Tuesday, May 12, 2015

2630) Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Siri ke-12


09/05/15 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menyertai Ops BAH Siri ke-12 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bermula jam 9.00 malam. Operasi ini telah dijalankan sekitar Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Adnan Hj Md Ikhsan. Seramai 291 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada pelbagai agensi turut terlibat dalam operasi ini. Dua kawasan utama yang telah diserbu adalah Titiwangsa dan Bukit Bintang.   

Sebanyak 17 premis telah diserbu yang terdiri daripada 12 buah hotel bajet di Lorong Haji Hussein, Lorong Haji Taib dan Jalan Chow Kit serta sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang. Seramai 26 orang telah berjaya ditahan sepanjang tempoh operasi tersebut. 









No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...