Friday, January 31, 2020

5719) TOQQI SIAPA SIAPA PUN BOLEH JUMPA..TOQQI - TVPPIM - 31/01/2020

5718) ISU PEMANDU MABUK : PPIM - EHAILING FM - 31/01/2020


Isu pemandu mabuk: PPIM & PERTisk terpaksa bertindak menyerahkan memorandum kepada YAB Perdana Menteri tebgahhari tadi. Sila ikuti sidang media khas bersama eHailingFM oleh Dato Nadzim Johan Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta Dato Ahmad Amizal Syaifit Presiden Pertubuhan Insan Sayang Kebajikan Malaysia setelah selesai proses penyerahan memorandum tersebut. #ehailingfm #ehailing #ppim #PERTisk #pemandumabuk #jabatanperdanamenteri #mot #pdrm #jpj


Artikel oleh: eHailing FM

ISU PEMANDU MABUK


5717) PROMOTER KAKI SEMBANG - TV.PPIM - 30/01/2020


Promoter Kaki Sembang. 03 l HAK MENDAPATKAN MAKLUMAT Beberapa perkara telah dikenalpasti yang perlu diteliti oleh seseorang pengguna ketika membeli sesuatu produk iaitu: . Tempat asal barangan/produk, nama dan alamat pembuat/pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model atau stok, tanda perniagaan dan negara asal. . Tarikh luput atau expired date, tarikh pembuat/pengilang. Nama sebutan sebenar barangan yang dijual. . Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang mengikut unit metrik. . Penerangan kandungan umum termasuk maklumat, keupayaan, panduan untuk kegunaannya dan batasannya. . Penerangan kandungan khusus seperti senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan, khasiat bahan-bahan kandungan. . Kualiti atau kadar keupayaan misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya yang menunjukkan memenuhi standard SIRIM dan sebagainya. . Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa. . Maklumat seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu misalnya kanak-kanak. #HakPengguna #HakMendapatMaklumat #JanganTertipu

Artikel oleh: TV.PPIM 

PROMOTER KAKI SEMBANG

5716) HUKUMAN GANTUNG PUN OKAY - THE MALAYSIA ONLINE (FACEBOOK) - 30/01/2020


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyifatkan tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu dibawah pengaruh alkohol.

Makin lama, makin ramai pemandu mabuk dan semakin ramai mangsa yang tidak bersalah terlibat.

Buatlah sesuatu yang lebih tegas, mungkin gantung lesen mereka atau kenakan hukuman gantung lagi baik.

Artikel oleh: The Malaysia Online (Facebook)


HUKUMAN GANTUNG PUN OKAY

https://www.facebook.com/TheMalaysiaOnlineOfficial/videos/202628287529394/

5714) HIGHLIGHT - SEKAT PENJUALAN ARAK DI TEMPAT AWAM I 31 JANUARI 2020 - BULETIN PERTIWI - 31/01/2020

5713) BULETIN PERTIWI - KHAMIS, 30 JANUARI 2020 - BULETIN PERTIWI - 30/01/2020


Paparan menarik hari ini: 1. Penalti Pemandu Mabuk Terlalu Ringan 2. Parti Cauvinis DAP Sila Keluar Dari Kerajaan 3. Iktiraf UEC Sama Seperti Iktiraf Komunis 4. DAP Melampau, Tak Hormat Sensitiviti Kaum Lain #BuletinPertiwi #AspirasiMindaBaharu


Artikel oleh: Buletin Pertiwi

BULETIN PERTIWI - KHAMIS, 30 JANUARI 2020


5712) PPIM DESAK KENAKAN HUKUMAN MATI PADA PEMANDU MABUK - THE MALAYSIA ONLINE - 30/01/2020


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan agar mengkaji semula serta mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu dibawah pengaruh alkohol.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata kejadian kemalangan jalan raya yang berpunca dari pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian dan kecederaan orang awam dilihat semakin meningkat dan satu tindakan tegas perlu diambil.
“Kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku kerana sepatutnya pemandu dibawah pengaruh alkohol ini dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.
“Saya rasa, kes sebegini semakin meningkat kerana mereka tidak gentar terhadap undang-undang. Sepatutnya bila berlaku kemalangan disebabkan mabuk, mereka ini perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
“Memandu dalam keadaan mabuk bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau perkara biasa kerana ia melibatkan kemusnahan harta benda dan mengancam nyawa,” katanya lagi.
Sehubungan itu, PPIM mengambil initiatif untuk menghantar memorandum kempen anti Pemandu mabuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memorandum berkenaan diserahkan kepada Setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya di Kompleks Keselamatan, Pejabat Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Abu Bakar Yahya ketika ditemui memberitahu memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri secepat mungkin.
Artikel oleh: Malaysia Online
PPIM DESAK KENAKAN HUKUMAN MATI PADA PEMANDU MABUK

5711) BMF.FM - MEMORANDUM PEMANDU MABUK KEPADA PM - TVPPIM - 31/01/2020



Thursday, January 30, 2020

5710) RAYU TERUS GUNA SURAU - HARIAN METRO - 30/01/2020

AHLI Jawatankuasa Surau Baitul Mukarram di Kompleks Damai, di sini, merayu Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (KOWAJA) untuk terus memberi kebenaran beroperasi di situ seperti mana perjanjian yang dipersetujui bersama lima tahun lalu.

Ahli Jawatankuasanya Anuar Ahmad berkata, ini kerana mereka diberikan notis untuk keluar dari surau berkenaan selewat-lewatnya hari ini kerana didakwa mempunyai tunggakan sewa biarpun sudah dilunaskan baru-baru ini.

Katanya, jika arahan keluar itu diteruskan, pihaknya bimbang segala aktiviti surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu akan tergendala dan mereka terpaksa mencari tapak lain untuk membina tempat ibadat baru.

“Kami menyewa dengan KOWAJA berdasarkan perjanjian asal 3+2 tahun pada 2016.

“Namun terdapat sedikit masalah pembayaran menerusi proksi tetapi ia sudah pun diselesaikan.

“Tiba-tiba kami diarahkan keluar walaupun perjanjian masih lagi berbaki setahun.

“Apa yang kami mohon ialah beri peluang untuk kami meneruskan operasi di surau setidak-tidaknya seperti yang dipersetujui bersama kerana kami juga menghabiskan RM80,000 untuk kos mengubahsuai surau ini ketika mula-mula masuk dulu,” katanya yang mengadakan perbincangan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah di pejabat ANGKASA, Kelana Jaya, hari ini.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, pihaknya berharap koperasi berkenaan dapat mempertimbangkan untuk memberi ruang kepada surau terbabit beroperasi kerana ia adalah untuk kegunaan umat Islam di kawasan sekitar.
Selain itu, katanya, ahli koperasi terbabit juga menggunakan surau berkenaan dan sewajarnya ia diteruskan demi kebaikan bersama.

“Dalam prinsip gerakan koperasi juga ada disebut mengenai soal kebajikan, jadi saya harap isu ini dapat ditangani dengan baik kerana ia juga untuk memudahkan umat Islam beribadat,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro


RAYU TERUS GUNA SURAU

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/539888/rayu-terus-guna-surau

5709) KES TAHFIZ TERBAKAR, HUKUM QISAS PERLU DIKENAKAN KEPADA TERTUDUH! - PPIM - 29/01/2020

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja berusia 19 tahun membela diri atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat pada September 2017, manakala rakannya dibebaskan atas pertuduhan yang sama.

Keputusan itu dibuat selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama tersebut. Mahkamah menetapkan tertuduh pertama membela diri pada 2 dan 3 Mac depan. (Sumber: Sinar Harian)

“Perkara ini dilihat sebagai satu proses undang-undang dimana keputusan dilakukan selepas menilai fakta yang dibawa oleh peguam. Pastinya hal itu memerlukan pembelaan sewajarnya tanpa sebarang prejudis, lebih-lebih lagi jika wujud usaha melengahkan tuntutan pembelaan. Saya merasakan hal ini perlu dilihat kembali dari sudut undang-undang yang boleh memberi pembelaan kepada keluarga mangsa (Hukum Qisas),” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.

Menurutnya lagi, sekiranya tertuduh dikenakan hukuman qisas, mereka harus membayar pampasan bagi menegakkan keadilan dan mengurangkan bebanan kesedihan yang ditanggung oleh keluarga mangsa.



5708) PENYERAHAN MEMORANDUM KEMPEN ANTI PEMANDU MABUK KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA - SIDANG MEDIA PPIM - 30/01/2020

Kebelakangan ini kemalangan jalan raya berpunca daripada pemandu bawah pengaruh alkohol semakin kerap berlaku. Ramai mangsa yang cedera parah atau mati akibat dari kemalangan yang berlaku. Ramai keluarga juga menghadapi kesukaran akibat hilang tempat berlindung. Kejadian terbaru membabitkan 11 kenderaan dilanggar di Klang.  

Hukuman yang dikenakan dikatakan tidak memberi pengajaran kepada pemandu dan tidak juga membela nasib mangsa mahupun keluarga yang menghadapi tekanan dan juga trauma.  

Sehubungan itu, satu sidang media Majlis Penyerahan Memorandum (2) ‘Gerakan Anti Pemandu Di Bawah Pengaruh Alkohol (GEMPAK) kepada Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diadakan di perkarangan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.


Tuesday, January 28, 2020

5707) AKTIVITI | PERBINCANGAN PPIM BERSAMA NGO BERKENAAN ISU KEMALANGAN JALAN RAYA YANG MELIBATKAN PEMANDU MABUK - PPIM - 27/01/2020

Kuala Lumpur, 27 Januari - PPIM bersama 20 badan bukan kerajaan (NGO) telah mengadakan satu perbincangan mengenai isu kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu mabuk.

Satu 'task force' telah ditubuhkan bagi menangani isu ini dan satu memorandum yang mengandungi resolusi bagi menanganinya akan dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 30 Januari 2020 (Khamis) ini, jam 12.30 tengahari. 


5706) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT YB TUAN HAJI BORHAN AMAN SHAH - PPIM - 28/01/2020

Kunjungan hormat PPIM yang diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi ke pejabat Setiausaha Politik Kepada YAB. Dato' Menteri Besar Selangor, YB Tuan Haji Borhan Aman Shah. 



5705) PEMANDU MABUK MASALAH NEGARA - HARIAN METRO - 28/01/2020


Artikel oleh: Harian Metro

PEMANDU MABUK MASALAH NEGARA

Monday, January 27, 2020

5704) NASI LEMAK KOPI O KUNJUNG HORMAT ULAMAK INDONESIA - TVPPIM - 25/01/2020

5703) ATASI SEGERA MASALAH PEMANDU MABUK - HARIAN METRO - 27/01/2020


BUKAN saja kerajaan perlu mengambil langkah serius malah mereka yang berada di dalam rantaian penjualan dan pembekalan minuman keras juga perlu diberikan ‘tekanan’ agar isu pemandu mabuk dapat diselesaikan segera.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, sudah tiba masanya semua pihak berganding bahu dan melihat isu pemandu mabuk sebagai masalah nasional yang memerlukan tindakan segera.

Menurutnya, jika masalah ini dipandang sepi dan sekadar ‘bermusim’, ia dikhuatiri akan menyebabkan lebih banyak nyawa tidak berdosa melayang hanya disebabkan sikap mementingkan diri sesetengah pihak.

“Sekarang kita lihat kemalangan membabitkan pemandu mabuk semakin banyak dan lebih membimbangkan kejadian menyebabkan kematian kepada mereka yang tidak berdosa.
“Kerajaan dan pihak yang berada dalam rantaian penjualan dan pembekalan minuman keras ini perlu mencari satu mekanisme yang menyeluruh untuk membendung masalah ini daripada terus merosakkan masyarakat,” katanya dalam sidang media di pejabat PPIM di Kuala Lumpur, hari ini.

Sidang media yang dihadiri 20 badan bukan kerajaan (NGO) itu juga akan menghantar memorandum yang mengandungi resolusi perlu diperhalusi kerajaan untuk dikuat kuasakan.
Memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Jumaat ini untuk tindakan kerajaan dan kementerian berkaitan.

Nadzim berkata, antara kandungan memorandum itu adalah memperkenalkan akta baru khusus yang memfokuskan arak sebagai subjek utama seperti yang dilaksanakan kepada kesalahan membabitkan dadah.

“Bukan saja kerajaan malah mereka yang terbabit dalam penjualan minuman keras seperti peniaga, pelayan bar dan pemilik premis hiburan perlu mengambil tanggungjawab sama untuk memastikan masalah ini tidak terus menjadi ‘pembunuh’ dalam masyarakat.


“Undang-undang sedia ada juga perlu ditambah baik daripada segi hukuman agar ia dapat mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab sesuai dengan keadaan semasa seterusnya melindungi rakyat daripada terus menjadi mangsa,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

ATASI SEGERA MASALAH PEMANDU MABUK

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/538812/atasi-segera-masalah-pemandu-mabuk

5702) AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PERTUBUHAN SENI SILAT GERAK RAHSIA MALAYSIA - PPIM - 26/01/2020

Toqqi menghadiri Majlis Perasmian Pertubuhan Seni Silat Gerak Rahsia Malaysia di Putrajaya.


5701) KORONAVIRUS: PPIM NASIHAT MASYARAKAT DAPATKAN MAKLUMAT SAHIH - HARIAN METRO - 25/01/2020


ORANG ramai dinasihat supaya mendapatkan maklumat yang betul mengenai situasi wabak koronavirus yang dikeluarkan pihak berkuasa dan bukannya menerusi saluran yang tidak dipastikan sumbernya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kewujudan pihak tertentu yang menawarkan makanan kesihatan yang dikatakan boleh menjadi penawar kepada penyakit itu.

Katanya, seperti mana-mana isu kesihatan sebelum ini, akan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk melariskan jualan serta produk mereka ketika masyarakat bimbang mengenai penularan wabak di negara ini.

“Kalau dulu kita ada beberapa penyakit seperti anjing gila dan macam-macam lagi. Maka timbullah jurujual yang mendakwa mereka ada penawar itu dan ini. Sebenarnya, kita hanya perlu ikut nasihat pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengemaskini setiap perkembangan.

“Tapi itulah, orang yang pandai mencari peluang ini ada di mana-mana. Cuma janganlah kita bersikap ambil mudah dengan perkara ini kerana ia adalah isu kesihatan semua,” katanya kepada Harian Metro.

Nadzim berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai digesa merujuk kepada pihak yang betul atau mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mendapati mereka tidak sihat, demam atau tidak selesa.

“Jangan rujuk kepada Facebook atau perkongsian di media sosial semata-mata kerana ia mungkin tidak tepat. Kecuali jika kita pasti itu memang arahan atau notis daripada kementerian. Masalahnya yang memberi komen itu kadang-kadang nampak lebih bermaklumat daripada doktor. Jadi usah percaya bulat-bulat,” katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

KORONAVIRUS: PPIM NASIHAT MASYARAKAT DAPATKAN MAKLUMAT SAHIH

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/538414/koronavirus-ppim-nasihat-masyarakat-dapatkan-maklumat-sahih

Friday, January 24, 2020

5700) HIGHLIGHT - UMAT ISLAM AKAN KUASAI EKONOMI NEGARA | 23 JANUARI 2020 - BULETIN PERTIWI - 23/01/2020


5699) DIPERLI PEKERJA KETIKA MEMBELI - TV.PPIM - 23/01/2020


02 l HAK UNTUK MEMILIH

Pernah tak anda alami keadaan seperti ini?

Sebagai pengguna rata-rata dari kita akan membuat keputusan membeli setelah mempertimbangkan keperluan, kemahuan dan juga berdasarkan bajet, namun apabila masuk ke kedai kemudian di ekori pula oleh si penjual kita seakan-akan terasa seperti mereka sedang memaksa pelanggan membuat keputusan dengan cepat. Yang paling teruk mereka terus membuat keputusan bagi pihak pelanggan dengan taktik menipu bahawa itu adalah stok terbaru ataupun itu adalah stok yang terakhir. Jika tidak membuat keputusan membeli sekarang, pelanggan akan rugi.

Ketahuilah hak kita sebagai pengguna dalam membuat keputusan dalam memilih. Bandingkan harga, kualiti dan juga keselesaan sampai kita puas hati.

Jom sertai kami di Facebook Group - Perjuangan Bersama Demi Pengguna dimana anda boleh melihat video-video yang bakal disiarkan secara premium dan berkongsi pengalaman anda bersama ahli yang lain.

Artikel oleh: TV.PPIM

DIPERLI PEKERJA KETIKA MEMBELI

https://www.youtube.com/watch?v=2sPwgxeK6Ek

5698) AKTIVITI AGAMA DI MRSM UNTUK MANTAPKAN JATI DIRI PELAJAR - ISMAWEB - 24/01/2020


BANGI, 28 Jamadilawal 1441H, Jumaat – Ibu bapa tidak sepatutnya melabelkan aktiviti keagamaan di sekolah berasrama kerajaan sebagai perkara negatif kerana amalan ini juga adalah kaedah bagi memperkasakan jati diri pelajar.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ibu bapa perlu beringat bahawa guru yang ditetapkan di sekolah juga mencari solusi yang terbaik dalam menghasilkan pelajar yang luar biasa.

“Amalan sunat yang dikatakan menjadi beban kepada pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor mendapat perhatian PPIM apabila keluhan dari kalangan ibu bapa menegaskan bahawa mereka tidak menghantar anak bagi mendapatkan pendidikan ‘tahfiz’ di sekolah terbabit.

“Sememangnya ramai pelajar yang berjaya dalam kehidupan sekular, namun ada sesetengah mereka meninggalkan nilai moral kerana dianggap tidak penting.

“Persoalannnya, dari manakah nilai moral itu datang? Bukankah ianya dari ajaran agama Islam?,” kata beliau seperti dilapor media PPIM.

Terdahulu, Free Malaysia Today (FMT) melaporkan keluhan ibu bapa – yang didakwanya mempunyai anak di MRSM – terhadap aktiviti keagamaan di sekolah berkenaan yang kononnya memberi kesan kepada prestasi akademik.

FMT yang memetik bapa pelajar dikenali sebagai Amir mendakwa, aktiviti keagamaan itu memakan terlalu banyak masa dan tenaga pelajar sehingga mereka jadi letih dan lesu di kelas atau masa mengulangkaji pelajaran.

Laporan portal berkenaan ternyata tular di media sosial, sekali gus menerima kecaman daripada pengguna media sosial yang menyifatkan FMT sengaja membina premis untuk memburukkan agama Islam.

Nadzim Johan yang mesra panggilan Toqqi tidak melihat amalan yang dilakukan di sekolah terbabit menjadi satu halangan kepada pelajar mereka untuk terus maju ke hadapan.

“Mungkin amalan ini tidak diamalkan di semua sekolah MRSM. Adakah ibu bapa ini boleh membuktikan prestasi anak mereka merundum mendadak berpunca daripada amalan ini,” soalnya.

Lantaran itu, PPIM menyarankan ibu bapa mencari kaedah untuk sedar diri dan bukan hanya melihat dari prestasi akademik anak mereka sahaja.

“Bahkan Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE)juga tidak perlu menggesa MARA untuk membasmi pengaruh agama di sekolah.


“Hal ini kerana mereka boleh mendaftarkan anak mereka ke sekolah lain supaya dapat memberi peluang kepada pelajar lain yang ingin menuntut di MRSM,” katanya.

Artikel oleh: ISMAWEB

AKTIVITI AGAMA DI MRSM UNTUK MANTAPKAN JATI DIRI PELAJAR

https://www.ismaweb.net/2020/01/24/aktiviti-agama-di-mrsm-untuk-mantapkan-jati-diri-pelajar/

Thursday, January 23, 2020

5697) KURSUS ORIENTASI AKTIVIS PPIM - IZHAM NAYAN - 23/01/2020

5696) “KALAU SAYA DAPAT RM20,000 AMBIL LA KORANG RM10,000 UNTUK TABUNG SINI.” - MANGSA AHLONG - TV.PPIM - 23/01/2020


“Kalau Saya Dapat RM20,000 Ambil La Korang RM10,000 Untuk Tabung Sini.” - Mangsa Ahlong . Terjerat Ahlong? Jangan Tangguh, Dapatkan Bantuan SATRIA INTELLIGENCE AGENCY (Panel Yang Dilantik PPIM Bagi Menguruskan Aduan Ceti Haram). Alhamdullilah SATRIA Telah Berjaya Menyelesaikan Ribuan Kes Yang Melibatkan Jutaan Ringgit. Bantuan Diberikan Tidak Mengira Bangsa & Agama. Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi: Satria Intelligence Agency / Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat 54000 Kuala Lumpur Whatsapp: http://wasap.my/60133071999 http://wasap.my/60193458444 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: www.ahlong.ppim.org.my Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong. #BendaBolehSettle #Share #JanganSalahPinjam #NoToAhlong #NasihatDariPPIM #JanganPinjamAhlong #PPIMPeduli #AhlongMusuhNegara

Artikel oleh: TV.PPIM

“KALAU SAYA DAPAT RM20,000 AMBIL LA KORANG RM10,000 UNTUK TABUNG SINI.” - MANGSA AHLONG

5695) BERNIAGA DEPAN KAABAH, NIAT LETAK KAT MANA? - PPIM - 22/01/2020

Kecoh di sosial media memaparkan gambar sebotol produk kecantikan diambil di hadapan kaabah. Hal ini menimbulkan persoalan dikalangan netizen, adakah trend pemilik produk masa kini gemar mempromosikan produk mereka di Mekah?

Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kelak apabila akhir zaman terdapat empat macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu 1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk ‘makan angin’. 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga. 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis. 4) Ahli qira’at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”

“Perkara ini kalau pada dasarnya memang salah dari segi niat dan usahanya. Mereka seharusnya menjaga etika ketika menunaikan ibadah haji disana. Janganlah kita buat perkara itu tanpa memikirkan keperluan dan keadaan. Kita perlu ada keseimbangan dan pertimbangan. Hal ini dilihat kurang sesuai jika niat ingin promosikan produk disana,” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.

“Isu ini kita husnuzon sajalah sebab niat si pelaku kita tidak tahu. Mungkin dia telah buat ibadat (tawaf terakhir) kemudian baru dia ambil gambar produk dia,” tambahnya.

PPIM menggesa mereka yang mengerjakan ibadah perlulah melakukannya dengan sebaik mungkin tanpa melibatkan sensitiviti supaya tidak menimbulkan sebarang prasangka buruk dan perlu mengikut etika yang telah ditetapkan.


Wednesday, January 22, 2020

5694) 2000 ORANG HADIR MUNAJAT PERDANA MALAKAT MALL, TIUP SEMANGAT KEBANGKITAN EKONOMI ISLAM - GENG BORAK - 22/01/2020


Alhamdulillah…
Hampir 2,000 orang hadir pada majlis solat hajat, doa dan munajat dalam program Munajat Perdana Kebangkitan Ekonomi Islam di Malakat Mall di sini hari ini.
Program yang bermula pada pukul 5 petang itu dihadiri Lebih 1,300 pelajar sekolah tahfiz dan pondok dari seluruh negara.
Solat berjemaah yang disusuli dengan bacaan Yasin, tahlil dan zikir munajat itu mencipta sejarah tersendiri sebagai perhimpunan dan majlis solat berjemaah terbesar yang diadakan di pusat beli belah pertama.

BAKAL DIBUKA UMUM 1 MAC 2020

Perasmian itu disempurnakan oleh Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim yang merupakan pencetus idea penubuhan Malakat Mall.
Mohd. Fadzil berkata, pembukaan Malakat Mall pada Mac ini diharap menjadi pencetus kebangkitan ekonomi Islam.
Diharapkan pembukaan Malakat Mall ini diberkati Allah dan langkah pertama ini akan berjaya seterusnya membuka peluang kepada lebih banyak lagi Malakat Mall di seluruh negara.
Program itu turut menghimpunkan tokoh dan pemikir agama; pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, golongan peniaga dan orang ramai.
Antara Datuk Nazim Johan (PPIM); Maulana Wan Tahir; Aminuddin Yahya (Pembela); Masridzi Sat (Pembela); Habib Agil Ben Yahya; Kiyai Pesantren Wali Songo, Kiyai Dr. Zainol Arifin; Cikgu Izat, mudir-mudir sekolah dan lebih 20 pemimpin NGO.
“Program Munajat Perdana ini sangat menarik, para pelajar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim selain dapat berjumpa dengan ulama-ulama terkemuka. Saya juga doakan ekonomi Islam terus berkembang. Saya juga doakan Malakat Mall  berjaya dalam memperjuangkan ekonomi Islam dan dipermudahkan segala urusan menjelang pembukaanya pada Mac nanti.” (Mohd Faizul Salahudin, Ustaz Pondok Simpang Tiga, Bestari Jaya)
“Saya seronok datang ke Munajat Perdana kerana dapat sertai majlis ilmu selain dapat berjumpa para ulama.” (Mohd Fauzan Zakwan, Pelajar Mahad Ihya Ahmadi, Sungai Kelambu, Banting)
Jom kita dengar apa kata Coach Fadzil dan Tokki daripada PPIM

MALAKAT MALL BAKAL DIBUKA DI MELAKA
Berita baik ini susulan satu pertemuan antara kumpulannya bersama pihak Mara Inc Melaka iaitu pemilik bangunan tersebut yang terletak di bandar Masjid Tanah.
“Kita telah mendapat kunjungan dari Mara Inc. yang menawarkan kita pasar raya tersebut.
Secara logiknya kalau ada orang Melaka offer pasar raya kepada kita, tak mungkin kita reject. Ia sesuai dengan sasaran kita untuk membuka 10 Malakat Mall di Malaysia tahun ini,” katanya.
Beliau berkata, tawaran tersebut amat signifikan kerana nama asalnya M Mall seperti Malakat Mall, yang merupakan bangunan baharu seluas 30,000 kaki persegi dan belum pernah digunakan walaupun telah siap bertahun-tahun.
Surat tawaran menyewa premis itu akan diberikan pada minggu depan dan pada masa yang sama kertas kerja bagi Malakat Mall Masjid Tanah juga telah diserahkan kepada Mara Inc.
Sehubungan itu kata beliau sekiranya perancangan berjalan lancar, Malakat Mall kedua itu akan mula beroperasi pada September ini.
Ini merupakan satu berita baik khusus pada orang Masjid Tanah. Kita mahu jadikan pasar raya ini pusat pengedaran produk bagi peniaga dan pengilang bumiputra di kawasan Selatan. Malakat Tribune

Artikel oleh: Geng Borak
2000 ORANG HADIR MUNAJAT PERDANA MALAKAT MALL, TIUP SEMANGAT KEBANGKITAN EKONOMI ISLAM

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL