Showing posts with label PERKHIDMATAN. Show all posts
Showing posts with label PERKHIDMATAN. Show all posts

Thursday, July 30, 2015

2792) MYNEWSHUB - 28/7/2015 - HOSPITAL SWASTA DISARAN BERI PERKHIDMATAN BERMUTU



KUALA LUMPUR – Hospital swasta di negara ini disaran supaya memberi perkhidmatan yang bermutu tanpa mengira kerakyatan bagi menjaga imej dan nama baik negara.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya menerima banyak aduan terutama daripada pelancong Indonesia, Timur Tengah dan Bangladesh yang datang ke sini untuk pelancongan perubatan.
“Setakat ini kami menerima lebih 50 aduan dari seluruh negara termasuk yang datang untuk pelancongan perubatan mengenai perkhidmatan hospital swasta di negara ini.
“Rata-rata mereka mengadu mengenai ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan disediakan seperti kecuaian pihak hospital, caj mahal, rawatan yang tidak betul serta tersalah pembedahan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Nadzim berkata entiti hospital seumpama itu yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata, harus dikaji semula kerana tindakan mereka boleh menjejaskan nama negara.
Sementara itu, ahli perniagaan Siti Marzairinah Osman, 51, pada sidang media yang sama, menceritakan pengalamannya dan mendakwa dikenakan caj yang mahal semasa mendapatkan rawatan membuang ketumbuhan di hospital swasta di sini.
“Tiga setengah tahun lepas, saya dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk membuang ketumbuhan dan saya terkejut kerana dikenakan caj RM300,000 untuk pembedahan yang kecil.
“Saya juga dinafikan hak untuk mendapatkan laporan perubatan saya. Saya meneliti bil, dan mendapati banyak yang tidak kena,” katanya.
Berikutan itu, Siti Marzairinah berkata beliau terpaksa menjual hartanahnya bagi menjelaskan bil rawatannya itu.
“Saya kehilangan pekerjaan dan saya kini dalam proses menyaman hospital terbabit.
“Berdasarkan pengalaman, orang ramai perlu terlebih dahulu bertanya sebelum mendapatkan rawatan. Saya berharap orang ramai tidak akan menjadi mangsa seperti saya,” katanya.
Dalam pada itu, bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan hospital swasta, Nadzim menggesa kerajaan mencari kaedah yang sesuai untuk memulihkan persepsi dan mutu perkhidmatan hospital berkenaan. – BERNAMA

Sumber: http://mynewshub.cc/2015/07/28/hospital-swasta-disaran-beri-perkhidmatan-bermutu/#gs.f1c9f20c44c942979c82ba79222b98f6


Wednesday, July 29, 2015

2790) SINAR HARIAN - 28/7/2015 - HOSPITAL SWASTA DISARAN BERI PERKHIDMATAN BERMUTU



KUALA LUMPUR - Hospital swasta di negara ini disaran supaya memberi perkhidmatan yang bermutu tanpa mengira kerakyatan bagi menjaga imej dan nama baik negara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan terutama daripada pelancong Indonesia,  Timur Tengah dan Bangladesh yang datang ke sini untuk pelancongan perubatan.

"Setakat ini kami menerima lebih 50 aduan dari seluruh negara termasuk yang datang untuk pelancongan perubatan mengenai perkhidmatan hospital swasta di negara ini.
    
"Rata-rata mereka mengadu mengenai ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan disediakan seperti kecuaian pihak hospital, caj mahal, rawatan yang tidak betul serta tersalah pembedahan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
    
Nadzim berkata, entiti hospital seumpama itu yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata, harus dikaji semula kerana tindakan mereka boleh menjejaskan nama negara.
    
Sementara itu, ahli perniagaan Siti Marzairinah Osman, 51, pada sidang media yang sama, menceritakan pengalamannya dan mendakwa dikenakan caj yang mahal semasa mendapatkan rawatan membuang ketumbuhan di hospital swasta di sini.

"Tiga setengah tahun lepas, saya dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk membuang ketumbuhan dan saya terkejut kerana dikenakan caj RM300,000 untuk pembedahan yang kecil.
    
"Saya juga dinafikan hak untuk mendapatkan laporan perubatan saya. Saya meneliti bil, dan mendapati banyak yang tidak kena," katanya.
    
Berikutan itu, Siti Marzairinah berkata, beliau terpaksa menjual hartanahnya bagi menjelaskan bil rawatannya itu.

"Saya kehilangan pekerjaan dan saya kini dalam proses menyaman hospital terbabit.
    
"Berdasarkan pengalaman, orang ramai perlu terlebih dahulu bertanya sebelum mendapatkan rawatan. Saya berharap orang ramai tidak akan menjadi mangsa seperti saya," katanya.
    
Dalam pada itu, bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan hospital swasta, Nadzim menggesa kerajaan mencari kaedah yang sesuai untuk memulihkan persepsi dan mutu perkhidmatan hospital berkenaan. - Bernama



2789) UTUSAN MALAYSIA - 29/7/2015 - HOSPITAL SWASTA CAJ MELAMPAU DISELAR


2788) BERITA HARIAN - 29/7/2015 - BIL RAWATAN TAK MUNASABAH



2787) HARIAN METRO - 29/7/2015 - SEKALI LAWAT KENA RM 700


#PPIM: HOSPITAL SWASTA DIGESA BERHENTI 'MENIPU' PESAKIT


Hospital swasta di disaran supaya memberi perkhidmatan yang terbaik tanpa mengira kerakyatan bagi menjaga imej dan nama baik negara dimata dunia.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa pihaknya menerima banyak aduan oleh pelancong dari seluruh negara terutama daripada pelancong Indonesia, Timur Tengah dan Bangladesh yang datang ke Malaysia untuk pelancongan perubatan.

"Setakat ini kami menerima lebih 50 aduan dari seluruh negara termasuk yang datang untuk pelancongan perubatan mengenai perkhidmatan hospital swasta di negara ini.

"Rata-rata mereka mengadu mengenai ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan disediakan seperti kecuaian pihak hospital, caj mahal, rawatan yang tidak betul serta tersalah pembedahan," katanya.


Menurutnya lagi, pihak hospital swasta juga turut mengenakan kos-kos tersembunyi yang hanya diketahui pesakit sewaktu proses pembayaran dilakukan.

“Sebagai contoh, pesakit yang menerima rawatan di hospital, setiap kali jururawat bertegur ‘Hai’ dan ‘Apa Khabar’ sahaja, ada yang dikenakan caj sehingga RM700 hingga RM1,000.

“Malah, ada doktor yang bercuti dan tidak merawat pesakit, tetapi apabila bil dikeluarkan seolah-olah doktor tersebut ada membuat rawatan terhadap pesakit dan hospital mengenakan caj ikut suka hati mereka,” Tegas beliau.

Dalam sidang media yang sama, ahli perniagaan Siti Marzairinah Osman, 51 menceritakan pengalamannya dan mendakwa dikenakan caj yang mahal semasa mendapatkan rawatan membuang ketumbuhan di hospital swasta di ibu negara..


"Tiga setengah tahun lepas, saya dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk membuang ketumbuhan dan saya terkejut kerana dikenakan caj RM300,000 untuk pembedahan yang kecil.

"Saya juga dinafikan hak untuk mendapatkan laporan perubatan saya. Saya meneliti bil, dan mendapati banyak yang tidak kena," katanya.



Berikutan itu, Siti Marzairinah berkata, beliau terpaksa menjual hartanahnya bagi menjelaskan bil rawatannya itu.

"Saya kehilangan pekerjaan dan saya kini dalam proses menyaman hospital terbabit.

"Berdasarkan pengalaman, orang ramai perlu terlebih dahulu bertanya sebelum mendapatkan rawatan. Saya berharap orang ramai tidak akan menjadi mangsa seperti saya," katanya.

Dalam pada itu, bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan hospital swasta, Nadzim menggesa kerajaan mencari kaedah yang sesuai untuk memulihkan persepsi dan mutu perkhidmatan hospital berkenaan.

** TAMAT **

Saturday, May 9, 2015

2626) HARIAN METRO - 09/05/15 - Tahap 'Sakit Jiwa'


2625) MALAYSIA KINI - 08/05/15 - Persatuan Pengguna Tuntut Diskaun dari Telco

Syarikat telekomunikasi patut memberikan potongan harga kepada pengguna jika tidak dapat menambah baik perkhidmatan, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Beliau mengkritik perkhidmatan lemah termasuk kualiti liputan tidak bagus dan penggunaan kontrak yang mengelirukan pengguna.

PPIM semalam telah berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membincangkan berhubung isu perkhidmatan tidak memuaskan dan kadar tinggi perkhidmatan telekomunikasi berbanding negara lain.

Katanya SKMM setuju bekerja sama dengan persatuan pengguna untuk mencari penyelesaian dengan syarikat telekomunikasi.

2623) SINAR HARIAN - 08/05/15 - Caj Mahal, Servis Tahap Empat Bintang Sakit Jiwa

Datuk Nadzim Johan

KUALA LUMPUR - Caj telefon melambung tinggi tetapi servisnya menyedihkan. Demikian reaksi terbaharu Persatuan Pengguna Islam (PPIM) berhubung kemelut yang melanda pengguna berkaitan perkhidmatan syarikat telekomunikasi di negara ini.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ‎sejak kebelakangan ini perkhidmatan yang diterima pengguna semakin teruk namun caj yang dikenakan tetap tinggi.

"Servis yang diterima memang sakit jiwa. Boleh beri empat bintang sakit jiwa. Kita dah lalui cukup lama. Perkhidmatan semakin teruk 10 tahun kebelakangan ini.

"Selalu berdepan 'drop calls', kalau dapat berhubung pula tidak jelas, perlu cari kawasan tertentu yang ada rangkaian jelas dan macam-macam lagi. Kita bayar untuk isyarat dan kadar yang baik. Jadi, kalau servisnya seperti yang kita terima selama ini, bagaimana?

"Itu belum dengan isu servis 'mel suara' yang kita tak guna pun tapi tetap dicaj.‎ Telco ini, apabila mereka beri kita perkhidmatan, mereka beri kita semuanya. Semua kena caj. Ini menipu juga," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan caj telco di negara ini lebih tinggi daripada negara-negara luar seperti Indonesia, Thailand dan Bangladesh.

"Caj telefon kita memang lebih tinggi dari negara-negara yang seangkatan dengannya. Kalau banding dengan Indonesia sudah tentu lebih tinggi dari Indonesia. Walaupun syarikat yang ada di Indonesia itu antara syarikat yang ada di sini.

"‎Mungkin di Indonesia kawalannya ketat sedikit jadi harganya rendah. Di sini, kita 'OK' saja, senyum-senyum saja dengan caj tinggi yang dikenakan. Berapa tahun dah caj telefon ini tidak berubah dengan mutu perkhidmatan yang menurun?," katanya.

2622) SINAR HARIAN - 08/05/15 - Kaji Semula Caj, Perkhidmatan Telco

Nadzim Johan
Nadzim Johan

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan talian telefon mudah alih prabayar yang kurang memuaskan, sering terputus secara tiba-tiba, selain dikenakan caj berlebihan tanpa pengetahuan pengguna "menyakitkan jiwa" mereka.

Itulah luahan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan akan masalah yang dihadapi oleh pengguna telefon prabayar di negara ini.

"Terlalu banyak aduan yang PPIM terima kerana perkhidmatan syarikat telco yang teruk kebelakangan ini antaranya 'drop call', tiba-tiba kita bercakap seorang, setiap panggilan yang terputus pengguna kena bayar terutama semasa kecemasan, pengguna terpaksa mencari line (isyarat talian dengan) berjalan walaupun di tepi longkang sekalipun.

Pengguna terpaksa sakit jiwa dan sakit hati kerana masalah talian yang tidak stabil," katanya pada sidang media meminta kerajaan mengkaji semula caj dan perkhidmatan telco di sini, hari ini. 

Semalam PPIM telah berbincang dengan wakil-wakil daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan dengan banyak kelemahan dalam perkhidmatan telco di Malaysia.

"Kita (pengguna) bayar untuk isyarat yang sepatutnya dengan kadar yang sepatutnya, kadang-kadang panggilan kita masuk mel suara, malahan saya sendiripun terpaksa pergi ke telco untuk batalkan mel suara. Tak mau ada mel suara," katanya.

Isu lain sering dibawa oleh pengadu katanya adalah talian 3G dan 4G tidak penuh dan perkara yang menghantui pengguna ialah tidak mendapat sambungan internet.

Nadzim berkata dalam perkhidmatan telco itu ada syarat-syarat yang pengguna tidak tahu malahan caj telefon di negara ini adalah tinggi berbanding dengan negara lain dengan mutu perkhidmatan yang menurun.

"Kita (PPIM) meminta syarikat-syarikat telco tidak mengambil kesempatan atas kejahilan pengguna dan kelemahan penguatkuasa untuk mengaut keuntungan. Itu antara mesej yang jelas," katanya. 

PPIM turut meminta kerajaan supaya mewujudkan satu mekanisme untuk mengkaji balik caj-caj perkhidmatan ini sama ada ia masih relevan berdasarkan perkhidmatan yang tidak memuaskan langsung.

SKMM juga perlu mengkaji balik syarat-syarat yang boleh menjadi masalah kepada pengguna. 

"Cadangan yang kita buat kepada SKMM supaya seragamkan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh syarikat telco dan syarat itu mestilah telah dikaji oleh SKMM dan KPDNKK," katanya.   

PPIM turut meminta kerajaan meluaskan lagi bidang penguatkuasaan untuk memastikan syarikat-syarikat telco ini tidak mengaut keuntungan yang begitu banyak sehingga membebankan pengguna, kata Nadzim. - Bernama

Wednesday, January 7, 2015

2336) HARIAN METRO - 07/01/2015 - Akta Persaingan 2010 Kurang Menggigit


Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bertindak lebih tegas dalam menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 bagi mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dikatakan semakin ketara sejak kebelakangan ini.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, Akta Persaingan 2010 yang dikuat kuasa pelaksanaannya pada 2012 dianggap kurang berkesan kerana masih gagal mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Kata Nadzim, pelaksanaan akta itu dengan sebaik mungkin penting dalam memastikan ia dapat memecahkan monopoli persaingan yang wujud pada masa ini, sekali gus memberi kesan kepada penurunan harga barangan tempatan.
“Pengguna sering berdepan dengan masalah kenaikan harga barang terutama selepas sesuatu bencana atau kenaikan harga minyak di pasaran dunia.
“Kita dapati selain faktor semasa, masalah itu juga berpunca daripada komplot segelintir peniaga untuk sengaja menaikkan harga dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
“Justeru, PPIM mahu kerajaan bertindak lebih tegas dalam mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit sekali gus mengekang penipuan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas melepaskan konvoi Misi Bantuan Banjir ke Pulau Tawar, Pahang, di sini, semalam.
Bantuan pelbagai barangan keperluan dan makanan itu berkenaan adalah sumbangan Yayasan Majlis Muamalat Belia (YMB), Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia (PRESMA), Ahli Parlimen Setiawangsa, Ahli Jawatankuasa Masjid Abu Ubaidah Taman Sri Rampai, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Al-Meswak Mumin serta PPIM sendiri.
Sementara itu, Nadzim berkata, penguat kuasaan akta yang ada sekarang masih mempunyai banyak kekurangan, justeru PPIM mahu suruhanjaya berkenaan supaya lebih kerap turun padang untuk melakukan pemantauan dengan ketat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22118?#sthash.7DOTbbim.dpuf
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bertindak lebih tegas dalam menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 bagi mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dikatakan semakin ketara sejak kebelakangan ini.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, Akta Persaingan 2010 yang dikuat kuasa pelaksanaannya pada 2012 dianggap kurang berkesan kerana masih gagal mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Kata Nadzim, pelaksanaan akta itu dengan sebaik mungkin penting dalam memastikan ia dapat memecahkan monopoli persaingan yang wujud pada masa ini, sekali gus memberi kesan kepada penurunan harga barangan tempatan.

“Pengguna sering berdepan dengan masalah kenaikan harga barang terutama selepas sesuatu bencana atau kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

“Kita dapati selain faktor semasa, masalah itu juga berpunca daripada komplot segelintir peniaga untuk sengaja menaikkan harga dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

“Justeru, PPIM mahu kerajaan bertindak lebih tegas dalam mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit sekali gus mengekang penipuan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas melepaskan konvoi Misi Bantuan Banjir ke Pulau Tawar, Pahang, di sini, semalam.

Bantuan pelbagai barangan keperluan dan makanan itu berkenaan adalah sumbangan Yayasan Majlis Muamalat Belia (YMB), Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia (PRESMA), Ahli Parlimen Setiawangsa, Ahli Jawatankuasa Masjid Abu Ubaidah Taman Sri Rampai, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Al-Meswak Mumin serta PPIM sendiri.

Sementara itu, Nadzim berkata, penguat kuasaan akta yang ada sekarang masih mempunyai banyak kekurangan, justeru PPIM mahu suruhanjaya berkenaan supaya lebih kerap turun padang untuk melakukan pemantauan dengan ketat.



Sumber :  http://www.hmetro.com.my/node/22118?

Monday, July 29, 2013

848) BERITA HARIAN 24/7/13-Pesakit hospital swasta dakwa tidak diberi makan sahur


Kuala Lumpur: Seorang pesakit di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor, mendakwa tidak dibekalkan makanan untuk bersahur sepanjang seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan pada Ramadan ini.

Beliau yang enggan namanya didedahkan berkata, dia sudah meminta pihak pengurusan hospital menukar waktu penghantaran makanan untuknya pada waktu siang kepada waktu sahur, namun tidak dilayan.

Caj makan sama

Katanya, biarpun pihak hospital mengesahkan beliau boleh berpuasa, masa penghantaran makanan tetap dikekalkan pada waktu siang dan sekiranya ditolak, caj untuk makanan tetap sama.

"Hanya isteri yang menjaga saya dalam wad dan beliau tidak pandai memandu kereta untuk membeli makanan di restoran berhampiran," katanya kepada BH, semalam.

Pesakit yang enggan namanya didedahkan mendakwa, sepanjang seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan, beliau dan isteri hanya bersahur dengan memakan roti untuk mengalas perut.

Katanya, beberapa pesakit turut menyuarakan kepadanya mengenai kesulitan mereka berpuasa sepanjang berada di wad kerana hanya menjamah makanan yang boleh bertahan dalam jangka masa singkat.

"Mungkin ia dasar hospital berkenaan, namun apalah salahnya pihak pengurusan menghormati orang Islam yang mahu menunaikan ibadah puasa sepanjang menerima rawatan," katanya.

Hormati pesakit Islam

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pihak hospital sepatutnya menghormati pesakit Islam yang mahu berpuasa.

Katanya, ini disebabkan tidak semua penyakit menghalang pesakitnya berpuasa seperti patah kaki, selain ada penyakit yang memerlukan penghidapnya menunaikan puasa.


"Kami harap pihak hospital tidak menghalang pesakit yang menerima rawatan dalam wad daripada menunaikan ibadah puasa. Mereka perlu menukar waktu penghantaran makanan bagi membolehkan pesakit Islam berbuka puasa dan sahur," katanya.

Friday, June 14, 2013

775) UTUSAN MALAYSIA 14 JUN 2013-'Tambang naik 30% terlalu tinggi'




KUALA LUMPUR 13 Jun - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diminta tidak sewenang-wenangnya meluluskan permintaan pengusaha bas ekspres yang mahu menaikkan tambang sebanyak 30 peratus pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, kenaikan itu terlalu tinggi berbanding perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

''Kenaikan 30 peratus tidak wajar. Walaupun harga tambang naik, perkhidmatan masih juga kurang memuaskan seperti berlepas tidak ikut jadual, memandu secara berbahaya, penggunaan bas tidak selesa dan sebagainya.

''Kita faham dengan peningkatan kos operasi tetapi hak pengguna juga perlu difikirkan. Kalau harga naik dalam 10 ke 15 peratus mungkin boleh dipertimbangkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas tindakan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) mahu menaikkan tambang sebanyak 30 peratus dan memilih untuk tidak menjual tiket lebih awal pada Julai dan Ogos sehingga SPAD menuruti tuntutan mereka.

Antara alasan yang dikemukakan adalah peningkatan kos keseluruhan sebanyak 36 peratus sejak kenaikan terakhir dan pelaksanaan gaji minimum pada tahun ini yang memberi kesukaran kepada syarikat bas untuk beroperasi.

Dalam pada itu, sebagai reaksi kepada permintaan tersebut, SPAD tidak menolak kemungkinan harga tiket dinaikkan tetapi kadar kenaikannya masih dalam peringkat kajian.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, keputusan mengenainya akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Kita akan kaji. Banyak mana? Itu kita akan timbang," kata Syed Hamid kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2013 di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, SPAD perlu melantik badan profesional bebas yang mempunyai kepakaran dalam pengangkutan awam darat bagi mencari keadilan ke atas permintaan tersebut.

Katanya, tindakan itu perlu bagi memastikan pengguna tidak rasa terbeban dan pengusaha bas ekspres pula tidak mengalami kerugian.

''Mereka mungkin boleh meneliti perkhidmatan bas jarak jauh di luar negara. Di Turki misalnya, bas akan berhenti selepas dua atau tiga jam perjalanan untuk diselenggara. Selain mempunyai insurans, pemandunya juga berdisiplin dan ada pemandu kedua.

''Jadi pengguna mesti faham dan terima hakikat, kalau mahukan perkhidmatan yang baik, perlulah membayar lebih," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130614/dn_17/'Tambang--naik-30-terlalu-tinggi'#ixzz2WAUcM800

© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, August 27, 2012

611) BERITA : Cari formula sekat kes curi kredit telefon



Headline: Cari formula sekat kes curi kredit telefon
Publication: HM
Date of publication: Aug 27, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 002


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secepat mungkin mencari formula menyelesaikan penyebaran SMS berbaur lucah dan permainan untuk tujuan menipu pengguna.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, persatuan itu menerima banyak aduan daripada pengguna yang kerugian ribuan ringgit walaupun mereka tidak melanggan perkhidmatan terbabit.

Terbaru, seorang pengguna kerugian hampir RM3,000 walaupun dia tidak melanggan sebarang aplikasi terbabit.

"Saya sendiri ada menerima SMS terbabit dan ini jelas menunjukkan kegiatan ini masih berjalan. Pengguna terpaksa menanggung kerugian selepas kredit mereka dipotong dengan sesuka hati selepas menerima mesej terbabit.

"Bukan sekali malahan mereka menerima mesej itu berulang kali dan tidak tahu bagaimana untuk menghentikannya. SKMM perlu jelaskan kepada pengguna cara untuk mengelak menjadi mangsa," katanya.

Sumber: Harian Metro

Friday, February 11, 2011

[sim] KOMPLEN : Perkhidmatan Pejabat POS Bukit Dukung



From: Marsita Mohd
Subject: RE: [sim] KOMPLEN : Perkhidmatan Pejabat POS Bukit Dukung
Sent: Jan 17, 2011 10:08 AM
Assalamualaikum.

Tak mahu komplen siapa-siapa cuma ingin tahu info sebenar mengenai kaunter perkhidmatan ASB di pejabat pos. isnin lepas saya membawa emak saya (tidak boleh berjalan apatah lagi memanjat tangga) ke POS Batangkali untuk mengeluarkan dividen & bonus tahunan sama seperti tahun-tahun yang lepasnya – saya park tak jauh dari pintu pejabat pos dan staff kaunter akan keluar sebentar utk ambil cop jari tangan emak saya. Tapi kali ini Staff di kaunter memberitahu bahawa mereka menerima arahan daripada PNB agar kes-kes OKU sebegini membuat urusan di PNB di KL sahaja.
 Soalan saya; apa benarkah ada arahan sedemikian rupa? OKU di seluruh Malaysia yang tak berupaya & berdaya malah uzur pula untuk memanjat tangga pejabat pos perlu dipayahkan lagi hidup mereka untuk berurusan dgn kaunter ASB?
 Saya pernah juga sekali membawa emak utk mengeluarkan dividen & bonusnya ke CIMB Batangkali tahun sebelumnya – juga disambut dengan staff kaunter yg membentak-bentak. Saya faham mereka sangat sibuk dengan pelanggan yg ramai tiap hari dan tak salahkan mereka pun sebab bukan semua orang berbelas ihsan & ikhlas ketika menjalankan ibadah kerja – kalau ada pun dengan seorang – 2 pelanggan molek lah tapi kalau dah beratus orang agak menguji kesabaran juga. Jadi saya perlu info apakah cara dan di manakah tempat sebenar yg para OKU perlu pergi utk segala urusan bank?
 Terima kasih
[mailto:SahabatInteraktif@yahoogroups.com] On Behalf Of Zunaidah Abdullah Sent:
14/01/2011 11:07 To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com Subject: Re: [sim]
KOMPLEN : Perkhidmatan Pejabat POS Bukit Dukung


masalahnya banyak jabatan yang ada perkhidmatan kaunter ni tidak menghantar pekerja mereka pergi berkursus seperti "kursus perkhidmatan kaunter, komunikasi berkesan, customer services adab dan protokol "dan macam2 lagi kursus yang ada. setengah majikan hanya mahu pekerja mereka  bekerja tanpa melihat yang positif untuk menghantar mereka berkursus. berilah mereka peluang berkursus supaya dapat mendedahkan
___________________________________________________________________
Salam pn marsita,
Kami beradik pernah membawa arwah mak ke pnb kl utk uruskan asb. Waktu tu thn 2001 dan arwah mak sedang sakit cancer final stage & tidak mampu brjalan.kemudian abg long saya pegi ke customer centre pnb di grd flr utk mendptkan bantuan dr pegawai pnb utk attend arwah mak saya di parking bwh pnb.dan mmg excellent svc di mana pegawai pnb telah dtg ke kereta dan membw borang2 yg harus ditandatangani oleh arwah mak.proses tersebut selesai dgn mudahnye.oleh itu,sy syorkan pn membw emak pn sdiri ke pnb kl dan temui officer di customer ctr.mrk akan attend personally to ur mom's request.pls bring neceSsary docs for pnb's reference.
Sy harap info di atas dpt membantu pn.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL