Tuesday, July 2, 2013

803) LAPORAN LANGSUNG UTUSAN MALAYSIA 2/7/13-Kabinet bincang cadangan tubuh suruhanjaya diraja siasat Red Bean Army Jumaat


Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya KHAIRULANUAR YAHAYA kini berada di lobi Parlimen bagi liputan penyampaian memorandum mengenai kegiatan cyber troopers (tentera siber) Red Bean Army (RBA).

Memorandum disampaikan oleh Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib, yang mewakili 130 NGO Islam, kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim.
by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 11:55 AM


Memorandum itu antara lain meminta agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat tentera siber propembangkang itu yang dianggap mengancam keselamatan negara dengan menyebarkan berita palsu di Internet.
by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 11:57 AM




Shaidan berkata, beliau akan membawa memorandum tersebut untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.
by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 11:59 AM

Kabinet bincang cadangan tubuh suruhanjaya diraja siasat Red Bean Army Jumaat
Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR 2 Julai - Cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat cyber troopers (tentera siber) yang dikaitkan dengan parti pembangkang, Red Bean Army (RBA) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.

Cadangan penubuhan suruhanjaya tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan oleh Gabungan NGO Islam yang diwakili Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim di lobi Parlimen hari ini.

"Saya akan membawa perkara ini untuk pengetahuan Kabinet sama ada permohonan ini wajar atau tidak, sebab ada banyak laporan polis mengenai RBA ini yang kita lihat cukup aktif sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"NGO ini mendakwa bahawa Red Bean Army ini telah mendapat dana yang besar daripada pihak pembangkang untuk membiayai gerakan mereka," kata Shahidan.

Menurut beliau, kerajaan terbuka kepada semua cadangan rakyat termasuk penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat RBA.

Dalam memorandum tersebut, Gabungan NGO Islam yang mengandungi 130 pertubuhan termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpandangan, gerakan Red Bean Army berbahaya kepada keselamatan negara dan merosakkan perpaduan negara.

RBA sebelum ini dikaitkan dengan penyebaran berita palsu melalui Internet termasuk di laman sosial antaranya mengenai berita 40,000 rakyat Bangladesh mengundi dalam PRU yang lalu. - UTUSAN ONLINE
by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE 12:25 PM

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...