Wednesday, July 10, 2013

807) BERITA HARIAN METRO 5/7/13 : Gesa teliti peraturan syarat ambil pekerja



Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan memperincikan secara jelas peraturan sedia ada berhubung syarat dikenakan oleh majikan untuk menerima seseorang pekerja di tempat mereka bagi mengelak sebarang kekeliruan.

Hal itu berikutan dalam tempoh 48 jam lalu, PPIM menerima e-mel daripada orang ramai mengenai lebih 20 premis kedai gambar yang disimbah cat merah selain tertera nota ugutan berbaur perkauman dipercayai susulan tindakan pihak pengurusan syarikat berkenaan mengenakan syarat seolah-olah melakukan diskriminasi agama.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan itu jelas menunjukkan terdapat sentimen perkauman kerana terdapat nota menyatakan rasa tidak senang dengan tindakan pihak pengurusan syarikat itu menetapkan individu yang memohon pekerjaan perlu membuka tudung dan memakai skirt.

"Kita mahu isu seperti ini dihentikan segera dengan cara orang ramai dimaklumkan mengenai garis panduan sedia ada kerana jika tidak boleh menimbulkan suasana tegang hingga menggoncang keharmonian negara.


"Tindakan tegas perlu diambil jika didapati mana-mana pihak melakukan kesalahan, apatah lagi jika ia sudah termaktub dalam Perlembagaan. Sebarang usaha mendiskriminasi bangsa dan agama perlu dielakkan," katanya

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...