Showing posts with label PEMBELI. Show all posts
Showing posts with label PEMBELI. Show all posts
Saturday, December 27, 2014
Thursday, February 20, 2014
1163) UTUSAN MALAYSIA 19/2/2014 ELAK PUKAL : SEDIAKAN DAFTAR PEMBELI
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kerajaan perlu memastikan pihak
pemaju perumahan menyertakan senarai daftar pembeli untuk setiap projek
perumahan bagi membendung pembelian hartanah secara pukal oleh pihak tertentu.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna
Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah berkata, langkah itu perlu supaya
pihak pemaju tidak bersubahat dengan kumpulan pelabur hartanah berkenaan yang
berniat mengaut keuntungan berganda.
"Kumpulan pelabur hartanah inilah yang menyebabkan
berlaku lonjakan harga rumah yang melampau sehingga menafikan hak pengguna lain
yang lebih memerlukan rumah.
"Mereka memegang rumah berkenaan untuk satu tempoh dan
menjualnya kembali pada harga yang lebih tinggi kepada golongan berduit dan
mudah mendapat pembiayaan daripada pihak bank," katanya ketika dihubungi
di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan semalam, yang mahu
mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia
(Rehda) bagi membendung pembelian hartanah secara berkumpulan.
Menurut Abdul Rahman, kumpulan dikenali sebagai 'Kelab
Pelabur Hartanah' itu beroperasi dengan menemui pemaju perumahan untuk membeli
rumah dalam jumlah yang banyak atau pukal dan menjualnya kembali dengan harga
lebih tinggi.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, tindakan berkenaan satu
bentuk penindasan terhadap pengguna terutama pengguna bumiputera.
"Banyak aduan yang diterima, pengguna mengadu rumah
habis dijual tetapi selepas lima atau enam bulan kumpulan yang membeli rumah
secara pukal ini akan menjualnya pada harga tinggi dan tidak mampu dibeli oleh
pengguna bumiputera.
"Jika perlu kerajaan boleh tarik lesen pemaju yang
ingkar kerana mereka hanya mengejar keuntungan hingga mengetepikan peluang
pengguna lain untuk memiliki rumah," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(357)
-
▼
September
(29)
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(29)









