Thursday, January 8, 2015

2339) AKTIVITI PPIM - 08/01/2015 - Misi Bantuan Banjir Bersama Kementerian Wilayah Persekutuan

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bekerjasama bagi menjalankan Misi Bantuan Pasca Banjir di Temerloh Pahang  pada 08/01/2014. Misi ini diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Adnan B. Hj. Md Ikhsan. Matlamat misi ini bagi menghantar bantuan makanan dan keperluan lain terus kepada mangsa banjir.
Jam 9.00 pagi 9 aktivis PPIM yang diketuai oleh Ketua Biro Unit Tindakan Khas, En.  Muhamad Yusuf Azmi bersama 3 orang ahli Raja Rimba Adventure 4x4 (RRA) yang diketuai oleh Timbalan Presiden mereka, En. Mohammad Bin Mat Yusof bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Temerloh, Pahang. Jam 11.50 pagi pasukan misi bantuan tiba di Sekolah Kebangsaan Bangau, Temerloh bagi membantuan kerja-kerja membersih sekolah tersebut.
Pasukan bergerak menuju ke kawasan sasaran di Taman Sri Kerinau, Paya Pulai bagi menyusun pasukan dan mengagihkan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir.  Menurut Dato’ Seri Adnan B. Hj. Md Ikhsan sasaran misi ini bagi menyalurkan terus bantuan kepada mangsa banjir dan pasukan akan bergerak dari rumah ke rumah. Tambah beliau lagi sebanyak 104 buah rumah terlibat dalam misi kali ini.
Jam 1.30 tengahari aktivis PPIM dan pasukan dari KWP mula bergerak menghulurkan bantuan. Antara barangan yang disumbangkan adalah beras,air mineral, sejadah, telekung, kain batik, tuala wanita, bantal, toto dan peralatan membersihkan rumah. Pasukan RRA 4x4 membantu menyediakan dan membawa peralatan dan sumbangan bagi memudahkan misi bantuan. Walaupun hujan mula turun, aktivis PPIM bersama-sama membantu menghulur bantuan dan mengunjungi setiap rumah yang terjejas bagi memberi sokongan moral dan bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir ini.  
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL