KUALA LUMPUR 29 Dis - Gunakan kuasa pengguna dan bukannya
turun ke jalan dengan sertai perhimpunan haram menggulingkan kerajaan pada 31
Dis ini sebagai membantah peningkatan kos sara hidup, kata Ketua Aktivis
PersatuanPengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
"Kita boleh bantah dengan cara yang bijaksana. Malaysia
merupakan negara demokrasi yang mempunyai undang-undang, jadi gunakan kuasa
pengguna dalam keadaan yang bijak.
"Perkara ini boleh ditangani, memang ia memberikan
tekanan tetapi kita perlutahu apa yang kita boleh buat bagi memastikan diri
kita tidak terjejas dengan kenaikan-kenaikan ini," katanya dalam sidang
media selepas sesi soal jawab isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), subsidi,
muflis dan 'along', Sabtu.
Beliau berkata orang ramai seharusnya menjadikan isu
kenaikan sebagaicabaran dan pencetus kebangkitan agar berusaha lebih
bersungguh-sungguhmelakukan sesuatu untuk menjana serta meningkatkan
pendapatan.
"Bagi PPIM, kita merasakan orang awam perlu membuat
sesuatu yang lebih produktif seperti melakukan perniagaan," katanya.
Dalam pada itu, Nadzim berkata kerajaan perlu memikirkan
langkah terbaikbagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan beberapa
siri kenaikan yangdiumum.
Beliau berkata pentadbiran kerajaan perlu mengambil langkah
bagi memperbaiki segala kesilapan terdahulu agar ketirisan perbelanjaan tidak lagi
berlaku dalamurusan kerajaan.
"Dari sudut kerajaan pula, memang tiada masalah jika
cukai GST perlu dibuat tetapi pastikan hasil cukai itu tidak habis akibat
ketirisan dan sekiranya kerajaan melakukan dengan baik, kita pasti rakyat juga
tidak akan membantah.
"Kita cadangkan agar suatu jawatankuasa ditubuhkan bagi
memastikan ketirisantidak berlaku selain mengkaji semula kaedah pembahagian
subsidi yang dilihattidak adil pada ketika ini," katanya.
Pada masa sama, katanya, kerajaan perlu meningkatkan keberkesanan
tadbirurus negara, terutama dengan mengurangkan kos berbanding menaikkan harga
barangdalam usaha merasionalisasi subsidi, seperti nasihat bekas Perdana
Menteri TunDr Mahathir Mohamad
No comments:
Post a Comment