walaupun tidak disukai ramai orang.

"Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa ‘Seperti kacang lupakan kulit'.

"Justeru kami ingin sarankan agar Nazir dan Azran bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka demi menguatkan lagi sikap anti Melayu mereka," kata Dzulkarnain Taib dalam satu kenyataan media mewakili gabungan pertubuhan tersebut.



Presiden Wartawan Muda Malaysia itu membidas Nazir (gambar) kerana tidak mementingkan sensitiviti kaum Melayu sendiri, disamping mendakwa adik kepada Datuk Seri Najib Razak tersebut tidak pernah memahami rasa susah payah kerana dibesarkan dalam keluarga bangsawan.

"Tidak ramai orang Melayu bernasib baik seperti Nazir yang dilahirkan di dalam keluarga bangsawan.

"Kami sangat kesal dengan kenyataan Nazir kerana walaupun menerajui sebuah konglomerat bank yang terkemuka di rantau ASEAN, malangnya beliau terperangkap dalam kerangka pemikiran dan minda yang membelakangkan sentimen dan sensitiviti bangsa Melayunya sendiri," katanya lagi.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan Nazir yang merupakan pembiaya utama AirAsia X memuji Azran kerana meluahkan isi hatinya dengan mempercayai ia adalah perkara yang benar.

"Itulah tanda seorang pemimpin," kata Nazir semalam semasa pelancaran prospektus AirAsia X.

Adik bongsu kepada Najib itu menambah disebabkan kualiti seperti itu pasukan syarikat penerbangan berkenaan telah menunjukkan 70 peratus peningkatan tahunan keuntungan sejak dilancarkan pada November 2007.

Azran dikritik bulan lalu selepas beliau melalui akaun twitternya, @azranosmanrani, mengatakan melihat serangan perkauman selepas pilihan raya.

Beliau turut dilaporkan menerima kritikan daripada Perkasa, kumpulan pendesak Melayu atas kenyataan kerasnya itu.

Sebagai balasan, akhbar berkenaan menyiarkan pandangan pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan aktivis pro Umno menyelar Azran dan menggelarnya "sombong" dan Melayu yang lupa daratan.

Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafizah Aziz dan pengarahnya, Datuk Seri Kalimullah Hassan juga turut diserang daripada pelbagai kumpulan selepas kedua-duanya mempertahankan kenyataan Azran.

Perkasa, Persatuan Veteran Penjawat Awam, Gerakan Reformis Malaysia dan Jaringan Melayu Malaysia antara kumpulan yang menyerang Rafidah dan Kalimullah dan menuntut mereka meminta maaf terhadap kenyataannya terhadap Utusan.

Pemangku Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar turut menyokong akhbar berkenaan dan berkata Azran tidak akan berada di posisi sekarang tanpa "perjuangan Melayu yang dilakukan Utusan Malaysia."

Kolumnis Utusan, Awang Selamat menggesa Utusan supaya tidak lagi menerima iklan daripada syarikat penerbangan terbabit sehingga permohonan maaf dikeluarkan.


Awang turut membandingkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan mengatakan syarikat penerbangan nasional itu mempunyai servis yang lebih baik dan lebih bersifat nasionalisme.

769) BERITA MYNEWSHUB 12 JUN 2013-GNI KESAL CEO PUJI AZRAN OSMAN

Azran Osman-Rani

GNI Kesal CEO Bank Puji Azran Osman-


KUALA LUMPUR – Gabungan NGO Islam (GNI) melahirkan rasa kesal terhadap seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah bank kerana memuji Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang pernah membuat kenyataan biadab melabelkan Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.
GNI melalui satu kenyataan mendakwa CEO bank berketurunan Melayu terbabit tidak sepatutnya mengambarkan Azran sebagai seorang yang mempunyai sifat kepemimpinan hanya kerana beliau berani melabelkan akhbar berkenaan sebagai perkauman.
“Jangan terperangkap dalam kerangka pemikiran dan minda yang membelakangkan sentimen dan sensitiviti bangsa sendiri,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Azran sebenarnya adalah seorang individu Melayu yang seumpama `kacang lupakan kulit’ kerana sanggup mengecewakan bangsa Melayu yang sememangnya sentiasa mengharapkan pembelaan daripada anak Melayu yang sudah berjaya seperti beliau.
Justeru GNI meminta Azran supaya menyedari asal usul dan jangan sesekali berlagak sombong dan bersikap angkuh kerana wang, darjat, kekayaan, pangkat dan harta yang beliau miliki.
“Apa yang anda miliki adalah hasil perit jerih nenek moyang bangsa Melayu yang menyabung nyawa, jiwa dan raga mempertahankan tanah tumpah darah yang berkat dan bertuah ini,” dakwanya kenyataan itu.
Sebelum ini, pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mendesak Azran untuk memohon maaf berhubung kenyataannya melabelkan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis. – mynewshub.my

767) VIDEO : SIDANG MEDIA GABUNGAN NGO ISLAM-MELAYU : PENYATUAN NASIONAL




Tuesday, June 11, 2013

766) SIDANG MEDIA 11 JUN 2013 GABUNGAN NGO MELAYU-ISLAM-National Reconciliation

kempenppim's SIDANG MEDIA 11 JUN 2013 NATIONAL RECONCILIATION album on Photobucket

                              

                            

765) BERITA NEW STRAITS TIMES 11 JUN 2013 : Islamic NGOs urge swift action on those who make provocative slurs

The Muslim non-governmental organisations that lodged reports on Facebook postings allegedly insulting Prophet Muhammad in Kuala Lumpur yesterday. Pic by Sugumaran Suppiah

KUALA LUMPUR: Fifteen Islamic non-governmental organisations representing thousands of members today lodged police reports and urged several authorities to take swift action against those who had insulted Islam and Prophet Muhammad through the social media.

The group’s spokeman Datuk Nadzim Johan said swift and stern action were critical in preventing provocative slurs made against Islam from manifesting into untoward incidents that could disrupt the nation’s peace and harmony.

“We (Islamic NGOs) are tired of lodging police reports over and over again against insulting remarks that instigate hatred in this country.

“Yet, we here we are again lodging another report. We understand that there are laws and regulations to abide to and we the authorities will nab these culprits and bring them to justice.

“However, we also fear that if action is not taken soon, this situation might prompt physical attacks as the culprits had insulted Muslims and our faith,” he told reporters outside the Dang Wangi police headquarters after lodging the reports today.

Nadzim said an email was also in circulation offering anyone who manage to catch the culprits a gold bar.

“The insults were obviously made by those who do not like to see the peace and harmony we are enjoying today.”

Nadzim, who is the chief activist of the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM), said the organisations will also hold a meeting to decide on their next course of action against those who disrespect Islam.

Among the 15 organisations which lodged the reports today were PPIM, Malay Army Veterans Association (PVTM), Keris Mas Malaysia, Seni Silat Kalam, Malaysian Islamic Welfare And Sermon Organisation (PEKIDA), Cahaya Haluan Amanah Insan Malaysia (Chai Malaysia) and Young Malaysian Journalists Club (YMJC).

Chai Malaysia founder Abdul Hamid Kamaruddin said there was no basis for anyone to attack Islam as Malaysia is a multi-religious nation, and the government had given room for people of every 9 to practice their religion.

“Why do they have to do this? The government must take stern action.

“The Malays and Muslims here have been very patient all these while, but this does not mean that the tolerance can hold forever.”

Gabungan Melayu Malaysia chairman Mazlan Man, who is also guru of Seni Silat Kalam, said Malay Muslims should stay united and not give any room to others to look down on Islam and Malays.

Meanwhile, YMJC president Dzulkarnain Taib said the series of insults against Islam and Malay rulers might be part of organised attacks by pro-opposition cybertroopers, the Red Bean Army.

He said the people wanted to see a no-nonsense approach in the action taken by the Home Ministry.

It was reported that the Communication and Multimedia Ministry had identified two individuals who allegedly insulted Prophet Muhammad through Facebook on Friday.

Its minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said the culprits were registered as "Calvin Gani" and "Rakyat Anarki" on Facebook, and the cases had been submitted to the police.


Read more: Islamic NGOs urge swift action on those who make provocative slurs - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/islamic-ngos-urge-swift-action-on-those-who-make-provocative-slurs-1.297667#ixzz2VsYnp818

764) BERITA UTUSAN MALAYSIA 11 JUN 2013 : HINA NABI-NGO GESA SIASAT RED BEAN ARMY


15 NGO desak siasat RBA

Oleh NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Jun - Sebanyak 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi meminta pasukan itu menyiasat sekiranya perbuatan menghina junjungan besar, Nabi Muhammad SAW di dalam laman sosial Facebook baru-baru ini dilakukan oleh Red Bean Army (RBA).

Laporan itu dibuat oleh NGO Islam dan Melayu terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 11 pagi ini.

Antara NGO itu adalah Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Sekretariat NGO Negeri Selangor, Pertubuhan Seni Silat Kalam dan Persatuan Permuafakatan Wangsa Malaysia.

Presiden KWMM, Dzulkarnain Taib memberitahu, dakwaan berhubung penglibatan RBA yang dipercayai ada kaitan dengan parti pembangkang dalam isu menghina Nabi Muhammad SAW disiarkan oleh beberapa blog tempatan kelmarin.

"Serangan demi serangan ke atas umat Islam, raja Melayu serta Perlembagaan negara kini sudah melampaui batas dan norma sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

"Jelas perbuatan menghina ini bukan sesuatu yang tidak disengajakan atau di luar pengetahuan pihak yang berkepentingan politik tetapi dirancang untuk menghuru-harakan keamanan negara.

"Jika dilihat beberapa siri serangan siber sebelum ini, kami percaya perbuatan ini dilakukan oleh RBA selaras dengan matlamat kewujudan pasukan itu yang mahu melihat negara kita huru-hara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 8 Jun lalu, blog Just Read mendedahkan seorang pengguna laman sosial Facebook dikesan menghina Islam, selain membuat penghinaan melampau terhadap Nabi Muhammad SAW.

Perbuatan biadab oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani didedahkan blog tersebut di dalam satu entrinya bertarikh 5 Jun lalu.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan, tiba masanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pihak berkuasa terlibat mengambil langkah drastik dengan menangkap individu yang terlibat memandangkan kesabaran orang Melayu dan umat Islam kini sudah sampai hadnya.

"Amaran atau nasihat sudah tidak memberi apa-apa makna lagi ketika ini kerana mereka perlu segera ditangkap dan tidak dilepaskan dengan sewenang-wenangnya.

"Jika pihak berkuasa melambat-lambatkan penguatkuasaan, saya bimbang orang ramai akan mula mengambil tindakan sendiri atau dalam erti kata lain, bergaduh sesama mereka," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130611/dn_08/15-NGO-desak-siasat-RBA#ixzz2VsUXftkN
© Utusan Melayu (M) Bhd

763) SEKITAR LAPORAN POLIS PADA 10 JUN 2013 BERKENAAN PENGHINAAN DI LAMAN SOSIAL YANG SEMAKIN BERLELUASA

                                          kempenppim's LAPORAN POLIS 11 JUN 2013 album on Photobucket


LAPORAN POLIS 1

LAPORAN POLIS 2

Hina Nabi: Red Bean Army dipercayai terlibat

Oleh NORAZRIN MARZUKI

KUALA LUMPUR 10 Jun - Sebanyak 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi meminta pasukan itu menyiasat sekiranya perbuatan menghina junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook baru-baru ini dilakukan oleh Red Bean Army (RBA).

Laporan itu dibuat oleh NGO Islam dan Melayu terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 11 pagi ini.

Antara NGO itu adalah Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Sekretariat NGO Negeri Selangor, Pertubuhan Seni Silat Kalam dan Persatuan Permuafakatan Wangsa Malaysia.

Pada 8 Jun lalu, Blog Just Read mendedahkan seorang pengguna laman sosial Facebook dikesan menghina Islam, selain membuat penghinaan melampau terhadap Nabi Muhammad SAW.

Perbuatan biadab oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani didedahkan blog tersebut di dalam satu entrinya bertarikh 5 Jun lalu.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan, tiba masanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pihak berkuasa terlibat mengambil langkah drastik dengan menangkap individu yang terlibat memandangkan kesabaran orang Melayu dan umat Islam kini sudah sampai hadnya. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_34/Hina-Nabi:-Red-Bean-Army-dipercayai-terlibat#ixzz2VsVTuEUl

© Utusan Melayu (M) Bhd




Monday, June 10, 2013

762) BERITA : LAPORAN POLIS PENGHINAAN DI FACEBOOK YANG BERLELUASA



Cegah sebelum parah, demikian gesaan Jaringan NGO Islam/Melayu Malaysia terhadap tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menghina Nabi Muhammad SAW di laman media sosial Facebook, baru-baru ini.
Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan,
pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) perlu bertindak segera sebelum wabak ini menular yang akhirnya akan mencetuskan kemarahan umat Islam jika tidak dibendung.

Katanya, mana-mana penyangak yang sudah dikenalpasti itu perlu ditahan dan diheret ke muka pengadilan dengan segera.
“Kita berharap pihak berkuasa ambil bertindak segera kerana perbuatan individu-individu yang menghina Rasullullah di laman media sosial cukup melampau….apa yang lagi mereka mahu dan perkara seumpama ini seharusnya dielakkan jika mahu semua rakyat terus hidup dalam suasana aman dan damai.
“Insiden terbaru ini cukup menyedihkan dan sudah pastinya menimbulkan rasa tidak senang di kalangan umat Islam dan saya percaya orang yang suka keamanan tidak akan buat perkara terkutuk seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, di Kuala Lumpur, hari ini.
Nadzim juga mewakili Jaringan NGO Islam/Melayu Malaysia yang mempunyai jaringan lebih 100 buah persatuan membuat laporan polis kerana bimbang sudah ada tanda-tanda kemarahan ahli yang dikhuatiri aka mengambil tindakan di luar dugaan.
Laporan polis itu antara lain meminta Majlis Raja-Raja meneliti trend negatif itu dan membuat tegas terhadap tindakan sedemikian rupa manakala Majlis Fatwa Kebangsaan pula digesa supaya mengeluarkan fatwa berkaitan perkara terbabit untuk penjelasan umat Islam.
Antara NGO yang hadir ialah Persatuan Seni Silat Kalam Malaysia, Kelab Wartawan Muda Malaysia, Ziarah For Peace, Sahabat Ulul Amri dan CHAI Malaysia.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi negara hari ini.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri dengan perkara seumpama itu dan sedang merancang untuk mengambil tindakan mengikut keperluan yang bersesuaian.

Saturday, May 25, 2013

746) MUKA HADAPAN UTUSAN MALAYSIA 25 MEI 2013-Sekat sebelum parah



KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan digesa lebih tegas memerangi anasir-anasir jahat di laman siber terutama berhubung kewujudan Red Bean Army yang mengugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mendesak pihak berwajib untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan berkaitan DAP itu terhadap rakyat.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kewujudan Red Bean Army itu dikesan oleh pihaknya pada tahun 2011 apabila jentera propaganda bersifat cauvinis tersebut cuba melahirkan simpati terhadap Tan Sri Robert Kuok yang tidak lagi memonopoli perniagaan gula di negara ini.

Menurut beliau, sentimen perkauman yang mulanya disasarkan kepada usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kemudian diperluaskan kepada pemimpin UMNO terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"PPIM sudah lama menyiasat ancaman Red Bean Army terhadap permuafakatan masyarakat di negara ini yang mana pelbagai fitnah dan lakonan dilakukan mereka untuk mengelirukan rakyat terutama masyarakat Cina.

"Mereka bukan sahaja digerakkan oleh sentimen perkauman yang tebal tetapi dilihat seperti sebuah gerakan terancang untuk menggulingkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjang oleh orang Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nadzim menegaskan, pasukan serangan siber dipercayai ditaja DAP itu perlu dihalang daripada terus menghasut pemikiran rakyat melalui penguatkuasaan lebih tegas oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kita kena tegas kerana fitnah kumpulan ini boleh menyebabkan masyarakat negara ini yang tidak matang terkeliru dengan fakta-fakta yang salah dan yang lebih buruk lagi, ancaman puak ini dapat menganggu-gugat kemakmuran," tegasnya.

Sementara itu, Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, sekiranya fitnah Red Bean Army dibiarkan berleluasa, dikhuatiri perpaduan rakyat sejak 55 tahun akan musnah.

"Tidak pernah lagi perpaduan kaum di negara ini menjadi seburuk ini apabila orang Cina sudah berani memainkan sentimen perkauman yang sempit, semua ini berikutan kebebasan kumpulan pro-DAP ini di medan siber.

"Keberanian mereka ini sangat menakutkan sehingga sanggup mempermain dan memperlekehkan isu melibatkan agama Islam, hak istimewa orang Melayu serta bahasa Melayu," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa mahu pembuat fitnah tersebut dipantau secara progresif melalui peruntukan undang-undang.

Meskipun kebebasan internet tiada batasannya, beliau menjelaskan, masih ada ruang untuk menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.

"Seperti di China, kerajaan republik itu menyekat Facebook, perkara ini walaupun mereka hanya terdiri daripada satu kaum, mungkin kita perlu ke arah itu agar tidak timbul suasana yang tidak sihat dalam aspek perpaduan rakyat di Malaysia," katanya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL