Tuesday, January 17, 2017

3360) SIDANG MEDIA : PLASTIK OH PLASTIK...DI MANA KAU PLASTIK? - 17/1/2017

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 12 13

“Saya sememangnya mengalu-alukan dan menyokong dalam penjagaan alam sekitar, tetapi barang yang baik perlu juga dilaksanakan dengan cara yang baik” kata Datuk Nadzim Johan dalam satu sidang media yang diadakan di sini Datuk Nadzim Johan selaku Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan rasa sedih atas kelemahan di dalam pengurusan kempen plastik ini yang banyak mengutungkan para peniaga daripada pengguna. Kata beliau, “Ini bukan isu politik akan tetapi ini adalah isu pengurusan yang mana terdapat beberapa kelemahan dalam isu plastik” Adakah keuntungan ini dari penjualan plastik ini disalurkan pada Corporate Social Responsibility (CSR) dan adakah CSR ini dipantau? Isu kos pembayaran juga diterangkan didalam sidang media ini. Jika dilihat secara kasar, kos plastik adalah dalam lingkungan 0.05 sen. Namun, peniaga mengenakan cas sebanyak 0.20 sen kepada pengguna. Peniaga mengaut hampir 3 kali ganda keuntungan dalam perniagaan plastik ini. Namun datuk Nadzim johan mencadangkan agar setiap Super Market menawarkan atau menyediakan Plastik Biodegradable. “Pengurangan penggunaan plastik pada peringkat awal adalah bertujuan untuk pendidikan kepada pengguna di malaysia” kata Ketua Pengarah Unit Tindakan Khas Muhammad Yusuf bin Azmi. Akan tetapi, peniaga mengambil kesempatan untuk mengambil keuntungan. Beliau juga mencadangkan agar membuat satu penjenamaan plastik yang menggunakan Plastik Biodegradable dan dijualkan dengan harga 0.10 sen setiap satu pada hari sabtu. Ini juga salah satu cara untuk mendidik pengguna dan menjayakan kempen plastik ini. Jadi kerajaan boleh melantik mana-mana syarikat swasta untuk membuat atau menyediakan produk ini. Dengan ini, ia mampu mengurangkan dan memberi kebaikan kepada pengguna. Selain itu, En Yusof juga mengajak agar media turun padang melihat sendiri keadaan di pasar kerana kebanyakkan peniaga-peniaga menggunakan pelbagai cara untuk mengaut keuntungan dengan penjualan plastik ini.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL