Thursday, January 5, 2017

3325) ” SYARIKAT KORPORAT, ORANG RAMAI DIPELAWA HULUR SUMBANGAN TABUNG KEMANUSIAAN PPIM ” – BERNAMA.COM – 4/1/2017

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Syarikat korporat dan orang ramai dipelawa menghulurkan sumbangan bagi mengisi Tabung Kemanusiaan yang dilancarkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan pengguna.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata dana tabung itu buat permulaan akan disalurkan kepada keluarga pemilik rumah yang dilelong bank di Subang 2 dekat sini, bagi menyelesaikan masalah pinjaman bank mereka yang mana berita mengenainya menjadi viral baru-baru ini.
“Kami mendapat tahu tarikh lelongan baharu rumah itu ialah 10 Jan ini dan kami tidak mahu bantuan yang diberikan oleh Lee Hui Sen menjadi sia-sia, dan mengambil langkah menubuhkan tabung ini bagi membantu kes ini dan seumpamanya,” katanya…..
http://ift.tt/2iS8AiW



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL