Thursday, January 19, 2017

3375) VIRAL RESTORAN NASI KANDAR PULAI - 19/1/2017

       

  Hari ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima satu berita berkenaan dengan Restoran Nasi Kandar Pulai ,1 Lebuh Dewangsa Jalan Dewangsa , 31000 Batu Gajah bahawa mereka menggunakan bahan yang tidak halal. Aduan yang diterima oleh kami mengatakan bahawa mereka mencampurkan daging babi di dalam masakan daging kambing.
Mereka juga menggunakan topi yang menyerupai kopiah berwarna putih yang dipakai oleh pekerja mereka untuk mengaburi mata pelanggan. Namun kesahihan berita ini masih belum lagi diketahui.
Akan tetapi setelah diselidik, didapati bahawa pemilik kedai tersebut beragama hindu dan bukan beragama islam. 
  Kami di PPIM menasihati para pengguna terutamanya yang menganut agama islam agar lebih berhati-hati dalam memilih kedai makan. Carilah kedai makan yang meyakinkan dan mempunyai logo halal JAKIM.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL