Saturday, May 9, 2015

2623) SINAR HARIAN - 08/05/15 - Caj Mahal, Servis Tahap Empat Bintang Sakit Jiwa

Datuk Nadzim Johan

KUALA LUMPUR - Caj telefon melambung tinggi tetapi servisnya menyedihkan. Demikian reaksi terbaharu Persatuan Pengguna Islam (PPIM) berhubung kemelut yang melanda pengguna berkaitan perkhidmatan syarikat telekomunikasi di negara ini.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ‎sejak kebelakangan ini perkhidmatan yang diterima pengguna semakin teruk namun caj yang dikenakan tetap tinggi.

"Servis yang diterima memang sakit jiwa. Boleh beri empat bintang sakit jiwa. Kita dah lalui cukup lama. Perkhidmatan semakin teruk 10 tahun kebelakangan ini.

"Selalu berdepan 'drop calls', kalau dapat berhubung pula tidak jelas, perlu cari kawasan tertentu yang ada rangkaian jelas dan macam-macam lagi. Kita bayar untuk isyarat dan kadar yang baik. Jadi, kalau servisnya seperti yang kita terima selama ini, bagaimana?

"Itu belum dengan isu servis 'mel suara' yang kita tak guna pun tapi tetap dicaj.‎ Telco ini, apabila mereka beri kita perkhidmatan, mereka beri kita semuanya. Semua kena caj. Ini menipu juga," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan caj telco di negara ini lebih tinggi daripada negara-negara luar seperti Indonesia, Thailand dan Bangladesh.

"Caj telefon kita memang lebih tinggi dari negara-negara yang seangkatan dengannya. Kalau banding dengan Indonesia sudah tentu lebih tinggi dari Indonesia. Walaupun syarikat yang ada di Indonesia itu antara syarikat yang ada di sini.

"‎Mungkin di Indonesia kawalannya ketat sedikit jadi harganya rendah. Di sini, kita 'OK' saja, senyum-senyum saja dengan caj tinggi yang dikenakan. Berapa tahun dah caj telefon ini tidak berubah dengan mutu perkhidmatan yang menurun?," katanya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL