Wednesday, January 7, 2015

2336) HARIAN METRO - 07/01/2015 - Akta Persaingan 2010 Kurang Menggigit

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bertindak lebih tegas dalam menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 bagi mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dikatakan semakin ketara sejak kebelakangan ini.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, Akta Persaingan 2010 yang dikuat kuasa pelaksanaannya pada 2012 dianggap kurang berkesan kerana masih gagal mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Kata Nadzim, pelaksanaan akta itu dengan sebaik mungkin penting dalam memastikan ia dapat memecahkan monopoli persaingan yang wujud pada masa ini, sekali gus memberi kesan kepada penurunan harga barangan tempatan.
“Pengguna sering berdepan dengan masalah kenaikan harga barang terutama selepas sesuatu bencana atau kenaikan harga minyak di pasaran dunia.
“Kita dapati selain faktor semasa, masalah itu juga berpunca daripada komplot segelintir peniaga untuk sengaja menaikkan harga dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
“Justeru, PPIM mahu kerajaan bertindak lebih tegas dalam mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit sekali gus mengekang penipuan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas melepaskan konvoi Misi Bantuan Banjir ke Pulau Tawar, Pahang, di sini, semalam.
Bantuan pelbagai barangan keperluan dan makanan itu berkenaan adalah sumbangan Yayasan Majlis Muamalat Belia (YMB), Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia (PRESMA), Ahli Parlimen Setiawangsa, Ahli Jawatankuasa Masjid Abu Ubaidah Taman Sri Rampai, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Al-Meswak Mumin serta PPIM sendiri.
Sementara itu, Nadzim berkata, penguat kuasaan akta yang ada sekarang masih mempunyai banyak kekurangan, justeru PPIM mahu suruhanjaya berkenaan supaya lebih kerap turun padang untuk melakukan pemantauan dengan ketat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22118?#sthash.7DOTbbim.dpuf

Sumber :  http://www.hmetro.com.my/node/22118?

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL