Tuesday, October 29, 2019
5440) KEMPEN BMF TETAP TIDAK TERJEJAS DI PERAK - SINAR HARIAN - 29/10/2019
PERAK dengan penuh ketegasan menyatakan pendirian untuk tidak membenarkan kempen Beli Produk Muslim Dahulu (BMF) dilaksanakan di masjid-masjid di negeri itu.
Seperti yang dinyatakan Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi, keputusan dibuat selepas perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) minggu lalu.
Kerajaan Perak berpendapat, penganjuran BMF yang giat digerakkan di seluruh negara kini hanyalah ‘jalan’ bagi pihak-pihak tertentu menggunakan nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mencapai kepentingan politik.
Ini ditegaskan Asmuni menerusi laporan dan siasatan yang dijalankan mendapati individu yang terlibat dalam pelancaran kempen tersebut merupakan pimpinan bagi parti politik tertentu.
Beliau turut menyatakan dalam konteks masjid dan surau, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan parti politik atau pihak lain yang didalangi politik kepartian sama sekali dilarang seperti mana dititahkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Selaras ketetapan itu, semua kempen BMF yang telah dijadualkan diadakan di masjid-masjid di negeri itu dibatalkan dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) diarah untuk mengambil tindakan tegas terhadap jawatankuasa masjid yang ingkar.
Pendirian dibuat kerajaan Perak itu turut mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof yang menyifatkan masjid perlu menjadi sebuah institusi yang bebas daripada sebarang aktiviti dan pengaruh politik.
Pentadbiran Perak yang kini di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya mahu keutamaan dalam mempromosikan kempen-kempen membeli diberikan kepada barangan halal dan buatan Malaysia terlebih dahulu, selari dengan polisi kerajaan yang giat mempromosikan pensijilan dan penghasilan produk halal.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu program pada September lalu juga pernah menyatakan bahawa komitmen kerajaan Perak adalah menerusi ‘Buy Malaysian First’.
Beliau dipetik berkata, Kerajaan Perak menyokong usaha mendahulukan produk halal atau Muslim namun menegaskan agar tidak memboikot produk perusahaan bangsa atau agama lain.
Penegasan dibuat kerajaan Perak ini telah menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan pendokong kempen BMF dan umat Islam secara keseluruhannya.
Ada yang menyatakan kecewa tidak kurang juga keliru apabila penglibatan Jabatan Mufti Perak dalam membantu kempen berkenaan dipertikai.
Bagi mereka, peranan Jabatan Mufti dan jawatankuasa majlis adalah satu kewajipan untuk menggalakkan kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat Islam yang sama sekali tidak melanggar hukum syarak.
Seperti terkandung dalam Seksyen 7(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004: Maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menggalak, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di Negeri Perak Darul Ridzuan selaras dengan Hukum Syarak.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menerusi satu kenyataan pada 10 September lalu ada menyebut, kempen BMF yang diketengahkan dalam masyarakat negara ini merupakan implementasi daripada konsep taawun yang bertujuan memperkasa ekonomi umat Islam.
Beliau dengan tegas menyatakan, Islam menuntut umatnya untuk berusaha memperkasa ekonomi dengan mengeluarkan dan membekalkan produk buatan sendiri tanpa menafikan hak dan penglibatan orang bukan Islam dalam berjual beli dengan syarat mematuhi hukum dan etika pengeluaran sesuatu produk.
Di sebalik situasi yang berlaku ini, kempen BMF tidak sedikit pun terganggu malah ada pihak yang terus positif untuk lebih menggandakan usaha dan sokongan mereka terhadap perjalanan kempen terbabit.
Gerakan Pembela Ummah Perak (Ummah) satu daripadanya yang menanam tekad untuk menggerakkan seramai mungkin usahawan Muslim untuk menjayakan kempen BMF.
Begitu juga bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyifatkan larangan kempen BMF dalam kawasan masjid itu bukan sahaja tidak menjejaskan kempen, sebaliknya membantu mempromosikan lagi BMF.
Memetik kata Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, perkembangan yang berlaku di negeri itu tidak akan menjejaskan kempen BMF kecuali pihak terbabit melarang rakyat untuk membeli produk keluaran Muslim dan PPIM bersedia meneruskan kempen BMF sebagai satu agenda membantu rakyat.
Artikel oleh: Sinar Harian
KEMPEN BMF TETAP TIDAK TERJEJAS DI PERAK
https://www.sinarharian.com.my/article/54460/Analisis-Sinar/Kempen-BMF-tetap-tidak-terjejas-di-Perak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2019
(851)
-
▼
October
(117)
- 5447) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENGA...
- 5446) MENDERITA, PEKERJA BANGLADESH TIDAK DIBAYAR ...
- 5445) TUBUH JAWATANKUASA PANTAU KONTRAKTOR ASING T...
- 5444) KONTRAKTOR LUAR NEGARA TIDAK BAYAR GAJI PEKE...
- 5443) AKTIVITI | MAJLIS PELANCARAN TABUNG FOOD BAN...
- 5442) AKTIVITI | MENGHADIRI MESYUARAT MAJLIS TINDA...
- 5441) "AHLONG NI LAMBAT SEMINIT PUN DIA CAJ, INI R...
- 5440) KEMPEN BMF TETAP TIDAK TERJEJAS DI PERAK - S...
- 5439) PELUANG KEDUA - BERITA ALHIJRAH - 27/10/2019
- 5438) BACAAN GULA 32 - HARIAN METRO - 26/10/2019
- 5437) KETAGIHAN PERMAINAN DALAM TALIAN SEMAKIN MEN...
- 5436) AKTIVITI | MAJLIS MAKAN MALAM AMAL SEROJE 20...
- 5435) 5 KISAH PENINDASAN DAN PENIPUAN - DARI FAIL ...
- 5434) MUSLIM, NON-MUSLIM, KITA SEMUA MANUSIA. - TO...
- 5433) RADIO NET BMF.FM DIPERKENALKAN - TVPPIM - 25...
- 5432) PROMO MINUMAN SARANG BURUNG WALID - TVPPIM -...
- 5431) PROMO SUSU MOMEGOJES - TVPPIM - 25/10/2019
- 5430) PENJAWAT AWAM KETAGIH 'GAME ONLINE': PPIM - ...
- 5429) ADDICTIVE ONLINE GAMES BECOMING MORE RAMPANT...
- 5428) TAK SANGKA INI TAWARAN KE PENJARA - MALAYSIA...
- 5427) KULIAH PEMANTAPAN ILMU: "ISLAM SAUDAGAR" | S...
- 5426) KETAGIHAN PERMAINAN DALAM TALIAN SEMAKIN MEN...
- 5425) "BAU DIESEL, PINTU TERBAKAR.." - MANGSA - TV...
- 5424) AKTIVITI | SESI PERBINCANGAN BERSAMA PROF DA...
- 5423) PROGRAM BEKAS BANDUAN - TVPPIM - 24/10/2019
- 5422) AKTIVITI | PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI MAIWP...
- 5421) AKTIVITI | SESI TEMUBUAL BERSAMA TVPPIM - PP...
- 5420) PENGGUNA PERLU CAKNA LOGO HALAL DIIKTIRAF JA...
- 5419) IKHWAN - MAJLIS KASIH SAYANG ULANGTAHUN KE-5...
- 5418) JEMPUTAN SEBAGAI AHLI PANEL MUZAKARAH AKADEM...
- 5417) 'KENAPA DENGAN ANAK SAYA' - HARIAN METRO - 2...
- 5416) LARANGAN KEMPEN DI MASJID TAK JEJAS BMF: PPI...
- 5415) “KAMI BANTU APA YANG KAMI MAMPU” - TOQQI - T...
- 5414) BEBAS DIJUAL, PERMINTAAN TINGGI - BERITA HAR...
- 5413) KOPPIM BANTU PENGGUNA MUSLIM - SINAR HARIAN ...
- 5412) MAJLIS PENUTUP SECURITY MANAGEMENT & CLOSE P...
- 5411) BAHANA PINJAMAN PERIBADI ATAS TALIAN - ALHIJ...
- 5410) IKHWAN - IKHWAN FRIED CHICKEN DI SERI ISKAND...
- 5409) DIPENJARA SELEPAS SERAH KAD ATM KEPADA MAJIK...
- 5408) BMF - EPISOD 4 | KONSORTIUM YAKIN SDN BHD - ...
- 5407) BARU NAK SENANG SIKIT BALA SAMPAI - TV.PPIM ...
- 5406) AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA COACH FADZIL H...
- 5405) AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA TIMBALAN PENGE...
- 5404) SELAMATKAH VAPE? | MWTV 16 OKTOBER - MINGGUA...
- 5403) AKTIVITI | PERBINCANGAN TUNTUTAN PEWARIS ATA...
- 5402) AKTIVITI | SEMINAR KEIBUBAPAAN & BELIA: JANG...
- 5401) SEBUT HARGA LAIN, CAJ SEBENAR LAIN - HARIAN ...
- 5400) ANALISIS BELANJAWAN 2020 | SUARA RAKYAT SUAR...
- 5399) IKHWAN - PERCUTIAN IKHWAN DI CAMERON HIGHLAN...
- 5398) PIHAK BERKUASA SALAH GUNA KUASA DEMI CAPAI K...
- 5397) BICARA PERSADA KE-54: BAJET 2020 - GAGASAN K...
- 5396) BICARA PERSADA KE-54 | BAJET 2020 - GAGASAN ...
- 5395) AKTIVITI | MENGHADIRI KASHMIR PALESTINE FORU...
- 5394) TURUN HARGA RUMAH PEMILIKAN ASING BOLEH LAKS...
- 5393) AKTIVITI | "BUSSINESS COMMUNITY PAKISTAN" DI...
- 5392) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE KEMENTER...
- 5391) AKTIVITI | LAWATAN DARI COOPERATIVE REPUBLIC...
- 5390) PELUANG KEDUA SEBENAR KEPADA BEKAS BANDUAN -...
- 5389) BANDUAN REBUTAN: PELUANG KEDUA - METRO AHAD ...
- 5388) PROGRAM GOTONG-ROYONG “JOM BERSIH BUKIT BINT...
- 5387) KELDAI AKAUN!!.. SATU RANGKAIAN SCAMMERS - P...
- 5386) UNDANG UNDANG TANPA KEMANUSIAAN - TV. PPIM -...
- 5385) KELDAI AKAUN: PEMANGSA ATAU MANGSA? - ALHIJR...
- 5384) TANGGUNG SALAH ORANG - HARIAN METRO - 12/10/...
- 5383) KAMI TAK MAHU SUMBANGAN DARI AHLONG, KAMI MA...
- 5382) STATISTIK PINJAMAN AHLONG - PPIM - 11/10/2019
- 5381) TERJERAT AHLONG? - PPIM - 10/10/2019
- 5380) MEKANISME SEMAKAN DALAM TALIAN ATASI PENIPUA...
- 5379) KONGRES USAHAWAN MUSLIM - ANJANGMUOR'S TRAVE...
- 5378) KOPERASI PEMBANGUNAN PPIM ANJUR KONGRES USAH...
- 5377) 50 MANGSA KELDAI AKAUN DIPENJARA DAN DIDENDA...
- 5376) DIPERDAYA JADI 'KELDAI AKAUN' [METROTV] - HA...
- 5375) UNDANG-UNDANG TANPA KEMANUSIAAN - SIDANG MED...
- 5374) ADUAN RAKYAT | KERAJAAN NEGERI TAWAR BANTUAN...
- 5373) AKTIVITI | MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BELI PRO...
- 5372) PROGRAM 'GEROBOK REZEKI' PERLU DIPERKASA, DE...
- 5371) IBU BAPA PANTAU ANAK KETAGIH VAPE - UTUSAN M...
- 5370) SETUJU SUBSIDI BERSASAR - HARIAN METRO - 09/...
- 5369) AKTIVITI | PERJUMPAAN DENGAN KEDUTAAN KENYA ...
- 5368) KERAJAAN DIMINTA KAJI SEMULA HUKUMAN PENJARA...
- 5367) JANGAN SERAH KAD ATM SEMBARANGAN - BERITA HA...
- 5366) AKTIVITI | SESI DISKUSI DAN FORUM DEREGULASI...
- 5365) PENGGUNA, USAHAWAN HARAP SISTEM CUKAI BAHARU...
- 5364) AKTIVITI | KARNIVAL PRODUK HALAL 2019 - PPIM...
- 5363) SUBSIDI PETROL BERSASAR KAEDAH BAIK SALURKAN...
- 5362) IKHWAN - GISB HOLDINGS TIADA KAITAN DENGAN P...
- 5361) KERAJAAN BELANJA RM1 TRILION UNTUK BUMIPUTER...
- 5360) AKTIVITI | SIDANG MEDIA GISB HOLDINGS SDN. B...
- 5359) KERAJAAN SUDAH BELANJA RM1 TRILION UNTUK BUM...
- 5358) JANA EKONOMI LEBIH BAIK - UTUSAN MALAYSIA - ...
- 5357) BERSATU DEMI MASLAHAH - UTUSAN MALAYSIA - 04...
- 5356) EDAR PRODUK BUMIPUTERA - HARIAN METRO - 04/1...
- 5355) BERITA ALHIJRAH | BMF - MEMPERKASA EKONOMI U...
- 5354) REINTRODUCTION OF GST POSES A CHALLENGE TO C...
- 5353) 'STRUKTURKAN SEMULA KADAR JIKA PERKENAL SEMU...
- 5352) BMF - EPISOD 2 | PASARAYA AZZAINMART SHAH AL...
- 5351) STRUKTUR SEMULA GST KEPADA KADAR TIGA PERATU...
- 5350) AKTIVITI | CERAMAH BULANAN "KESEDARAN DAN KE...
- 5349) MALAKAT MALL UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA - HAR...
- 5348) KOPPIM MELANCARKAN PELAN EKOSISTEM EKONOMI I...
-
▼
October
(117)
No comments:
Post a Comment