Saturday, January 21, 2017

3376) OPS BAH SIRI KE-32 DI GOLDEN BREAK DAN KIAMBANG CLUB & KTV - 20/1/2017




























OPS BAH SIRI KE-32 DI GOLDEN BREAK DAN KIAMBANG CLUB & KTV

PPIM 20/1/2017 – Operasi Banteras Aktiviti Haram atau Ops BAH telah dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan beberapa NGO serta beberapa badan kerajaan semalam.
Beberapa premis atau pusat hiburan yang melakukan aktiviti haram ini telah pun diserbu oleh pihak berkuasa. Mereka telah menyembunyikan aktiviti haram mereka ini dengan mempunyai lesen pusat hiburan seperti pusat Snooker dan Club malam. Disamping itu, mereka menawarkan aktiviti haram ini dengan terang-terangan seperti mesin perjudian, dadah dan pelacuran.
Kami juga difahamkan bahawa terdapat beberapa kawasan yang menjadi sarang pengedaran dadah yang akan diserbu dan dipantau dari masa ke semasa. Ini adalah salah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan oleh pihak berkuasa.
“Matlamat operasi ini adalah untuk mengurangkan kes-kes aktiviti haram ini di sekitar kawasan KL. Jika boleh kita nak hapuskan aktiviti ini” kata Penyelaras Ops BAH Tuan Azman Mahmood ….
Dalam operasi ini, beberapa mesen judi telah dirampas oleh pihak berkuasa dan penahanan beberapa wanita yang tidak dapat dikenal pasti kerakyatanya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL