Monday, October 21, 2019

5413) KOPPIM BANTU PENGGUNA MUSLIM - SINAR HARIAN - 19/10/2019


KOPERASI Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) melaksanakan langkah progresif dengan bertemu pengguna Muslim bagi menggalakkan mereka meningkatkan ekonomi dengan melabur di dalam koperasi tersebut.

Ketua Pengarah Operasi KoPPIM, Fadzil Hashim berkata, koperasi itu akan memulakan siri jelajah malam ini di Bilik Seminar, Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

Menurutnya, KoPPIM dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Muslim Malaysia (PPIM) memainkan peranan membentuk satu sistem ekonomi ybaharu bagi membantu golongan Muslim.

"Gelombang Kempen Buy Muslim First (BMF) berjaya menyedarkan betapa kuatnya kita apabila bersatu lalu menaikkan jualan peniaga Muslim.

"Kami lonjakkan lagi gelombang ini dengan satu pelan yang bersistem bagi menyatukan kuasa kita sebagai pengguna Muslim dengan mengumpul dana di dalam KoPPIM,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Fadzil berkata, dana berkenaan akan digunakan bagi membantu usahawan Muslim membentuk satu ekosistem melalui rantaian baharu

Tambahnya, sebuah pasar raya Muslim, Malakat Mall bakal dibuka di Cyberjaya pada Januari 2020 dan tawaran untuk menjadi vendor di pasar raya itu telah pun dibuka.

"Malakat Mall dipercayai akan merancakkan penyertaan pengguna Muslim untuk menjadi ahli KoPPIM.

"Ini sesuai dengan matlamat koperasi itu agar pengguna menjadi pemilik kepada ekonomi kerana mereka akan mempunyai saham melalui penyertaan di dalam koperasi itu," katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian 

KOPPIM BANTU PENGGUNA MUSLIM

https://www.sinarharian.com.my/article/52945/BISNES/KoPPIM-bantu-pengguna-Muslim

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL