Showing posts with label KUASA PENGGUNA. Show all posts
Showing posts with label KUASA PENGGUNA. Show all posts

Monday, October 12, 2015

2882) BOIKOT: HANYA KUASA PENGGUNA MAMPU JATUHKAN REJIM ISRAEL, TERUSKAN MEMBOIKOT!

MUKA HADAPAN - UTUSAN MALAYSIA, ISNIN, 12 OKTOBER 2015

Perjuangan memboikot barangan dan perkhidmatan yang ada kaitan dengan Israel perlu diteruskan bagi menghantar isyarat jelas berhubung usaha menegakkan prinsip menentang keganasan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kuasa pengguna memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan kehendak pasaran serta berupaya melumpuhkan kekuatan ekonomi sesebuah negara.

Tahun lalu kita mengutuk serangan Zionis ke atas Gaza dengan memboikot produk yang membantu tabung yahudi.Apa kata...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Sunday, October 4, 2015

“Kita ada senjata, tetapi tak tahu guna. Kalau kita boikot barang mereka dan hentikan permintaan, sudah tentu ia akan memberi tekanan kepada syarikat pengeluar yang bertindak menyokong Israel.

“Kita tidak mahu bersikap tunggu dan lihat. Bertindak sekarang atas nama perjuangan menegakkan aspirasi kemanusiaan tanpa mengira agama atau bangsa secara bijak. Mulakan dengan memboikot produk yang banyak pilihan dan tidak membawa kebaikan misalnya minuman berkarbonat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Awang Selamat dalam ruangan Analisis Mingguan Malaysia semalam berkata, antara faktor Israel menghentikan keganasan ke atas penduduk Palestin adalah kesan boikot yang mampu menjadi senjata efektif warga dunia, biarpun secara bersendirian untuk tidak bersubahat dengan kuasa kezaliman dan kejahatan.

KERATAN AKHBAR - UTUSAN MALAYSIA, ISNIN, 12 OKTOBER 2015
BOIKOT PRODUK ISRAEL, BANTAH KEGANASAN

Katanya, pada 2014, Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid mengakui kesan kempen tersebut ekoran bantahan terhadap keganasan terhadap Palestin telah menjejaskan ekonomi negara itu bahkan terdapat laporan bahawa Israel kerugian sekurang-kurangnya AS$4 bilion (RM16.54 bilion).

Menurut Yang Dipertua Persatuan Penjaja-Penjaja & Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan (PPPKMNS), Datuk Zainol Ishak, usaha memboikot barangan berkaitan Israel bukan sahaja perlu menjadi tanggungjawab pengguna tetapi turut wajar dilaksanakan oleh para peniaga.

“Salah satu cara untuk menjayakan kempen ini adalah dengan menghentikan sokongan terhadap produk yang ada kaitan dengan Israel.

“Langkah ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kitaran ekonomi pengusaha Israel mahupun syarikat yang menyokong rejim tersebut. Yang menjadi masalah hanyalah tahap kesedaran kita untuk melaksanakannya dan pengetahuan kita tentang produk-produk keluaran mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, sekatan yang dilakukan secara berterusan dan menggunakan kuasa pengguna sepenuhnya mampu memberi kesan dalam pelbagai aspek kepada Israel.

“Kita perlu berpegang dan berprinsip untuk memastikan usaha ini berjaya serta memerlukan pengorbanan yang tinggi. Cara hidup perlu diubah. Masih ada sesetengah golongan remaja yang menganggap sebahagian produk bercirikan Israel merupakan keperluan hidup masa kini.

“Selain itu, kita perlu ketepikan perbezaan ideologi politik jika kita mahu pastikan usaha ini berjaya. Kuasa pengguna di tangan kita dan kita berhak menentukan pasaran yang ada dalam negara ini,” ujar­nya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah pula berkata, pemimpin perlu memainkan peranan dengan mengimport produk dari negara Islam sebagai ganti terhadap produk negara yang menyokong Israel.

“Ini masa terbaik bagi pengusaha dalam kalangan masyarakat Islam untuk mengembangkan perniagaan mereka jika kita memboikot produk yang berkaitan dengan Israel secara berterusan,” katanya.

Sumber: UTUSAN



Monday, August 4, 2014

2072) UTUSAN 3/8/2014- Gunakan kuasa pengguna boikot produk ada kaitan dengan Israel - PPIM


Gunakan kuasa pengguna boikot produk ada kaitan dengan Israel

PUTRAJAYA 3 Ogos - Pengguna di Malaysia boleh memberi tekanan kepada ekonomi Israel dengan bertindak memboikot barangan yang dikaitkan dengan negara berkenaan secara besar-besaran.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata sudah tiba masanya pengguna beralih kepada produk alternatif atau tempatan memandangkan tindakan memboikot sukar dilakukan berikutan permintaan yang tinggi terhadap produk mereka di Malaysia.

"Ini adalah masa yang sesuai untuk menggunakan produk alternatif atau produk tempatan untuk memberi mesej protes yang tegas terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tempatan baru-baru ini supaya memboikot barangan dan produk berhubung kait dengan Israel bagi mengurangkan kekejaman dan kerakusan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Nadzim berkata pengguna di Malaysia boleh memulakan tindakan boikot itu tetapi ia mesti mendapat sokongan yang kuat daripada orang ramai demi memastikan misi untuk melemahkan ekonomi Israel dapat dilakukan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140803/dn_30/Gunakan-kuasa-pengguna-boikot-produk-ada-kaitan-dengan-Israel#ixzz39OX4JhB8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, December 30, 2013

1065) RAKYAT NEWS 29/12/2013 GUNA KUASA PENGGUNA BUKAN SERTAI PERHIMPUNAN -PPIM-



KUALA LUMPUR 29 Dis - Gunakan kuasa pengguna dan bukannya turun ke jalan dengan sertai perhimpunan haram menggulingkan kerajaan pada 31 Dis ini sebagai membantah peningkatan kos sara hidup, kata Ketua Aktivis PersatuanPengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
 "Kita boleh bantah dengan cara yang bijaksana. Malaysia merupakan negara demokrasi yang mempunyai undang-undang, jadi gunakan kuasa pengguna dalam keadaan yang bijak.
 "Perkara ini boleh ditangani, memang ia memberikan tekanan tetapi kita perlutahu apa yang kita boleh buat bagi memastikan diri kita tidak terjejas dengan kenaikan-kenaikan ini," katanya dalam sidang media selepas sesi soal jawab isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), subsidi, muflis dan 'along', Sabtu.
 Beliau berkata orang ramai seharusnya menjadikan isu kenaikan sebagaicabaran dan pencetus kebangkitan agar berusaha lebih bersungguh-sungguhmelakukan sesuatu untuk menjana serta meningkatkan pendapatan.
 "Bagi PPIM, kita merasakan orang awam perlu membuat sesuatu yang lebih produktif seperti melakukan perniagaan," katanya.
 Dalam pada itu, Nadzim berkata kerajaan perlu memikirkan langkah terbaikbagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan beberapa siri kenaikan yangdiumum.

Beliau berkata pentadbiran kerajaan perlu mengambil langkah bagi memperbaiki segala kesilapan terdahulu agar ketirisan perbelanjaan tidak lagi berlaku dalamurusan kerajaan.
 "Dari sudut kerajaan pula, memang tiada masalah jika cukai GST perlu dibuat tetapi pastikan hasil cukai itu tidak habis akibat ketirisan dan sekiranya kerajaan melakukan dengan baik, kita pasti rakyat juga tidak akan membantah.
 "Kita cadangkan agar suatu jawatankuasa ditubuhkan bagi memastikan ketirisantidak berlaku selain mengkaji semula kaedah pembahagian subsidi yang dilihattidak adil pada ketika ini," katanya.
 Pada masa sama, katanya, kerajaan perlu meningkatkan keberkesanan tadbirurus negara, terutama dengan mengurangkan kos berbanding menaikkan harga barangdalam usaha merasionalisasi subsidi, seperti nasihat bekas Perdana Menteri TunDr Mahathir Mohamad

1064) MYNEWSHUB 29/12/2013 GUNA KUASA PENGGUNA BUKAN SERTAI PERHIMPUNAN



KUALA LUMPUR – Gunakan kuasa pengguna dan bukannya turun ke jalan dengan sertai perhimpunan haram menggulingkan kerajaan pada 31 Dis ini sebagai membantah peningkatan kos sara hidup, kata Ketua Aktivis PersatuanPengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
“Kita boleh bantah dengan cara yang bijaksana. Malaysia merupakan negara demokrasi yang mempunyai undang-undang, jadi gunakan kuasa pengguna dalam keadaan yang bijak.
“Perkara ini boleh ditangani, memang ia memberikan tekanan tetapi kita perlutahu apa yang kita boleh buat bagi memastikan diri kita tidak terjejas dengan kenaikan-kenaikan ini,” katanya dalam sidang media selepas sesi soal jawab isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), subsidi, muflis dan ‘along’, Sabtu.
Beliau berkata orang ramai seharusnya menjadikan isu kenaikan sebagaicabaran dan pencetus kebangkitan agar berusaha lebih bersungguh-sungguhmelakukan sesuatu untuk menjana serta meningkatkan pendapatan.
“Bagi PPIM, kita merasakan orang awam perlu membuat sesuatu yang lebih produktif seperti melakukan perniagaan,” katanya.
Dalam pada itu, Nadzim berkata kerajaan perlu memikirkan langkah terbaikbagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan beberapa siri kenaikan yangdiumum.
Beliau berkata pentadbiran kerajaan perlu mengambil langkah bagi memperbaiki segala kesilapan terdahulu agar ketirisan perbelanjaan tidak lagi berlaku dalamurusan kerajaan.
“Dari sudut kerajaan pula, memang tiada masalah jika cukai GST perlu dibuat tetapi pastikan hasil cukai itu tidak habis akibat ketirisan dan sekiranya kerajaan melakukan dengan baik, kita pasti rakyat juga tidak akan membantah.
“Kita cadangkan agar suatu jawatankuasa ditubuhkan bagi memastikan ketirisantidak berlaku selain mengkaji semula kaedah pembahagian subsidi yang dilihattidak adil pada ketika ini,” katanya.
Pada masa sama, katanya, kerajaan perlu meningkatkan keberkesanan tadbirurus negara, terutama dengan mengurangkan kos berbanding menaikkan harga barangdalam usaha merasionalisasi subsidi, seperti nasihat bekas Perdana Menteri TunDr Mahathir Mohamad.-BERNAMA

Tuesday, December 17, 2013

1036) MOBTV 17/12/2013 KUASA PENGGUNA -CREDIT TIP OFF SERVICE- CTOS



Kuasa Pengguna kali ini melihat CTOS (Credit Tip Off Service) yang dianggap sebagai agensi kewangan persendirian yang berperanan dalam industri perbankan negara. Sejauhmana pengguna dilihat terancam dengan agensi ini? Bersama Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL