KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini
bersama melancarkan "Kempen Perangi Penipu Pengguna".
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai perihal mereka ditipu oleh itu sudah tiba masanya mereka untuk 'menyerang' pihak penipu tersebut.
"Melihat perkembangan yang tidak sihat yang berlaku di luar sana yang telah datangkan kesusahan yang sangat banyak kepada kita para pengguna, iaitu sebagai pengguna dan rakyat Malaysia.
"Baru-baru ini saya berbincang dengan Cuepacs kerana melihat keadaan ini amat sedih pasal kita sejak daripada lahir sehinggalah ke liang lahad memang ditipu, kita sering kena tipu.
"Jadi kita terima banyak aduan dan penipu-penipu diluar sana, suka menipu pegawai kerajaan dan rakyat Malaysia.
"Maka sudah sampai masanya buat kempen dengan ahli Cuepacs yang ramai untuk kita hantar 'signal' yang jelas supaya kita tidak mahu lagi ditipu cukup, "enough is enough".
"Setelah kita berbincang dengan Datuk Azih Muda (Presiden Cuepacs) untuk merancang bagi mengistiharkan tahun 2015 sebagai tahun perangi penipu," katanya ketika sidang media bersama PPIM dan Cuepacs di Ibu Pejabat PPIM Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Jelasnya 'penipu' tersebut adalah merujuk kepada peniaga, pemberi pinjaman, syarikat pelaburan, kontraktor perumahan, syarikat MLM, dan banyak lagi yang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap pengguna.
Jelasnya lagi kebanyakan aduan yang terima olehnya adalah daripada pegawai kerajaan.
"Pegawai kerajaan mudah ditipu kerana mereka mudah dapat pinjaman ada gaji RM2,000 dapat pinjaman sampai RM200,000 janji pelaburan akhirnya tidak menjadi apa benda.
"Kita amat prihatin , dia tipu semua orang, tetapi tentang pegawai kerajaan ini, penipu mudah dapat sasarkan mereka kerana mereka mudah buat pinjaman... jadi tahun ini kita akan perangi mereka," katanya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Presiden Cuepacs Datuk Aziz Muda.

No comments:
Post a Comment